Resipi Pearl Milk Tea Mudah, Lebih Murah & Confirm Sedap

Share

Dah masuk bulan Ramadan ni mesti ramai yang terfikir nak try resipi apa lagi untuk berbuka puasa nanti. Malas nak berasak di bazar Ramadan, dapat masak sendiri dekat rumah pun best juga.

Kali ni kami nak kongsikan resipi pearl milk tea daripada @khairulaming yang pastinya membuka selera waktu berbuka. Resipinya nampak mudah saja dan paling penting kalau buat sendiri jauh lebih menjimatkan dan sedap.

Bahan-bahan:

– ½ cawan gula perang
– 1 cawan air
– Pewarna hitam
– 2 cawan tepung ubi kayu
– 4 cawan air

Cara menyediakannya:

1. Masukkan setengah cawan gula perang, satu cawan air dan sedikit pewarna hitam

2. Kemudian, masukkan satu cawan tepung ubi kayu, kacau-kacau dan masukkan lagi satu cawan tepung ubi kayu

3. Kalau adunan agak kering, korang boleh tambahkan sedikit air. Seterusnya, uli adunan tersebut dan potong kecil-kecil

4. Gentle potongan tepung tadi sehingga berbentuk bulat

5. Kemudian, masukkan satu cawan gula perang dan secawan air, dan masakkan pearl tadi selama lebih kurang 30 minit sampai jadi lembut dan pekat

6. Maka, siaplah pearl tersebut dan korang bolehlah bancuh teh tarik ke, sirap bandung ke, milo ais ke, tak kisahlah ikut selera masing-masing

7. Tambahkan saja pearl di dalam minuman tersebut dan sedia untuk diminum. Eh, tapi tunggu waktu berbuka dulu tau. Hiks!

Senang je kan? Kami pasti kalau korang buat sendiri kosnya lebih murah dan letaknya banyak mana pearl yang korang nak. Tak perlu tambah RM1 kalau nak add pearl macam dekat kedai. Hehe selamat berbuka!

IKLAN