Resipi Mudah Mochi Yang Korang Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Lebih Jimat & Berbaloi

Share

Mochi merupakan pemanis mulut yang berasal dari Jepun, diperbuat daripada tepung pulut yang intinya beraneka jenis. Di Malaysia, mochi antara makanan favorite masyarakat kita dan kini sudah mudah untuk didapati di mana-mana kedai.

Harga bagi sebiji mochi boleh jatuh sehingga RM2.50 dan tidak dinafikan ia agak mahal. Besar mana saja kan saiz mochi tu.

Jadi, untuk lebih puas hati korang sebenarnya boleh menyediakan mochi ini sendiri. Berikut kami kongsikan resipi mochi daripada Cek Kynn dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan lebih kurang 20 ke 20 biji mochi.

Bahan-bahan:

– 120g tepung pulut (untuk debuk golek-golek)
– 135g tepung pulut (untuk kulit mochi)
– 30g tepung jagung
– 60g gula
– 50g air panas
– 150g susu segar
– 15g majerin

Bahan inti:

– Pes kacang merah
– Fresh cream

Cara menyediakan:

1. Mula-mula sangai atau goreng tanpa minyaj tepung pulut yang kita dah asing untuk debu itu. Goreng sampai naik bau. Kacau perlahan-lahan.

Bila dah naik bau dan nampak kekuningan atau perang boleh angkat, masukkan dalam satu bekas

2. Dalam bekas, masukkan kesemua bahan, tepung pulut (untuk kulit), tepung jagung, air panas, gula, susu segar dan majerin. Kacau dan gaulkan sebati.

3. Asingkan untuk diwarnakan mengikut pilihan dan masukkan dalam bekas. Kemudian, kukus selama 20 minit

4. Sementara menunggu kulit tadi masak, boleh sediakan bahan inti. Gentle pes kacang merah mengikut saiz yang sesuai

5. Angkat kulit mochi yang sudah masak

6. Taburkan tepung pulut yang disangai tadi unuk dicanai dan diuli

7. Selepas itu, letakkan inti kacang merah tadi

8. Golekkan mochi tersebut dalam tepung pulut yang disangai tadi

9. Siap! Boleh masukkan dalam peti sejuk sebelum makan. Lagi sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: (1)

IKLAN