Resipi Honey Butter Cookies Ala-Ala Texas Chicken, Mudah & Lebih Jimat

Share

Siapa yang selalu makan di restoran makanan segera Texas Chicken mesti pernah rasa signature mereka, honey butter cookies. Memang serius sedap. Terbayang-bayang kesedapannya tu lebih-lebih lagi bila dimakan sewaktu masih panas.

Kalau beli harganya jatuh RM2.00 untuk seketul. Tapi, kami nak beri korang resipi mudah untuk menyediakan honey butter cookies

yang sudah tentu lebih jimat jika buat sendiri.

Paling penting, resipi dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah. Sesuailah untuk si bujang. Hiks!

Bahan-bahan:

– 2 setengah cawan tepung gandum

– 4 sudu kecil baking powder

– Gula 2 sudu besar (tahap kemanisan ikut korang)

Butter yang sejuk (115gm)

Cara membuat:

1. Gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs

2. Masukkan 140gm fresh milk dan cuka 2 sudu kecil

3. Masuk di loyang hanya pakai sudu/scoop saja tak perlu bentuk

4. Pilih suhu 180 dalam masa 15 minit

5. Selepas masak, topping atas sapukan butter dan honey masa panas-panas.

Siap! Mudah dan cepat. Buat sendiri lagi jimat kan?

Sumber: Mellisa Mullen

IKLAN