Bulan-bulan puasa ni rasanya tak lengkap kalau tidak ada juadah pemanis mulut ketika berbuka. Kalau dulu, bolehlah beli di bazar Ramadan, tapi dalam situasi sekarang rasanya lebih baik jika kita berjimat dan buat sendiri saja.

Kali ini, Remaja nak kongsikan resipi churros yang sememangnya menjadi favorite anak muda setiap kali berkunjung ke restoran.

Resipinya pun mudah sahaja. Buat sendiri lebih jimat. Jom try!

Churros

Bahan-bahan:

– 1 cawan air*
– 1 sudu besar mentega/marjerin*
– 1 sudu besar gula*
– 1 sudu teh esen vanilla*
– Secubit garam*
– 1 cawan tepung gandum
– 1 biji telur

Cara membuat:

1. Satukan bahan-bahan bertanda * di dalam kuali (guna kuali non-stick). Buka api dan kacau sehingga gula menjadi larut dan mentega cair.

2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk. Terus saja balik-balikkan tepung tersebut sampai menjadi doh yang lembut. Kalau doh tu berketul-ketul, biarkan sahaja.

IKLAN

Resipi Churros Paling Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa, Gerenti Sedap

3. Pukul telur dan tuang ke dalam doh. Doh masih panas, jadi terus saja uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli la dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi tepung yang berketul-ketul.

Tip: Doh yang cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal, serta tidak melekat pada tangan.

4. Masukkan doh dalam piping bag, guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas dengan baking paper untuk mengelakkan daripada melekat.

Resipi Churros Paling Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa, Gerenti Sedap

IKLAN

5. Goremg sehingga menjadi warna keemasan dan diangkat.

6. Sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon.

Resipi Churros Paling Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa, Gerenti Sedap

Sos coklat

– 100g coklat masakan
– 1 sudu mentega (atau guna 2 sudu minyak jagung saja)
*Cairkan secara double boile

Resipi Churros Paling Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa, Gerenti Sedap

IKLAN

Tip:

1. Kalau agak-agak doh panas lagi, tak boleh uli dengan tangan. Boleh saja tunggu sekejap tidak ada masalah. Tak perlu tergesa-gesa kerana kuih ini tiada istilah bantat.

2. Sebaiknya guna piping bag yang tebal kalau tidak mahu kerap menukar. Kalau nipis, confirm pecah.

3. Guna star nozle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau guna acuan semprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa boleh saja gentel dengan tangan. Saiz churros ni agak-agak dalam 2 inci setiap satu.

4. Pada yang dah expert, boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Cuma untuk amatur, korang boleh paip dalam dulang terlebih dahulu sebab nak samakan ukuran saiz.

Okay bolehlah cuba untuk juadah berbuka nanti. Good luck gais!

Sumber: Resipi Masakan BONDA Tersayang via BBOS

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI