
Makanan ringan choco jar kini mendapat tempat dikalangan masyarakat, bukan hanya kanak-kanak malah turut menjadi kegemaran orang dewasa. Mana tidaknya, bila makan choco jar ni tak sedar pun dah habis sebalang.
Disebabkan ia menjadi ‘kegilaan’, maka ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual makanan ini, dan harganya juga boleh mencecah sehingga RM15.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak

Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil

2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk

3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber: Norhamiza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih Berkira-Kira Nak Sambung Belajar Di mana? Ini Senarai 10 Kolej Termahal Dunia

Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar di Malaysia bertuah kerana diberi kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Walau bagaimanapun, bagi keluarga yang berkemampuan, menghantar anak-anak ke kolej termahal dunia mungkin tiada halangan buat mereka. Buat anda yang inginkan informasi tentang kolej termahal dunia, berikut REMAJA senaraikan 10 kolej termahal yang boleh anda pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.
10. Bard College

Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago

Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University

Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College

Nama Darmouth mungkin agak familiar bagi segelintir daripada anda. Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College

Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University

Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk anda melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University

Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, anda akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
3. Harvey Mudd College

Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University

Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College

Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taeyong NCT Kini Rasmi Dilantik Sebagai Sarjan, Tunjukkan Prestasi Cemerlang Dalam Ketenteraan

Penyanyi terkenal dan anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeyong baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya meraih kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan dalam latihan perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.
Memetik laporan media Korea Selatan, sejak mula menjalani latihan ketenteraan, para peminat NCT iaitu NCTZEN sememangnya sedia maklum dengan komitmen dan kemampuan Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Tae Yong (30) daripada menjadi seorang pelatih biasa dalam pasukan ketenteraan Angkatan Laut kemudian naik kepada kelas satu, koperal dan kini secara rasmi diiktiraf sebagai sarjan.
Pada masa yang sama, peminat dari seluruh dunia turut meluahkan rasa bangga mereka terhadap idola kesayangan di media sosial. Selain itu, ramai yang memuji dedikasi Taeyong dan bagaimana pelantun lagu ‘Love Theory’ dan ‘Long Flight’ mampu membawa semangat sama seperti di atas pentas ke medan ketenteraan, membuktikan bahawa beliau bukan hanya seorang idola biasa.

Walaupun jauh dari spotlight K-pop buat sementara waktu, perkembangan Taeyong dalam ketenteraan tetap mendapat perhatian serta NCTZEN menyifatkan ini sebagai satu inspirasi, terutamanya buat golongan muda yang mengikuti perjalanan kerjaya beliau sejak awal.
Kenaikan pangkat Taeyong ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kerjaya tenteranya, tetapi juga mencerminkan karakter sebenar beliau yang disiplin dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Sekadar info, pangkat koperal adalah satu tahap penting dalam struktur ketenteraan. Seorang koperal biasanya diberi tanggungjawab untuk mengawasi prestasi anggota bawahan di bawah arahannya, dengan tugasan yang datang terus daripada sarjan.

Sementara itu, dalam konteks perkhidmatan tentera, koperal dianggap sebagai antara pangkat permulaan dalam kalangan pegawai bintara dan berperanan sebagai ketua bagi satu unit kecil atau regu tentera.
Kini setelah dinaikkan pangkat, Taeyong memegang status sebagai sarjan iaitu satu pangkat yang diberikan kepada anggota tentera yang telah menunjukkan kemahiran, disiplin dan pengalaman yang kukuh, bertugas memimpin pasukan, bertanggungjawab dalam aspek latihan, kebajikan, dan disiplin anggota di bawahnya.
Menerusi status baharu sebagai sarjan, tak mustahil prestasi Taeyong akan terus menyerlah. Apa yang pasti, peminat akan terus menyokong dari jauh sehingga hari beliau kembali semula ke dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lihat Stail Rambut Pendek Terbaru Dua Lipa & 4 Selebriti Hollywood Lain. Nak Trylah!

Hujung minggu lalu, penyanyi ‘One Kiss’ berbakat; Dua Lipa melalui sebuah posting di Instagram-nya telah berkongsi stail rambut terbarunya yang lebih pendek daripada sebelumnya.
Jika dahulu, Dua selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu, kini dia telah memperkenalkan trend terbaru; ‘lob’ atau ‘long bob’ untuk tahun 2018.

Menurut Dua, dia bertukar ke stail rambut yang lebih pendek ini disebabkan kondisi rambutnya yang sudah ‘rosak’. Mungkin kerana penggunaan produk yang terlalu banyak pada rambut sehingga ia menjadi sensitif. Walaupun pada kebiasaanya, selebriti wanita selalu menjadikan rambut panjang sebagai aset kepada daya feminin mereka, Dua masih yakin dan fashionable dengan potongan lob ini!
Dua tidak keseorangan mengayakan trend rambut pendek ini apabila ada beberapa lagi selebriti Hollywood yang selesa berambut pendek. Ini termasuklah:
Selena Gomez

Siapa sangka bintang Disney, Selena Gomez beralih arah. Daripada potongan rambut panjang mengurainya kepada potongan wavy bob yang kini menjadi inspirasi kepada ramai remaja di luar sana.
Akhir tahun lalu merupakan tempoh masa bereksperimentasi untuk Selena apabila dia kerap menukar stail rambut. Dari brunette ke blonde, dari panjang ke pendek. Terbaru pada bulan lalu, dia memotong lagi rambut lebih pendek sehingga ada yang menggelarnya blunt bob.

Menurut stylist, Marissa Marino, terlalu ramai yang sudah mencuba potongan lob. Jadi mereka inginkan sesuatu yang lebih sleek, ringkas dan elegan untuk Selena.
Margot Robbie

Pada acara anugerah Oscars bulan lalu, Margot Robbie bukan saja mencuri tumpuan dengan lakonannya yang mantap dan dress serba putih yang disarungnya di karpet merah.
Malah, potongan rambut shoulder length bob-nya juga kelihatan begitu elegan dan girl-next-door!
Hair stylist, Bryxe Scarlette berkongsi cara menarik untuk menggayakan stail rambut seperti ini. Gunakan saja Morrocan Ouil pada hujung rambut dan gayakan dengan jari korang. Lebih laid back, lebih cantik!

Emma Stone

Emma Stone juga menggayakan rambut pendek di karpet merah Oscars tahun ini. Namun, berbeza dengan Margot Robbie, dia memilih gaya rambut lurus yang kelihatan strong dan confident.

Pada acara lain, Emma masih gemar untuk menggayakan stail wavy bob seperti kebiasaan. Dengan menyikat secara deep side part, satu belah disisip kemas di belakang telinga. potongan pendek ini memang sesuai dengannya.
Taylor Swift

Akhir sekali, ratu pop terkini Taylor Swift mengejutkan banyak pihak apabila dia mengubah stail rambut normalnya. Sepanjang dua tahun lalu sebelum Taylor menyepikan diri daripada media, dia memang menjadi tumpuan dengan stail rambut lurus dan sharp.
Namun, apabila promosi album terbarunya, Reputation keluar, imej bagi era terbaru ini memang kelihatan berlainan dan cool!

Taylor mengubah trend rambut pendek dengan gaya shaggy bob iaitu stail kerinting dan laid back. Korang berani untuk berubah 180 darjah seperti Taylor atau lebih rasakan selamat jika mengikut gaya rambut Dua Lipa dulu, buat masa ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

