Uncategorized

Resipi Bubur Lambuk, Senang Dimasak Sendiri. Juadah Wajib Sempena Ramadan

Share

Masuk hari sudah 11 hari kita berpuasa, pasti pelbagai juadah sudah anda rasai. Salah satu makanan yang wajib ada pada bulan ini semestinya bubur lambuk. Selalunya resipi ini dimasak dalam kuantiti yang banyak, namun kalau boleh buat sendiri apa salahnya kan?

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya

ini. Ia sangat senang untuk dibuat dan bahan-bahan yang disenaraikan pun mudah diperolehi.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras ( rendam dlm 20min).
  • 500 gram Daging (campur dengan bahagian berlemak).
  • 1 bungkus kecil Rempah Sup
  • 250ml Santan
  • 3 sudu besar Lada Hitam
  • 3 biji Bawang Merah (dikisar)
  • 8 Ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 2 jari Halia (dikisar)
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

CARA MEMASAK

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi dan agak garing
  2. Masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak
  3. Masukkan daging, gaul sebati. Kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi.
  4. Tumis bahan-bahan di atas seketika dan apabila semua sudah sebati, masukkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang diingini.
  5. Rebus kesemua bahan sehingga lembut dan masukkan santan.
  6. Masukan lada hitam dan haram secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah.
  8. Apabila kesemua bahan masak sekata, taburkan daun sup dan bawang goreng.
  9. Siap untuk dinikmati.

*Jika anda bukan penggemar daging, boleh gantikan dengan ayam atau udang.

BACA JUGA: Resipi Aiskrim Ala ‘Magnum’ Guna Coklat Cadbury, Mudah Disediakan Di Rumah

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN