
Siapa sahaja yang tak suka makan aiskrim kan? Lebih-lebih lagi aiskrim perisa ‘mewah’ seperti indulgence cream cheese.
Kalau beli di luar harganya sudah tentu boleh tahan mahal. Jadi, lebih berbaloi sekiranya korang buat sendiri di rumah.
Sedikit berbeza dengan perisa aiskrim biasa, apa kata korang cuba resipi ais krim cheese indulgence yang pastinya membuka selera ini.
Bahan-bahan:
– 1 cawan susu pekat manis
– 1 cawan whipping cream
– 2 cawan non-dairy whipping cream
– 1 sudu makan ovelete
– 250gm cheese tartura

Cara menyediakan:
1. Masukkan susu pekat, whipping cream, cheese tartura dan ovelet ke dalam bekas
2. Mixer sampai cheese tak berketul dan nampak licin
3. Kemudian. Masukkan non-dairy whipping cream, mix lagi cream sampai cream naik dua kali ganda
4. Bahagikan adunan kepada 2 bekas, 1 bekas mix dengan coklat ganache
BACA: Resipi Homemade Aiskrim Milo, Modal Tak Sampai RM5

Resipi coklat ganache
– 1 cawan dark chocolate
– 1 cawan whipping cream
– 1 sudu butter (double boil bagi cair)
Cara menyediakan:
1. Masukkan selang-seli cream cheese, cream cheese chocolate dan ganache ke dalam bekas
2. Hias mengikut kreativiti korang
Selamat mencuba!
Sumber: Kuali Mama via Izan Shafi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih 20 Tahun Bersama, Akhirnya Vokalis Sheila On 7 Umum Mahu Bergerak Solo

Antara band dari Indonesia yang masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini, sudah tentunya Sheila On 7!
Sudah lama tidak mendengar, berita terkini Duta Sheila On 7. Suatu ketika dahulu, jejaka ini pernah menjadi idola ramai gadis dari Indonesia mahupun di Malaysia. Manakan tidak, hampir semua lagu-lagu Sheila On (SO7) pernah hits dan menjadi siulan anak muda pada masa itu.

Terbaru, setelah lebih 20 tahun menjadi vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta berkata sudah tiba masanya dia bergerak solo. Tambah Duta, dia sudah memiliki beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada peminatnya. Meskipun akan menyanyi secara solo selepas ini, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar daripada kumpulan tersebut.
Keputusan Duta untuk bergerak solo itu nampaknya disambut baik oleh gitaris kumpulan berkenaan iaitu Eross Candra.
Penyanyi Sephia itu menyatakan bahawa, “Eross juga pelik kenapa saya tidak menjadi penyanyi solo dari dulu lagi.”

Memetik laporan Prambors, Duta berkata ia merupakan masa yang tepat untuk melakukan perkara baharu kerana umurnya sudah menjangkau 42 tahun.
“Umur saya sudah 42. Perlu sesuatu yang baru,” jelasnya lagi.
Akhdiyat Duta Modjo ataupun lebih mesra disapa sebagai Duta ini mengesahkan bahawa dia telah menghasilkan beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada para peminatnya.

Walaupun memutuskan untuk bergerak solo, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar atau meninggalkan kumpulan Sheila on 7 yang telah menaikkan namanya dalam industri hiburan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga dekat Singapura dan Malaysia.
Hmm…mesti ramai peminat SO7 yang sedih kan tapi apa-apa pun kita perlu menghormati keputusan mereka. All the best buat Duta!
BACA LAGI : Komposer Lagu Antara Anyer Dan Jakarta Meninggal Dunia, Sheila Majid Luah Rasa Duka
Sumber: Prambors
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Seri Michelle Yeoh Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Filem Amerika

Anak kelahiran Malaysia yang sudah menempa nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi selebriti pertama di Asia yang menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangannya dalam industri filem.
Difahamkan, ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada majlis konvokesyen bagi felo-felo institusi filem di Hollywood. Gabungan kedua-dua pengarah filem yang digelar sebagai The Daniels itu terkenal dalam filem yang dibintangi Michelle Yeoh, Everything Everywhere All At Once.
“Kami amat bertuah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda, Michelle Yeoh. Antara perkara pertama yang kami sedar adalah kebaikan hatinya terhadap orang lain,” kata duo pengarah itu ketika menyampaikan anugerah tersebut.
Datuk Seri Michelle Yeoh turut berucap dan memberi saranan kepada artis generasi baharu supaya berpegang kepada cinta terhadap karya mereka dan berani untuk merebut peluang.

Antrara selebriti-selebriti popular yang pernah dianugerahkan ijazah kehormat itu adalah Maya Angelou, Jodie Foster, James Earl Jones, David Lynch, Quentin Tarantino dan Angela Bassett.
Sebelum ini, Michelle juga telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022. Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time.
BACA: Michelle Yeoh Tersenarai Dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022
Sepanjang hayat kerjaya Michelle dalam dunia lakonan, beliau telah terlibat dalam lebih daripada 70 produksi filem termasuklah Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings dan banyak lagi.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Michelle Yeoh, beliau memang selayaknya menerima penganugerahan ini kerana berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan antarabangsa dan terkenal di seluruh dunia.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! Peluang Dapat Ke New York Dengan Gunakan Alat Mekap Je

Okay, sebelum korang excited untuk tahu mengetahui cara memenangi trip ke New York ini, jom kenali dulu jenama yang akan membawa korang ke sana.
Kiss New York Lady ialah jenama produk kecantikan yang semakin popular dalam kalangan remaja Malaysia kerana menampilkan produk pilihan ramai termasuklah rawatan kuku, kosmetik dan penjagaan kulit.
Bukan itu saja, mereka juga ada menyediakan rawatan rambut, bulu mata palsu dan banyak lagi.

Jadi, kali ini jenama tersebut telah pun bekerjasama dengan pengeluar produk kecantikan tempatan, Yap International Trading Sdn. Bhd. untuk mencari KISS NEW YORK LADY dari Malaysia.
Sekiranya korang berumur 18 tahun ke atas dan sudah pun memiliki sebarang produk KISS NEW YORK daripada 170 buah Guardian dan laman web mereka, korang boleh mengerah kreativiti untuk menyerlahkan semangat “kecantikan”, “fesyen”, “kreativiti” dan “keyakinan” jenama ini melalui gambar atau video di media sosial korang.
View this post on InstagramA post shared by KISS NEW YORK LADY (@kissnewyorklady_official) on
10 peserta popular dan berbakat akan dipilih setiap bulan bermula Ogos hingga Disember kelak. Pada setiap bulan, juara bulanan akan dipilih untuk layak ke peringkat akhir secara automatik.
Hadiah yang ditawarkan memang menarik!
Juara KISS NEW YORK LADY bukan hanya menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 10,000 (kira-kira RM42,440), dirinya juga berpeluang untuk terbang ke New York dan melihat kota Big Apple sendiri.
Get this, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh penganjur tau!
Cara Untuk Sertai
1. Peserta perlu berumur 18 tahun ke atas dan membeli sebarang produk KISS NEW YORK di Guardian
2. Muat naik gambar atau video kreatif di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jangan lupa sertakan hashtag #kissnewyork, #kissnewyorklady dan #kissnewyorklady_malaysia
3. Kongsikan pengalaman korang selepas menggunakan produk tersebut di kissnewyorklady.com



Terma & Syarat
1. KISS NEW YORK dan Yap Trading Sdn. Bhd. berhak mengubah atau menggantikan hadiah pemenang
2. Sekiranya pihak penganjur mendapati kandungan yang tidak sesuai dan mempunyai kandungan yang tidak mematuhi peraturan atau tidak memenuhi syarat pertandingan ini, pihak penganjur berhak memadamkan foto, video dan membatalkan kelayakan peserta tanpa sebarang notis
3. Pihak penganjur memiliki hak mutlak untuk mengubahsuai terma dan syarat dan perkara-perkara lain dalam pertandingan ini.
*
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

