Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Ads
Jika sebelum ini siri Resident Evil sarat dengan aksi, namun Resident Evil: Welcome to Raccoon City lebih memaparkan kisah horror yang sangat menarik bagi menarik peminat permainan video ini yang sinonim dengan adengan penuh aksi.
Apa yang menariknya kali ini mereka menampilkan enam karakter Resident Evil iaitu Chris Redfield, Claire Redfield, Jill Valentine, Albert Wesker, Leon S Kennedy dan Ada Wong.
Ads
Namun begitu, sekiranya korang tidak pernah bermain permainan video ini, ia masih lagi mudah untuk difahami dan korang tidak akan terganggu dengan plot cerita yang mengelirukan. Semuanya diceritakan dengan jelas dalam naskhah yang berdurasi 1 jam 47 minit ini.
Seperti menonton filem-filem zombie yang lain, Resident Evil: Welcome to Raccoon City juga tampak biasa dengan aksi-aksi zombie dalam filem sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari.
Ads
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti korang pernah sumpah seranah bila dapat pulangan baki wang kertas terkoyak daripada pekedai kan?
Rasa habis tertipu masa tu. Mungkin juga kejadian sama pernah berlaku sebaliknya korang yang menolak baki diberikan pekedai kerana ada koyak pada wang tersebut.
Rileks…rileks…
Baca perkongsian Rahman Ismail berkenaan cara untuk menyelamatkan wang kertas yang mengalami kerosakkan seperti terkoyak mahupun terkena dakwat menerusi laman Twitter miliknya. Harapnya lepas ni kalau ada duit yang rosak tu janganlah terus buang ya. Mana tahu masih ade nilainya.
Boleh ditukar dimana-mana cawangan bank.
KRITERIA PENILAIAN DAN SAIZ WANG KERTAS
Berikut merupakan kriteria-kriteria bagi penukaran wang kertas dan nilai bagi wang yang terkoyak
1. LEBIH 2/3 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS
Jika wang kertas korang koyak pada saiz yang sedemikian iaitu lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas , jangan risau, korang masih boleh mendapatkan semula nilai penuh wang tersebut.
2. ANTARA 1/2 HINGGA 2/3 SAIZ ASAL WANG KERTAS
Jika koyakan adalah 1/2 sehingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas pula, hanya akan dapat nilai separuh daripada wang tersebut.
3. KURANG 1/2 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS
Tapi , malangnya jika koyakan wang tersebut adalah bawah 1/2 daripada saiz asal wang kertas maka ia tiada nilai.
CONTOH LAIN DUIT YANG TIADA NILAI
Contengan pada potret yang di-Pertuan Agong.
Wang kertas dengan kelunturan yang teruk sehingga tidak nampak corak reka asal wang kertas
Tulisan yang menggambarkan slogan politik atas wang kertas.
Menggunakan wang sebagai pad tulis mahupun kad jemputan.
Okay…kalau korang tak nak juga wang kertas tu bagi jela kat penulis…tapi pastikan wang tu berwarna purple okay…heheh
Drama adaptasi sudah tidak asing lagi bagi penonton kerana bukan hanya di negara kita, negara luar seperti Korea juga banyak mengambil inspirasi daripada adaptasi siri televisyen luar negara. Malah, ada diantaranya dikatakan lebih menarik untuk ditonton berbanding siri asal.
Berikut kami senaraikan antara drama Korea yang diadaptasi daripada siri televisyen Barat.
Selamat menonton!
1. The Good Wife
Drama ini adalah adaptasi daripada siri televisyen Amerika Syarikat yang menggunakan judul yang sama. The Good Wife menceritakan tentang Lee Tae Joon bekerja sebagai pendakwaraya yang berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun, dia ditangkap kerana rasuah dalam skandal politik.
Isterinya yang juga seorang peguam sebelum berkahwin kini meneruskan kerjayanya setelah 15 tahun hiatus, dia mula mencari identiti sebenar dirinya.
2. Entourage
Young Bin merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Korea berkawan baik dengan Ho Jin, Joon dan Geobook sejak kecil lagi. Mereka bernaung di bawah agensi yang sama dan melayari kehidupan sebagai anak seni bersama-sama.
Entourage berdasarkan siri HBO yang memenangi anugerah dan ditayangkan selama tujuh tahun. Namun, walaupun dengan barisan pelakon popular Korea yang membintangi drama ini, ia mencatatkan rating yang rendah dan ada yang berpendapat siri ini tidak kena dengan vibe k-drama.
3. Criminal Minds
Dibintangi oleh Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun dan Go Yoon, siri thriller jenayah ini adalah berkenaan dengan pasukan profiler terlatih National Criminal Investigation (NCI). Tugas mereka adalah untuk menjejak penjenayah dan menyelesaikan kes mereka.
Drama ini berdasarkan siri televisyen Amerika dengan judul yang sama. Walaupun dibintangi oleh barisan pelakon hebat, namun ia tidak mencatatkan rating yang baik.
4. Life On Mars
Apabila seorang saintis moden mengalami kecelakaan dan kemudiannya tersedar, dia mendapati dirinya berada di tahun 1988. Dia kini menjadi seorang detektif yang bekerja di sebuah balai polis yang terletak di bandar kecil. Satu-satunya kunci untuk kembali ke masa kini adalah dia perlu menyelesaikan kes pembunuhan bersiri.
5. Mistress
Berdasarkan siri UK Mistresses yang ditayangkan selama dua tahun, ia menceritakan tentang kehidupan empat sahabat wanita yang berusia 30-an. Ketika mereka terlibat dalam satu siri pembunuhan, masing-masing mula menemui diri mereka yang sebenar.
Dibintangi oleh Han Ga In, Shin Hyun, Choi Hee Seo dan Goo Jae Yee, siri televisyen ini juga pernah diadaptasi untuk drama Jepun.
6. Romance Is A Bonus Book
Adaptasi daripada siri televisyen Younger ini menceritakan tentang Cha Eun Ho, seorang penulis yang bijak dan kacak. Dia seorang yang mudah marah, namun mempunyai personaliti yang menyenangkan.
Kang Dan Yi pernah menjadi penulis popular tetapi kini tidak lagi. Walaupun pernah mempunyai kerjaya yang baik dengan latar belakang akademik yang cemerlang, namun dia sukar mendapatkan pekerjaan baru.
Kang Dan Yi akhirnya bekerja di syarikat penerbitan dengan berbohong tentang latar belakangnya. Cha Eun Ho adalah ketua editornya dan bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.
7. Designated Survivor: 60 days
Berdasarkan siri televisyen Amerika Designated Survivor yang ditayangkan selama tiga tahun, drama Korea ini dibintangi oleh Ji Jin Hee, Heo Joon Hi, Lee Joon Hyuk, Kang Han Na dan Bae Jong Ok.
Park Moo-Jin adalah bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Dia tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik. Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.
8. The World Of The Married
Drama yang pernah menjadi fenomena tahun lalu ini diadaptasi dari siri televisyen British yang menceritakan tentang Ji Sun Woo yang berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mempunyai seorang anak lelaki. Walaupun mempunyai kerjaya yang baik dan bertanggungjawab terhadap suami dan anaknya, Tae Oh tetap berlaku curang dengan perempuan yang jauh lebih muda.
9. 18 Again
Setelah hampir 20 tahun berkahwin, Jung Da Jung (Kim Ha Neul) dan Hong Dae Young (Yoon Sang Hyun) nampak seperti mempunyai kehidupan rumah tangga yang sempurna, dengan dikurniakan sepasang kembar berusia 18 tahun, pasangan suami isteri yang berusaha bekerja keras untuk membina rumah tangga bahagia bersama. Tetapi apa yang kelihatan seperti kehidupan yang ideal pada luaran bukan seperti apa yang dilihat.
Drama ini diadaptasi daripada filem Hollywood 17 Again lakonan Zac Efron.
Dalam banyak-banyak drama berikut, mana satu paling korang suka?
Setiap tahun, ada saja acara larian besar-besaran yang membuatkan ramai orang ternanti-nanti menunggu.
Salah satu daripadanya ialah larian yang dianjurkan oleh Ice-Watch di bawah Habib Group. Apa yang penulis gemari mengenainya adalah energy yang diberikan oleh penganjur dan peserta pada setiap tahun.
Ia juga terkenal sebagai larian berwarna-warni disebabkan warna baju yang diberi dan props glow stick pada tahun-tahun sudah.
Ice-Watch Run pada tahun lalu diadakan pada waktu malam.Best-kan warna-warni!Tahun ini, ia akan diadakan pada waktu pagi.
Namun untuk tahun 2019, Ice-Watch melakukan sedikit perubahan di mana larian yang bertema Light Up The Day Run 2019 ini akan dianjurkan pada waktu pagi.
Bertempat di IOI City Mall Putrajaya pada 8 Disember ini, korang boleh membawa kawan dan ahli keluarga untuk turut sama berlari, have a great time dan menghabis masa dengan aktiviti sihat.
Ia terbuka kepada 2 kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Bagi mereka yang mencatatkan masa pantas untuk setiap kategori tersebut, tentunya Ice-Watch juga ada menyediakan hadiah menarik untuk korang!
Selain daripada acara Light Up The Day Run 2019, peserta juga boleh melihat model-model jam cantik dan terbaru dari Ice-Watch dan stor Time Zone Malaysia di Habib Group Exhibition yang bertempat di aras Ground Floor, bangunan IOI City Mall pada hari tersebut.
Antara model jam terbaru yang akan berada di sana termasuklah koleksi ICE on Fire yang baru dilancarkan semalam.
Koleksi jam tangan ICE On Fire.
Terbahagi kepada 4 rekaan berwarna merah putih, jam tangan ini mempunyai tali silikon dan hanya dijual pada harga RM339. Berbaloi kan!
*
Untuk info lanjut tentang Ice-Watch Light Up The Day Run 2019, korang boleh kunjungi laman web The Marathon Company. Pendaftaran sudahpun dibuka secara online di racexasia.com.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!