
Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab homemade. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet.hiks

Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis…. Dah cuba sekali, pasti nak lagi!
So korang yang selalu kena minta ‘extra cheese’ bila beli cheesy wedges ataupun masa beli burger di luar, ini cara buat sos cheese secara homemade yang lebih jimat.
Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini, confirm jadi!
Bahan-bahan :

- Butter 1/2 ketul
- Susu cair 1/2 tin
- Tepung gandum 1 sudu besar, bancuh dengan sedikit air
- 4 keping Cheese
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Pewarna kuning
- 1 ketul Kuib ayam
- Garam
Cara-caranya :
1. Panaskan Bahan

Cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan Keju

Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: NizSa Mi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian Menjelaskan COVID-19 Boleh Tersebar Melalui Asap Vape

Sebelum ini kita sudah mengetahui bahawa virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk. Kini, satu kajian terbaharu telah mendapati bahawa pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling secara hembusan.

Menurut Astro Awani, kajian ini telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, namun ia masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Dapatan pakar dari Mexico, Itali dan New Zeaand itu menyebut bahawa hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran. Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga jarak dua meter, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom iaitu 1 meter.
Pakar terbabit turut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas atau mana-mana kawasan awam di mana orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap vape.

Sementara itu, kajian oleh Public Health Ontario pula mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko lebih lebih untuk menghidap COVID-19. Aerosol yang terhasil daripada produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
Kajian tersebut turut menyebut bahawa sentuhan tangan ke mulut melalui penggunaan vape juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Portal Daily Mail UK juga melaporkan sekumpulan saintis yang menghasilkan model bagaimana virus boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.

Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko jangkitan sekitar 5 hingga 17 peratus.
Oleh yang demikian, diharap agar pengguna vape lebih berhati-hati dan jika boleh, elakkan menghisap vape dikawasan orang ramai. Bukan hanya kerana takut jangkitan COVID-19 sahaja, kami yakin masyarakat juga tidak selesa jika kepulan asap berada disekeliling mereka.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jom Cuba 5 Tip Untuk Kembalikan ‘Mood’ Bekerja Selepas Cuti Raya!

Selepas seminggu kita menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, sudah tentunya suasana di pejabat terasa suram kerana ‘mood’ bekerja belum sampai lagi kan?
Maklumlah, raya kan sebulan! Mesti juga ramai yang ‘bercinta’ nak pergi bekerja selepas beraya sakan kan…

1 rancang kembali tugas-tugas
Sewaktu masuk semula ke pejabat, sediakan sebuah jadual tugasan untuk mendisiplinkan anda supaya lebih mudah fokus dengan tugasan yang ada.
Selain itu, anda juga akan merasakan kerja lebih cepat serta mudah untuk disiapkan kerana anda telah menyediakan sebuah pelan sebelum melakukan tugasan korang menjadikan anda lebih produktif dan efektif.
2 lakukan kerja mudah dulu sebelum tugas besar
Tarik nafas terlebih dahulu dan berikan diri anda sedikit masa untuk menyesuaikan persekitaran semula. Ini amat penting juga tau. Jangan tergopoh-gopoh untuk melakukan tugasan, nanti tambah stres.
Selain itu, ikutilah kemampuan diri anda. Jangan paksa diri anda untuk menyiapkan segala tugasan dalam satu hari. Siapkan tugasan sikit demi sedikit supaya tidak menambah beban pada diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Di Luar Semakin Panas, Ini Tip Elak Kena Strok Haba

3 berkongsi cerita pengalaman raya
Kongikan pengalaman raya anda bersama rakan sekerja. Ceritakan segala perkara yang membawa mood positif dan suasana ceria.
Ambil masa ketika melakukan tugasan untuk bersembang berkongsi pendapat bersama rakan sekerja tentang pengalaman beraya kerana ia bukan sahaja membangkitkan mood, malah ia akan mengekalkan semangat berkerja tinggi kerana terdapat komunikasi efektif.
4 rancang jamuan raya
Bagi membawa mood serta suasana raya di pejabat, anda juga boleh merancang jamuan raya bersama-sama, selain dapat berkongsi dengan rakan sekerja pelbagai kuih raya ataupun juadah raya sambil menyiapkan kerja masing-masing.
Paling disyorkan sangat untuk anda pasang lagu raya dan tangkap gambar bersama-sama!

5 senyum, jangan tunjuk tiada mood
Ya, apa kata anda semua cuba ikuti tip ini untuk kembalikan semula mood kerja yang hilang itu! Mudah sahaja kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook PHM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Malaysia Kongsi Dorm Tour Di Kampus Korea, Macam Dalam K-Drama Tak?

Setiap kali kita menonton K-drama yang bertemakan pelajar sekolah menengah dan universiti, pastinya kita ‘ternganga’ melihat set bilik tidur di asrama mereka. Biar betul asrama di Korea sebesar itu?
Setelah lama menangguhkan content Dorm Tour di saluran YouTube-nya, Sabrina Azhar telah berkongsi keadaan sebenar asrama di sana. Untuk pengetahuan, Sabrina merupakan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul.
Speaking of the room, sorry to burst your bubbles guys but it is pretty much like our dorms here at home.
Sabrina menunjukkan bilik asramanya tidaklah seluas seperti yang selalu dicanang dalam drama serta filem fiksyen Korea.
“Saya berkongsi bilik dengan seorang lagi kawan, jadi saya hanya menunjukkan bahagian katil saya saja dalam video ini.
“Disebabkan tilam katil ini agak lama dan keras, saya mengalas tilam dengan pelapik (mattress topper). Di sebelah katil pula, saya gantungkan kot labuh, hoodie dan koleksi selendang.
“Secara tidak langsung, pakaian yang digantung ini menjadi ‘langsir’ atau pemidang katil untuk memberi saya lebih privasi.”


“Setiap pelajar mendapat satu bahagian almari. Dan kami mendapat satu lagi almari kosong yang kami berdua kongsi. Di dalamnya, saya meletakkan kasut-kasut saya.
“Di bahagian bawah pula, saya letakkan bagasi dan barangan harian seperti bahan pencuci pakaian,” kata Sabrina yang mengakui dia mempunyai banyak koleksi pakaian di sana.
Justeru, dia beruntung kerana terdapat almari tergantung di bahagian atas dan di bawah katilnya. Ia dipenuhi oleh – you guessed it – lebih banyak pakaian. Di situ juga, dia meletakkan beg harian dan beg ‘travelling’.
“Korea mempunyai empat musim, jadi sudah tentu saya perlukan pakaian berbeza. Apabila kami memasuki musim berlainan, saya akan keluarkan pakaian yang sesuai dari kotak dan masukkannya ke dalam almari,” jelasnya.

Seperti mana-mana kediaman di Korea, mereka memerlukan alat pemanas bilik untuk musim sejuk seperti yang sedang melanda Korea sekarang.
Di bahagian meja belajarnya, Sabrina menyusun dengan rapi bahan bacaan, produk penjagaan kulit dan snek ringkas.
“Kami tidak dibenarkan memasak di dalam bilik dan perlu ke dapur awam yang terletak di luar bangunan. Cerek atau apa-apa peralatan elektrik kecuali pengering rambut juga tidak dibenarkan di dalam bilik. Tapi tak mengapa, kami mempunyai water cooler di luar.”

“Kami berdua berkongsi satu bathroom di dalam bilik. Kami perlu membersihkannya sendiri tetapi untuk langsir mandi, mereka akan menukarnya setiap 6 bulan sekali.
“Di Universiti Hanyang, terdapat lima blok asrama dan saya berada di Hannuri Residence 2. Untuk ke kafeteria, saya perlu berjalan ke Residence Hall 1, 2 dan 5. Mereka menyajikan makanan sarapan, tengah hari dan makan malam. Ada kafeteria yang menawarkan makanan Halal dan ada yang tidak,” kongsinya lagi.


Sabrina juga sempat berkongsi bahagian dobi asrama mirip yang kita ada di kampus universiti dekat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Ini Kongsi 8 Snek Halal Di Myeongdong Seoul
Tonton video penuh dorm tour bersama Sabrina di bawah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

