Sebelum ini kita sudah mengetahui bahawa virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk. Kini, satu kajian terbaharu telah mendapati bahawa pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling secara hembusan.
Gambar hiasan
Menurut Astro Awani, kajian ini telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, namun ia masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.
Dapatan pakar dari Mexico, Itali dan New Zeaand itu menyebut bahawa hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran. Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga jarak dua meter, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom iaitu 1 meter.
Pakar terbabit turut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas atau mana-mana kawasan awam di mana orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap vape.
Ads
Gambar hiasan
Sementara itu, kajian oleh Public Health Ontario pula mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko lebih lebih untuk menghidap COVID-19. Aerosol yang terhasil daripada produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.
Kajian tersebut turut menyebut bahawa sentuhan tangan ke mulut melalui penggunaan vape juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Ads
Portal Daily Mail UK juga melaporkan sekumpulan saintis yang menghasilkan model bagaimana virus boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut dan dihembuskan semula.
Ads
Gambar hiasan
Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko jangkitan sekitar 5 hingga 17 peratus.
Oleh yang demikian, diharap agar pengguna vape lebih berhati-hati dan jika boleh, elakkan menghisap vape dikawasan orang ramai. Bukan hanya kerana takut jangkitan COVID-19 sahaja, kami yakin masyarakat juga tidak selesa jika kepulan asap berada disekeliling mereka.
Berseronok di kawasan pantai sememangnya menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Kita cukup bertuah kerana negara kita dikelilingi oleh kawasan pantai sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah & Sarawak.
Bukan saja kita mudah merasa tenang apabila ombak menghempas pantai. Macam-macam aktiviti pun ada ditawarkan di kawasan pantai Malaysia lalu menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini empat daripada 25 resort terbaik di benua Asia khabarnya terletak di Malaysia. Fuh…bangga tak?
Menurut pengiktirafan Condé Nast Traveler’s 2021 Readers’ Choice Awards, keputusan ini dibuat melalui undian orang ramai. Jom kita tengok resort mana yang tersenarai!
Desaru Coast, Johor
Ranking: #6
Dengan keluasan 3,900 ekar, pelbagai pusat penginapan premium dengan jalan keluar pantai sendiri ada terletak di sini. Ia termasuklah cawanganAnantara Desaru Coast Resort and Villas pertama di Malaysia, cawangan One & Only Desaru Coast Resort yang pertama di Asia, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Terdapat 4 jenis suite yang ditawarkan iaitu rainforest junior suite, ocean junior suite, rainforest grand pool suite dan juga ocean grand suite. Memang padan dengan namanya, setiap bilik dihidangkan dengan permandangan ke arah laut.
The Ritz-Carlton, Langkawi
Ranking: #7
Ritz-Carlton Langkawi popular dalam kalangan golongan elit yang sukakan lokasi penginapan mewah dengan layanan berkelas 5 bintang. Terletak di dalam kawasan hutan lebat berusia hampir 10 juta tahun, resort ini menawarkan pengalaman menenangkan sewaktu bercuti Rainforest Villa, Beach Villa dan Ocean Front Villa.
Mereka turut menawarkan fasiliti terbaik seperti kawasan pantai tertutup, gelanggang tenia, pusat gymnasium, kolam renang dan banyak lagi.
Four Seasons Resort Langkawi
Ranking : #14
Gambar Via travetopia.my
Terletak di Tanjung Rhu, Four Seasons Resort Langkawi dikelilingi alam semulajadi yang cukup indah danmenawarkan kemudahan menarik seperti kolam renang, 3 pilihan tempat makan, bar dan juga spa.
Setiap unit bilik pula didekorasi dengan seni bina Melayu dan Moorish menjadikan bilik anda lebih menarik dan sedap dipandang.
The Datai Langkawi
Ranking: #15
The Datai Langkawi merupakan resort berkelas 5 bintang yang dihiasi dengan penuh elegan pada setiap bilik dan suite.
Bagi korang yang sukakan hutan hijau dan masih inginkan penginapan moden bolehlah menginap di The Datai Langkawi.
The Datai menawarkan penginapan mewah dengan kemudahan kolam renang, spa dan padang golf.
Setiap bilik di The Datai mempunyai balkoni ke arah pemandangan indah hutan hujan tropika dan juga mempunyai ruangan rehat untuk anda bersantai bersama keluarga.
Pangkor Laut Resort, Perak
Ranking: #23
Pangkor Laut Resort ditemani laut biru Selat Melaka yang sangat memukau. Amat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula-jadi atau mereka yang memerlukan lokasi yang penuh ketenangan.
Setiap villa dan suite dibina di atas permukaan laut dan dilengkapi kemudahan asas, wi-fi dan juga ‘in-room climate control’.
*
Antara resort lain yang tersenarai dalam Condé Nast Traveler’s 2021 Readers’ Choice Awards ialah :
1. Six Senses Bhutan
2. COMO Bhutan Uma Punakha
#3. Shinta Mani Wild Ou Bak Roteh, Cambodia
Shinta Mani Wild
#4. Cape Weligama
#5. Six Senses Ninh Van Bay, Vietnam
#6. Desaru Coast, Johor
#7. The Ritz-Carlton, Langkawi
#8 Ceylon Tea Trails Hatton, Sri Lanka
#9 El Nido Resorts (Lagen Island, Apulit Island, Pangulasian Island and Miniloc Island)
#10 Amankora Bhutan (Paro, Thimpu, Gangtey, Bumthang and Punakha)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian netizen apabila mendedikasikan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Ammar Ahyan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16 tahun.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu dilihat memberi kad kreditnya kepada Ammar untuk membeli hadiah dan berbelanja bagi mengadakan majlis hari jadi di rumah mereka.
Dalam hantaran tersebut, Aliff sebagai bapa memohon maaf andai ada kesalahan yang dilakukan sepanjang membesarkan cahaya matanya itu.
“Minta maaf, abah buat video dalam bilik je tengah baring-baring. Kepada anak abah selamat hari jadi yang ke 16 tahun, cepatnya masa berlalu.
“Abah nak minta maaf kalau selama ini abah jadi abah yang jahat, abah yang garang ataupun yang serba kekurangan daripada abah.
“Niat abah cuma nak anak abah jadi orang yang lebih hebat daripada abah, anak yang berjaya dunia dan akhirat, anak yang sentiasa mendoakan ketika abah tak ada lagi,” katanya.
Majlis tertutup tersebut hanya dihadiri oleh rakan karib Ammar dan pembantu rumah, manakala Aliff tidak dapat bersama-sama mereka berikutan perlu ke kediaman ibunda tercinta yang juga usahawan, Bonda Rozita.
Pada masa sama, usahawan berusia 37 tahun itu turut mendoakan dan menitip nasihat buat Ammar agar menjadi anak yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
“Menghargai orang tua, menyayangi abah dan juga mama. Sentiasa menjadi abang sulung yang terbaik dan menjadi seorang pewaris kepada perniagaan abah.
“Abah yakin anak abah anak yang hebat. Doa abah, jadilah orang yang disenangi dan disayangi masyarakat. Amin,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam keadaan negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, ramai daripada kita mengurut dahi memikirkan masalah yang sedang melanda persekitaran ekonomi sekarang, ditambah pula dengan gaji kecil. Apa tip nak menyimpan?
Sumber Gambar : Photo by Anna Shvets from Pexels
Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang gunakan pada waktu-waktu kecemasan.Yelah zaman pandemik ini, semua benda boleh jadi kan!
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kate Ginting ada berkongsikan tentang tips untuk menyimpan duit yang mudah untuk diikuti.
Bolehlah korang start menabung hari ini!
TIPS SIMPAN DUIT
Tahun ni boleh start buat sudah.
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Nampak macam mudah tapi kalau tak ada kesungguhan tak jadi juga ye. Kalau simpan RM1 sehari pun, setahun dah dapat RM365. Okay la tu daripada tak kumpul duit langsung kan? Belum lagi masuk duit syiling yang korang simpan tepi juga. Boleh la buat sesak-sesak nanti.
Sesiapa yang baru mula atau pernah saving tapi tak sampai sebulan dah guna duit simpanan tu, jangan guna nilai yang banyak untuk menyimpan. Biar sikit asalkan konsisten.