
Sambal Tempe Foto Via Sharinaz Redwan
Lain orang, lainlah cara masing-masing dalam menyediakan menu bersahur setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak.
Ada yang memilih untuk bersahur dengan buah kurma dan susu kambing. Kata mereka, ia adalah cara terbaik untuk memastikan kita tidak lapar sampailah waktu berbuka.
Ada juga yang tetap menjadikan nasi putih sebagai makanan wajib untuk bersahur.
BACA: Resepi Sambal Ikan Bilis Negeri Sembilan, ‘Wajib Ada’ Kalau Nak Travel
Untuk korang yang memilih nasi putih, tentunya kadangkala orang pening memikirkan juadah lauk yang hendak dimasak, bukan?
Nah! Sesuai untuk korang cuba, apa kata korang sediakan stok ‘ready-to-eat’ sambal tempe untuk bersahur selama sebulan.
Sediakan sahaja nasi putih panas dan juadah bersahur yang guarantee sedap terus siap!
Kami kongsikan di sini resepi yang dicipta oleh Sharinaz Redwan. Ikan bilis, tempe dan kacang elok bersalut perencah serta berkilat, tentu rangup diratah.
6 paket tempe
2 cawan ikan bilis
500gram kacang tanah
2 senduk cili kisar (sebaiknya cili kerinting pedas)
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ketul gula kabung
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Lebihan minyak menggoreng tempe
1. Tempe dihiris nipis, goreng garing sehingga rangup.
2. Ikan bilis dicuci dan digoreng agar ia rapuh. Kalau goreng jadi lemau, masak dengan air fryer sebentar, ia akan rangup semula.
3. Kacang dicuci, ditoskan dan digoreng.
4. Tumis bahan kisar dengan gula kabung, asam keping sampai pecah minyak.
5. Tumis dengan api perlahan sehingga ia betul-betul garing.
6. Tutupkan api dapur dan biarkannya sebentar. Masukkan garam ke dalam sambal secukup rasa diikuti tempe, kacang bilis.
7. Pastikan sambal tempe korang ‘sejuk’ sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Mudah tak?
BACA: 3 Makanan Wajib Ambil Masa Sahur, Kenyang Lama Ketika Puasa & Boleh Kurus!
Sebagai info, tempe kaya dengan nutrisi protein dan dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik.
Oleh itu, tempe adalah juadah yang cukup bersesuaian untuk memastikan korang tidak lapar di siang hari.
Selamat mencuba.
SUMBER: Sharinaz Redwan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.