
Semenjak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan, rakyat Malaysia mula membuat pembelian panik di semua pasaraya dan kesanya banyak barang-barang makanan lain kehabisan stok.

Dan bila dah duduk rumah tu macam-macam la bermain di kepala nak di makan. So hari ini kami kongsikan satu resepi bahulu mudah perkongsian Puan Azirah Mukhtar di laman facebooknya.
Untuk info, Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya musim perayaan. Namun, bahulu sering dijadikan santapan minum petang seisi keluarga di rumah kerana ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.
Jangan risau, zaman sudah berubah dan kita guna je apa yang ada di rumah tu.Yang penting adalah cepat, mudah dan sedap!
BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN
Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis)
-3 biji telur
CARA-CARA
1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..




Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Azirah Mukhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gedung Robinsons “Tewas” Dengan Pandemik COVID-19 & Bakal Buat Sales Tutup Gudang

Wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia semakin menyukar keadaan ekonomi. Di samping ramai mengetatkan jumlah perbelanjaan masa yang sama 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini dari data dikeluarkan oleh Sosco. Masa yang sama, dari data DOSM pula seramai 741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020. Lebih menakutkan sebanyak 51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).
Terkini, gedung beli belah terkemuka, Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd akan menutup dua gedung beli-belah di negara ini dan memulakan proses pembubaran berikutan ketidakmampuannya untuk meneruskan operasi kerana permintaan yang lemah.
Robinsons, antara pengusaha gedung serbaneka di seluruh dunia, terus mengalami kesan pandemik COVID-19, terutamanya dari segi jualan gedung berbanding jualan dalam talian.
Di peringkat global, corak belian runcit menyaksikan peralihan signifikan daripada perbelanjaan di luar talian ke perbelanjaan dalam talian dengan laporan Edagang Global 2020 menunjukkan Asia Pasifik akan menghasilkan hampir 63 peratus daripada semua jualan digital tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Robinsons Danny Lim berkata perubahan landskap pengguna menyukarkan syarikat untuk berjaya dalam tempoh jangka panjang dan ditambah pula dengan pandemik yang memburukkan lagi keadaan.
Pengusaha gedung beli-belah itu mengakui permintaan untuk konsep gedung serbaneka telah menyusut dengan ketara dengan laporan menunjukkan kemerosotan dalam jualan runcit, mencatatkan kadar pertumbuhan negatif 8.5 peratus di Malaysia untuk suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama setahun lepas.
Pada masa sama, gedung Robinsons di Singapura turut mengalami proses pembubaran yang serupa dengan pelantikan Cameron Duncan dan David Kim dari KordaMentha sebagai penyelesai sementara.
Mengambil contoh kajian mengenai trend runcit, Robinsons berkata peserta nama besar seluruh dunia telahpun keluar daripada industri dan lebih separuh gedung serbaneka di pusat beli-belah akan ditutup dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Begitu juga di Malaysia, industri runcit mencatatkan kadar pertumbuhan terburuk dalam tempoh 33 tahun dengan prospeknya kekal negatif untuk baki bulan tahun ini kerana pengguna dijangka mengetatkan lagi perbelanjaan masing-masing," katanya.
Dua gedung beli-belah itu terletak di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.
Sementara itu, tertakluk kepada pengesahan, penyelesai yang dilantik berharap gedung-gedung ini akan tetap dibuka pada minggu-minggu mendatang bagi memudahkan penjualan akhir sebelum ditutup. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tahniah Anak Muda…”, Netizen Puji Sekumpulan Pemuda Gigih Bersihkan Sungai Penuh Sampah

Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Sungai juga adalah sumber kepada kelestarian kehidupan manusia sejak berzaman lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Je Nak Jernih, Sungai Klang Dicemari Lambakan Topeng Muka Dan Sarung Tangan

Sedihnya pelbagai kerosakan dilakukan oleh manusia terhadap sumber utama kita ini. Antaranya isu pembuangan sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai dan memberi kesan buruk terhadap kestabilan ekosistem. Sampah-sarap ini juga menyebabkan aliran air tersumbat dan punca berlakunya banjir.
Sedar dengan hal ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan anak muda atau pemuda gigih membersihkan sungai telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
@pandawaragroup biar sungainya sedikit glow up #pandawara #onedayonetrashbag ♬ Immigrant Song (Remaster) – Led Zeppelin
Menerusi perkongsian video di TikTok, dapat dilihat sekumpulan anak muda sedang mempersiapkan diri dengan memakai glove dan kasut getah untuk masuk ke dalam sungai. Lebih mengagumkan lagi adalah mereka semua dilihat tidak geli dan seronok mengurangkan sampah sarap yang ada dalam sungai.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, Lebih 200K tanda suka dan 13K komen di TikTok, rata-rata netizen memuji tindakan mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apapun, REMAJA ucapkan tahniah kepada pemuda-pemuda ini. Moga terus melakukan kebaikan kepada bumi ini.
BACA : Sungai Furat Makin Surut, Adakah Benar Petanda Kiamat Makin Hampir?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Impian Menjadi Pensyarah Bidang Syariah Dan Belajar Di Al-Azhar, Pemuda Ini Sanggup Buat Tiga Kerja

Nasib setiap orang tidak sama. Ada dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan dimanjakan, ada pula yang perlu berusaha sendiri demi mengapai impian dan cita-cita.
Ilmu itu tidak terbatas pada usia, taraf ekonomi dan juga latar belakang. Semua orang berhak mendapatkan ilmu jika dia ada kemahuan dan bersedia untuk belajar.
ARTIKEL BERKAITAN : Kerja Part Time Untuk Survive, Pelajar Ini Berjaya Kekalkan 4 Kali Dekan Berturut-Turut

Begitu juga dengan pendidkan di peringkat tinggi di universiti. Pada zaman sekarang ramai remaja dan anak muda yang terus bekerja selepas tamat sekolah. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.
Namun, lain pula dengan pemuda dari Kota Bharu, Kelantan ini. Ahmad Arif Aziz, 20, sanggup melakukan tiga kerja semata-mata untuk mengumpul kos perbelanjaan bagi menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Itu yang dilakukannya demi memenuhi impiannya untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang syariah.
Malah, pemuda ini turut bekerja di sebuah kedai ‘produk sunah’ sejak sebulan lalu dan mengajar mengaji al-Quran kepada kanak-kanak di sebuah pusat pengajian di Pengkalan Chepa dan orang dewasa secara dalam talian sejak setahun lalu.

Menurutnya, dengan tiga kerja itu, dia mampu meraih pendapatan melebihi RM1,000 sebulan sekali gus dapat menyimpannya untuk dibuat belanja sepanjang tempoh pengajiannya di Mesir yang dijangka pada September ini.
“Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa kerana mereka sudah berkorban segalanya untuk saya selama ini.
“Jadi, saya mengambil keputusan melakukan tiga kerja ini di samping turut dibantu oleh kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Parlimen Pengkalan Chepa, Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan ini, guru, saudara dan orang ramai.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani, Sering di sini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, bapanya, Aziz Ismail, 64, yang juga imam di Masjid Pasar Kota Jembal adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan pada mata kiri, manakala ibunya, Ramlah Seman, 60, hanya seorang suri rumah.
“Kedua-dua ibu bapa saya menyokong apa sahaja yang saya lakukan asalkan ia baik dan memberi faedah.
“Saya tidak mahu membebankan ibu bapa kerana tahu kos pengajian di luar negara semestinya mahal berbanding dalam negara. Ini impian saya untuk belajar di Mesir seterusnya mahu membalas jasa kedua ibu bapa dan berbakti untuk negara,” katanya.
Ahmad Arif yang juga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Maahad Muhammadi Lelaki berkata, dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Dia bersyukur kerana sempat mencari duit bagi menampung perbelanjaan di sana nanti dan berharap pengajiannya selama empat tahun berjalan lancar serta dipermudahkan.
“Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini dan akan menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan,” katanya.
So semua, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang penting kita perlu ada matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan. REMAJA mendoakan agar kejayaan sentiasa melingkari kehidupan remaja ini pada masa-masa akan datang dan dalam pelajarannya.
BACA LAGI : 5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

