Resepi Air Mango Dessert, Mudah Dan Sedap Minum Sejuk-Sejuk!

Share

Biasalah masa bulan puasa begini, macam-macam resepi, iklan, rancangan masakan yang tunjuk minuman sejuk yang menggiurkan.

Nasib baik musim PKP ni tiada bazaar Ramadhan. Kalau tak semua jenis minuman nak beli kan? Tapi sesekali tentu nak merasa makan dessert atau pencuci mulut juga ketika berbuka.

Jadi apa kata kita cuba resepi Air Mango Dessert dikongsikan oleh Fatien Zain ini.

Memang simple sangat tapi tetap nampak menarik dan sedap!

Ini resepinya.

Bahan-bahan :

* 3 cwn susu segar
* 1 paket serbuk jelly flavour mangga(masak & sejukkan serta di potong dadu
* 1/2 cwn whipping cream(boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cwn susu pekat(ikut manis yg kita nak)
* 1 cwn sagu(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
* 1 tin laici tin(ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)

Caranya :

⏩ Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
⏩ Siap utk di hidang.

Tadaa…Siap. Mudah saja kan?

Yang penting, dapat banyakkan makan buah segar dan kurangkan snek atau minuman manis. Kita pun dapat jaga diet sekali.

Selamat mencuba dan berbuka semua.

Kredit: Fatien Zaini Via Rizal Hakim

IKLAN