Ramai yang menganggap bangun pagi-pagi dengan keadaan hidung yang gatal dan asyik terbersin adalah simptom biasa bagi individu yang mempunyai masalah resdung.
Namun yang sebenarnya, bukan semua bersin itu adalah resdung. Menurut Dr. Erna Nadia di laman Facebooknya, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dikenali sebagai sinus.
Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Fungsinya tidak diketahui dengan tepat tetapi ada teori mengatakan ia adalah untuk meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam dengungan suara.
Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan bagi kuman bakteria serta bengkak dalam lapisan hidung yang boleh menyebabkan salur ini tersumbat.
Jadi, jika hidung anda tersumbat, mungkin saja bukan kerana resdung tetapi mengalami masalah sinus ini.
Bagaimana pula dengan resdung?
Resdung boleh terjadi disebabkan oleh rerambut halus atau silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, tetapi gagal untuk berfungsi.
Pada asalnya, ia adalah virus-virus yang menyebabkan selesema biasa yang menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini yang akan menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak. Oleh sebab itu, pesakit akan rasa sakit dia bahagian muka.
Simptom resdung
1. Hidung tersumbat
2. Lendir daripada hidung dan tekak
3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
Ads
4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6. Gejala-gejala seperti bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan sebagainya
Punca:
1. Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
2. Hidung bengkok
3. Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
4. Jangkitan gigi atas
5. Ketumbuhan di dalam hidung
Ads
6. Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas
7. Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak
Kaedah rawatan
Rawatan yang perlu dibuat adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan yang bersesuaian akan disyorkan.
1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
2. Ubat selesema atau anti histamine
3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Macam mana nak kawal resdung?
1. Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung dinasihatkan untuk tidak menyapu rumah tetapi gunakan vakum atau mop.
Ads
2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap orang mempunyai alahan makanan yang berbeza. Ada yang tidak boleh makan makanan laut yang kaya dengan protein atau belacan, coklat, keju, kopi dan ada juga disebabkan oleh cuaca sejuk.
3. Banyakkan berehat. Baring menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan baik kerana ia dapat melegakan resdung.
4. Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum air.
5. Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.
6. Jangan guna semburan hidung dekongestan yang sudah lebih daripada 7 hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk.
7. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.
8. Guna ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.
9. Berbincanglah dengan doktor sebelum ambil ubat demam sebab sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung.
Tak perlu pergi berubat kampung letak asap dekat hidung sebab sebenarnya ianya bukan ulat tapi hanya kotoran yang sudah lama terkumpul dalam rongga sinus.Diingatkan lagi, jangan beli sebarang ubat di kedai-kedai jamu kerana kebanyakannya mengandungi steroid dan ia berbahaya kepada tubuh badan jika terlebih dos.
Paling penting adalah dengan hanya mengawal pemakanan kita. Berubatlah macam mana sekali pun, kalau memang sudah ada alahan kepada makanan tertentu dan tidak jaga dengan baik, maka penyakit itu akan datang menyerang lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing dalam masyarakat Malaysia. Pelakon kacak dari Indonesia ini sememangnya sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan Nusantara.
Baru-baru ini, pelakon dan seorang pensyarah di sebuah universiti di Indonesia ini terbuka menceritakan kisah dirinya dibesarkan dalam keluarga penganut Kristian, namun kini secara rela memilih untuk memeluk agama Islam.
Mungkin ramai yang tak tahu, menurut laporan pelakon berusia 34 tahun itu mengaku keluarganya terutama sekali ibunya adalah penganut tegar Kristian. Malah, dirinya juga pernah dihantar ke sekolah aliran Kristian dan sentiasa mengunjungi gereja setiap minggu.
“Mendiang Glenn Fredly (penyanyi) pernah jadi guru saya di gereja,” ujar lelaki berasal dari Bogor Indonesia itu.
Reza membuat keputusan untuk menjadi seorang mualaf setelah mencapai usia dewasa tanpa paksaan sesiapa pun.
“Perubahan saya memeluk Islam bukan atas paksaan atau mengikut orang, apa lagi kerana cinta misalnya. Ia adalah keputusan saya sendiri. Bukan sebab kerja atau pasangan. Saya cuma yakin setelah ‘berdialog’ dengan Tuhan, saya mahu jadi mualaf,” katanya lagi.
Bagaimana pun, tambah bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, ibunya menerima baik keputusannya untuk memeluk Islam biarpun wanita berkenaan kuat berpegang dengan agama dianutinya. Menurutnya, ibunya masih merayakan Krismas dan perayaan atau upacara lain di rumah dan dia okay sahaja.
“Mama kata jadi mualaf adalah hak saya. Dia cuma pesan, apabila memeluk Islam, jalani ibadah atau agama saya sebaiknya,” jelasnya.
Terdahulu, Hero filem Layla Majnun ini pernah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia pernah berbohong tentang kematian ayahnya sejak kecil. Walhal, dia tidak pernah mengenali atau mengetahui ayahnya masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Alhamdulillah, apa-apapun sama-sama lah kita doakan agar pelakon kacak ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
Tonton video penuh:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal 33 hari saja lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini, insyaAllah.
Walaupun masih berbaki lebih sebulan, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai rekaan koleksi pakaian raya tahun ini oleh pereka fesyen tanah air.
Perkara tersebut tidaklah mengejutkan kerana keluaran tiga bulan lebih awal seperti ini sudah menjadi ‘adat’ dalam dunia fesyen.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kepelbagaian bentuk, saiz dan potongan pakaian raya yang diperkenalkan pada tahun ini. Bukan saja baju kurung moden yang melekap pada tubuh boleh korang beli, malah banyak juga jenama fesyen tanah air yang menawarkan seluar sebagai alternatif kepada sarong baju kurung.
Senanglah nak ‘beraksi’ di dapur pada pagi raya nanti! Bukan senang tau nak masak rendang sekuali.
Jom lihat rekaan berseluar pilihan REMAJA tahun ini.
Rico Rinaldi
Semalam telah menyaksikan pelancaran koleksi #summeraya2018 dan koleksi eksklusif Bespoke Raya 2018 oleh Rico Rinaldi. Tahun ini, buat koleksi tahunan Summeraya, Rico telah mengambil inspirasi gaya yang lebih relaks. Masih ada pilihan dress labuh dan baju kurung untuk pilihan korang, namun yang lebih mencuri tumpuan penulis semalam adalah koleksi sedondon blaus dan seluar labuh. Cantik!
Mimpi Kita
Mimpi Kita merupakan salah satu jenama yang terlibat untuk projek koleksi Abaya oleh Fashion Valet. Bakal diperkenalkan di Dubai UAE, koleksi yang juga boleh didapati secara online di laman web ini mempertaruhkan DNA Mimpi Kita yang ampuh dengan keselesaan, potongan yang menyebelahi si pemakai dan gabungan warna serta corak menarik.
Rizman Ruzaini
Turut terlibat dalam koleksi Abaya itu adalah jenama eksklusif Rizman Ruzaini. Berbeza dengan pilihan bercorak seperti yang lain, mereka mengekalkan identiti glam namun masih selesa dipakai di mana-mana acara sepanjang musim perayaan kelak. Malah, tak keterlaluan jika penulis sifatkan rekaan koleksi ini sebagai universal dan pelbagai guna.
Aere
Seringkali, penulis dijamah dengan rekaan ready-to-wear oleh Aere. Namun, untuk koleksi raya ini yang turut dijual di Fashion Valet, ada sesuatu yang berbeza pada rekaannya. Masih mengekalkan stail sofistikated meskipun ringkas, ia bagaimanapun tampak lebih remaja, moden dan penuh dengan perincian potongan pada baju dan seluarnya. Aere juga memperkenalkan koleksi hijab #aerescarf pada kali ini.
Rizalman
Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama fesyen hebat negara ini. Rizalman berjaya memancing hati dan perhatian peminat fesyen (dan peminat Izara Aisyah) seluruh negara apabila memilih kebudayaan dari india sebagai elemen utama untuk koleksi #rizalmanforzalora ini. Bukan saja pertunjukan fesyennya masih menjadi bualan mulut ramai netizen di luar sana, malah dengar cerita koleksi ini terjual laris di online. Tahniah!
* * * * *
Jadi, jenama pakaian raya berseluar mana yang paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Admitit. Dalam seharian kamu sebagai seorang remaja, kebosanan adalah antara mush utama. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu dilakukan dan percaya atau tidak jika kita tiada benda nak buat dan mula rasa bosan, itu antara perasaan yang paling tak seronok kita rasai.
Bayangkan kamu dalam sebuah pesawat; sebagai contoh penerbangan ke Korea yang mengambil masa lebih kurang enam jam apa yang kamu buat untuk hilangkan rasa bosan. Yes, kamu akan cari sesuatu untuk dilakukan tidak kiralah baca buku, menonton filem atau bermain permainan video. Generasi kita sekarang bertuah kerana boleh dikatakan semua orang memiliki telefon pintar.
Otak Manusia Tidak Suka Rasa Bosan
Betul tak kalau rasa bosan, kita akan laju saja cari benda nak buat. Bila bosan lakukan satu kerja kita akan lakukan benda yang lain yang kurang bosan.
Ini boleh menjadi satu masalah besar terutamanya bila kamu harus menyiapkan kerja-kerja penting seperti assignment atau menepati deadline yang harus dipatuhi. Fikirkan senario ini; kamu harus menyiapkan assignment atau laporan dengan segera kerana esok harus submit kepada cikgu atau lecturer. Semasa menyiapkannya kamu berasa bosan seketika lalu bukan YouTube. Ketahuilah tindakan begini boleh mengundang bencana! Inilah natijah yang akan berlaku dan boleh menggangu hidup kita jika ‘tunduk’ kepada rasa bosan.
Kuasai Rasa Bosan
Actually, ini bukan artikel tentang bagaimana untuk hapuskan rasa bosan tetapi bagaimana untuk mengawalnya.
Pertama sekali, kamu harus assume yang sebelum melakukan sesuatu kamu akan berasa bosan. Ia adalah satu perkara normal dan kadang-kadang memang kita tak boleh mengelak. Apa yang perlu kamu lakukan?
Rancang Corak Kerja
Kamu tahu kamu seorang yang mudah berasa bosan terutamanya menyiapkan satu kerja yang bukanlah kegemaran. Buat jadual dan jangkaan tempoh kerja. Contohnya untuk setiap satu ke dua jam kamu bekerja, kamu akan berehat selama 5 minit untuk lakukan perkara lain. Lari sekejap daripada fokus kerja dan relakskan otak dengan melakukan aktviti melibatkan pergerakan. Kajian mendapati mengambil tempoh selang untuk berehat mmerupakan cara paling efektif untuk meningkatkan produktiviti dan mampu mengurangkan rasa stres.
Latih Diri Untuk Lebih Toleran Dengan Rasa Bosan
Ini merupakan cara bagaimana untuk kamu meningkatkan kemampuan untuk lebih fokus dan latihan minda untuk lebih fokus. Dengan melatih minda menjadi lebih positif, kamu akan kurang rasa bosan dan sceara tak langsung prestasi kerja juga meningkat.
Seharian berada di kuliah menyiapkan tugasan juga boleh menjadi latihan konsentrasi. Lama-kelamaan kamu akan perasan jika konsentrasi tinggi kamu akan sukar berasa bosan. Jika kamu berasa bosan, jangan hukum atau salahkan diri sendiri mengapa kamu boleh jadi begitu. Itu merupakan satu perkara normal. Dan percayalah orang yang mampu menguasai rasa bosan boleh menjadi lebih produktif.