Dalam bulan Ramadan ini, adakala kita terlupa untuk mengeluarkan lauk mentah terlebih dahulu sebelum mula memasak sekitar jam 5.00 petang ke atas. BIla melihat waktu yang semakin ke penghujung dan khuatir makanan tidak sempat dimasak, kita akan merendam lauk mentah sejuk beku ini ke dalam air panas untuk memudahkan proses nyah beku berlaku dengan cepat. Malah baru ini tular ada pengguna di media sosial berkongsi menggunakan hair dryer untuk  menyah beku dengan lebih cepat dan cara ini dianggap tepat oleh pengguna lain.

Namun sebaliknya semua tindakan sebegini akan merosakkan lauk mentah tersebut dan boleh mendatangkan risiko jika terus dimasak.  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi teknik defrost yang tepat untuk semua.

Rendam Air Panas Atau Guna Hair Dryer Untuk Defrost Makanan? Ini Risiko Kena Tanggung

Ambil tahu cara-cara defrost bahan mentah dengan selamat!

IKLAN

Jangan cuba cara-cara yang pelik yang akan menjadikan makanan kita tidak selamat untuk dimakan pula.

Adakah defrost atau nyabekuan adalah penting dalam proses penyediaan makanan?

Ya, kerana jika bahan mentah tidak dicairkan dengan betul, iaitu masih berais & keras di dalam, maka makanan itu tidak akan masak dengan sempurna lagi-lagi jika di goreng. Kerana bahagian beku khususnya bahagian dalam tidak dapat dimasak dengan sempurna dan masih mentah!

IKLAN

Cara-cara defrost yang betul ialah:

  1. Keluarkan bahan mentah daripada bahagian sejuk beku ke bahagian chiller dalam peti sejuk beku. ini adalah kaedah yang sangat selamat kerana pesekitaraan suhu yang terkawal. Gunakan bekas yang bertutup supaya darah cair dari bahan mentah tidak cemarkan makanan lain dalam peti sejuk. Tetapi cara ini akan ambil masa yang lama. Jika anda nak masak untuk buka puasa, bolehlah keluarkan bahan mentah pada waktu pagi dan sedia guna pada waktu petang.
  2. Rendam dalam bekas yang bersih di bawah air paip yang mengalir berterusan sehingga bahan mentah terpisah & menjadi lembut. cara ini ambil masa dalam 20-30 minit & senang.
  3. Gunakan microwave. Pilih button defrost dan pilih masa yang sesuai.

#kitajagakita

IKLAN

#makanselamatmenjaminkesihatan

Kredit:SAFE FOOD – BKKM Melaka

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI