Disclaimer: Perasaan nak rajinkan diri itu adalah sesuatu yang dipupuk dalam diri dan bukan wujud sebaik saja kita dilahirkan. Punctuality is made, not born with.
Tetapi mengikut kajian saintifik yang dilaporkan baru-baru ini, sesetengah daripada kita memang mempunyai kelebihan untuk mengatur jadual masa dengan cekap. Di samping itu, golongan ini juga dikatakan tidak suka menangguh kerja kerana sememangnya sifat mereka sudah dilahirkan begitu.
Cuba tengok kalau korang pun tergolong. Kalau tak ada tu, minta maaf bebanyak ya! Hehe..
Januari
Eddie Redmayne, 6 Januari 1982
January babies adalah orang yang gemar bekerja keras lebih berbanding daripada orang lain. Disebabkan sikap inilah, ramai di kalangan mereka yang sering dipilih sebagai ketua.
Selain ‘terbiasa’ berdisplin ketika melakukan tugasan dan menentukan jadual harian, mereka juga tidak gentar untuk ke hadapan demi mencapai kejayaan. Kalau diminta untuk menawar diri, mereka adalah antara orang pertama yang akan mengangkat tangan, gitu!
Betul ke?
Ads
Julai
Lindsay Lohan, 2 Julai 1986
July babies sering disebut sebagai remaja berdisplin. Mengapa? Mereka ini sudah terbiasa mengakui kesalahan sendiri jika terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Selepas itu, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk bangkit daripada kesalahan tersebut.
Disebabkan sifat ‘suka belajar daripada kesilapan lampau’ ini, July babies akan lebih berhati-hati selepas itu dan tidak mahu mengulang ia kembali. Lantas mereka tidak suka untuk menangguh kerja selepas itu.
Ads
September
Zendaya, 1 September 1996
September babies mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing tanpa diberitahu oleh orang lain. Itulah yang membuatkan mereka cepat berusaha demi tidak menempah kegagalan dalam hidup.
Walaupun mereka kadangkala dilanda rasa malas, tetapi disebabkan mereka suka mencatatkan reminder notes, mereka akan pantas get back on track.
November
Emma Stone, 6 November 1988
November babies adalah antara orang yang fokus tak ingat dunia! Hehe..
Ads
Seriously, korang mempunyai visi untuk siapkan kerja tanpa kisahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Apabila diberikan tugas, korang ada kebolehan untuk block segalanya sehinggalah tugas itu berjaya disiapkan.
Kalau mereka ini menjadi bos pada satu hari nanti, matilah nak..
Apa pendapat korang, tepat tak kajian ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama pakaian Jepun, Uniqlo baru-baru ini telahpun mengeluarkan rekaan pakaian serta aksesori istimewa untuk dipakai pemain tenis ikonik, Roger Federer sepanjang kejohanan Wimbledon 2021 yang sedang berlangsung sekarang di Britain.
Kini, korang sendiri boleh memakainya dan menjadi persis Roger – look wise.
Roger Federer juga merupakan salah seorang Global Brand Ambassador Uniqlo.
Selain 100 peratus mirip dengan yang asal, menariknya tentang koleksi ini adalah faktor keselesaan yang dijamin oleh Uniqlo, seperti biasa.
Korang tak perlu bermain tenis pun untuk memakai kemeja polo, seluar pendek, stokin dan topi ini. Dengan menggunakan teknologi fabrik mapped meshing, ia amat bersesuaian dipakai bagi tujuan kasual dalam cuaca panas terik di Malaysia.
Selain daripada logo Uniqlo, tertera juga logo RF yang melambangkan – yes you said it – Roger Federer dalam beberapa warna menarik terutamanya bagi koleksi topinya.
(Dari Kiri) : RF Cap (satu saiz) RM79.90 & RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90.Sejak melakukan debut dalam jelajah ATP pada tahun 1998, Roger Federer kekal relevan dan masih merupakan salah seorang pemain tenis lelaki terbaik dunia. Dalam senarai rekod 20 kejuaraan ATP Grand Slam, Federer memegang rekod 8 kejuaraan di Wimbledon.
Kata Federer mengenai koleksi ini, “Saya amat teruja untuk mempamerkan pakaian terbaru saya bersama Uniqlo. Untuk kejohanan Wimbledon ini,saya rasakan perincian kecil seperti kelim berwarna hijau dan biru pada baju dan seluar membuatkan saya lebih selesa di atas gelanggang berumput. Ia membantu saya merasa seperti bermain tenis di halaman sendiri.”
“Pilihan kedua yang menggunakan warna bendera Switzerland juga membuatkan saya rasa lbangga bagi mewakili negara saya,” ulas Federer yang turut berterima kasih kepada Uniqlo kerana menjadikan impiannya berkongsi sesuatu yang istimewa dengan para penyokong, satu realiti.
(Dari Kiri) : RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90 & RF Cap (satu saiz) RM79.90.
Koleksi Uniqlo bersama Roger Federer ini didatangkan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak. Sepanjang musim Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memerlukan stor fizikal Uniqlo di seluruh negara ditutup, koleksi ini boleh korang miliki secara atas talian di laman web Uniqlo atau di aplikasi khas Uniqlo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, warganet terutamanya peminat hiburan dan fesyen tempatan masih belum dapat ‘move on’ daripada gaya serta stail yang ditampil oleh para penyanyi yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 sepanjang dua hari ia dilangsungkan.
Nampaknya, persaingan sengit di antara mereka tidak hanya terletak pada faktor kekuatan lagu serta vokal sahaja. Malah, masing-masing baik penyanyi lelaki, wanita dan band masing-masing seakan tidak mahu kalah dengan ‘persaingan’ gaya fesyen yang dipertontonkan.
Jom lihat 10 gaya yang menjadi pilihan REMAJA, secara rawak.
AINA ABDUL
oleh Masyadi Mansoor, Shazleen Jalal & Ezuwan Ismail
Gaun yang hangat diperkatakan sejak malam Jumaat lalu tentunya ialah persalinan serba putih yang disarungkan oleh Aina Abdul ini. Ibarat menangkis semula kata-kata nakal warganet yang menyamakannya dengan selimut katil atau duvet, sememangnya ruang katil adalah inspirasi utama di sebalik gaya Aina ini. Bagi pereka outerwear yang disarungkan Aina iaitu Masyadi Mansoor dan Shazleen Jalal, katil adalah lokasi terakhir setiap individu sebelum lena dibelai mimpi. Momen-momen terakhir sebelum mata terlelap setiap malamlah di mana bayangan ‘si dia’ akan muncul di minda. Gaya ini dilengkapkan dengan sut putih rekaan Ezuwan Ismail di bahagian dalam.
AINA ABDUL
oleh Melinda Looi Couture
Tidak sah sekiranya Aina Abdul tidak tampil dengan gaya yang sama ‘memorable’ pada malam kedua pertandingan. Kali ini, Aina yang bergandingan dengan Khai Bahar menerusi penyertaan lagu popular, Nafas Cinta; pasukan glam Aina meneroka gaya bersama pereka fesyen berpengalaman Melinda Looi Couture. Ia bukan persalinan tulle kembang yang biasa kita lihat tetapi ia ibarat versi gaun tulle yang ‘diterbalikkan’ bagi memberi volume luar biasa pada bahagian bahu dan semakin menguncup pada bahagian bawah. Lapisan warna merah, merah jambu, hitam dan hijau pudina memberi gambaran segar bagi pencinta fesyen.
AISHA RETNO
oleh WANPA
Umpama puteri Belle daripada kisah dongeng Beauty & The Beast membuat kemunculan, gaun Wanpa buat penyanyi bervokal mega, Aisha Retno ini punya keistimewaan saat ia dipertontonkan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 36. Eksperimentasi berjaya ini amat teliti pada pandangan penulis, daripada potongan bahu seakan busana tradisional ‘Terno’ dari Filipina hingga ke potongan geometrik pada bahagian collar bone. Ciptaan Wanpa ini diserlahkan lagi oleh aksesori butiran ‘berlian’ yang disusun rapi sepanjang garisan rambut Aisha pada bahagian wajah serta sedikit pada bahagian ponytail di belakang. Subang dempak bermotif matahari melengkapkan gaya Aisha.
Bunga & Amsyar Lee
masing-masing oleh Firziey Couture & Behati
Satu percubaan yang mungkin akan menerima kecaman disebabkan keberanian pelantun lagu Intan Payung dalam berfesyen. Tidak semua orang dapat menerima campuran gaya moden dan tradisional sedemikian. Namun pada pandangan penulis, ia merupakan stail yang disempurnakan dengan molek sekali oleh Firziey Couture buat Bunga dan Behati buat Amsyar Lee yang menggantikan kedudukan penyanyi lagenda, Noraniza Idris. Campuran fabrik songket, quilt, lace dan kapas seakan mewujudkan satu sinergi yang ‘kena’ dengan konsep lagu ini.
Ernie Zakri
oleh Amazé
Berbadan dua? Tiada masalah. Seperti dijangka, gandingan Ernie Zakri dan Amaze tidak mengecewakan. Tidak semua pereka fesyen mengerti cara terbaik untuk menggayakan wanita mengandung, tetapi Amaze bukan calang-calang pereka fesyen duo. Keadaan pelantun lagu Boneka ini yang sedang sarat mengandung langsung tidak merencatkan stailnya, malah ia lebih menyerlah in all the right angles and spots. Taruhan yang edgy ini mengikut pereka telah diilhamkan daripada gaya Noor Kumalasari di mana stail bahu boxy pada gaun hijau tropika ini amat popular pada era 80-an.
Misha Omar
Jujurnya, penulis masih mencari siapakah gerangan jenama atau pereka fesyen yang bertanggungjawab di atas persalinan milik penyanyi hebat, Misha Omar ini. Apapun, Misha yang mesra dengan panggilan Kak Mitch tidak kalah dalam soal stail apabila setiap pemilihan dari bahagian top berbelang, skirt midi polka dots bertekstur renyuk hinggalah ke anting-anting; semuanya terletak kemas untuk memberi fokus pada wajah serta teknik nyanyian Misha yang cemerlang seperti dijangka.
Naim Daniel
oleh Kit Woo
Satu lagi penyanyi yang memilih warna popular, putih sepanjang berlangsungnya acara Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 ialah Naim Daniel. Pelantun lagu Purnama ini memilih pereka fesyen yang baru saja menggondol anugerah Pereka Fesyen Lelaki Tempatan Terbaik di Kuala Lumpur Fashion Awards baru-baru ini, Kit Woo. Jaket bomber dan jogger denim serba putih ini sebenarnya merupakan salah satu busana yang ditampilkan dalam kempen fesyen Spring/Summer 2020 Kit Woo.
Wany Hasrita
oleh Khairi Sufi
Salah satu faktor penting yang membuatkan sesuatu gaya itu ‘menjadi’ adalah keselesaan dan penulis mendapati Wany Hasrita 100 peratus berada dalam elemennya sewaktu mempersembahkan lagu Cinta Khalayan dalam persalinan Khairi Sufi ini. Ringkas namun elegan, ronanya lembut persis penyanyi ini sendiri. Ia sekaligus menjadikan gaun biru langit ini layak dinobatkan sebagai salah satu stail terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini.
Floor 88
Energi yang dibawa oleh kumpulan Floor 88 sewaktu mempersembahkan lagu Chikadun merupakan cerminan kepada gaya eklektik mereka berenam. They were as colourful as the lyrical content put into this song! Setiap ahli tampil berbeza setelah digayakan oleh Ardi Idewani Zaini yang dibantu oleh Dino Omar.
Sissy Imann
oleh Nana Nasri
Well, well hello sassy girl Sissy!
Penerokaan fesyen Sissy Imann telah melalui momen di mana dia dipuji dan adakalanya terpaksa mengebalkan diri daripada kata-kata kejian.
Kebelakangan ini, penulis merasakan Sissy Imann semakin selesa mencuba pelbagai genre stail. Seperti yang diperkatakan tadi, keselesaan adalah kunci utama kepada kejayaan sesuatu ‘look’ dan selebriti versatil ini IS ALL THAT sebagai pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 36 hujung minggu lalu. Sissy menyarungkan gaun bergeometri dengan percikan warna meriah rekaan Nana Nasri. REMAJA difahamkan ia diinspirasikan daripada corak badan serta ekor ikan laga liar atau Wild Betta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, umat Islam di Malaysia sedang menghitung hari sebelum kehadiran hari kemenangan kita, Hari Raya Aidilfitri. Tinggal kira-kira seminggu saja sebelum kita menyambutnya pada 3 Mei ini dan rata-rata remaja di seluruh negara sedang sibuk melakukan persiapan dari pelbagai sudut. Tidak mahu kalah gayalah katakan.
Bersempena majlis sidang media dan tayangan profgram raya Astro 2022 pada hujung minggu lalu, jemputan selebriti yang memeriahkan acara nyata sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan lebaran dengan memperagakan gaya baju tradisi masing-masing.
Jom lihat 8 gaya selebriti wanita pilihan REMAJA yang hadir ke acara tersebut. Menariknya, ramai yang memilih siluet ala kaftan longgar demi keselesaan dan masih kelihatan berstail. Manalah tahu, korang akan terinspirasi dengan gaya mereka untuk 1 Syawal nanti.
Elica Paujin
Daiyan Trisha
Kilafairy
Myra Natasya
Sweet Qismina
Wani Kayrie
Yaya Zahir
Shaza Bae
Gaya mana yang paling korang gemari?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.