Segalanya mula terbongkar apabila mata kail seorang pemancing tersangkut satu beban berat. Mulanya disangka ikan tetapi bila ditarik ke tepi, ia adalah mayat seorang remaja perempuan.
Dalam kejadian jam 11.51 malam di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu Kodiang Sabtu lalu, mayat seorang remaja perempuan, Ainaa Dabitah Sham, 18 tahun ditemui sudah meninggal dunia dan siasatan pihak polis kemudiannya menemui motosikal milik mangsa. Hasil siasatan lanjut dipercayai menjadi mangsa ada bertengkar dengan kekasihnya yang kini dalam tahanan polis.
“Kakak mangsa memaklumkan remaja itu tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu selepas beritahu mahu bertemu dengan teman lelakinya,” jelasnya.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengesan suspek yang juga berusia 18 tahun dan bertindak menahannya pada Ahad lalu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian terus ke lokasi yang terletak berhampiran Gua Kerbau dan mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
“Berdasarkan pengakuan suspek, dia mendakwa berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai dan suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas. Suspek bagaimanapun tidak meminta bantuan daripada orang ramai,” katanya.
Ujar beliau, mangsa selesai dibedah siasat pada pukul 1.40 pagi semalam dan polis masih menunggu analisa makmal bagi mengesahkan punca kematian mangsa.
“Penjelasan awal doktor menyatakan kecederaan lebam dialami mangsa tidak boleh menyebabkan kematian selain tiada sebarang tulang patah dan organ dalaman cedera yang mana mangsa disyaki lemas,” katanya.
Ads
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kakak mangsa mahukan keadilan untuk arwah adiknya. Mereka boleh menerima keadaan ini namun andai ada keraguan meminta pihak polis lakukan siasatan lanjut
Keluarga mahu keadilan
Dalam pada itu, keluarga Aina yang ditemui berkata, pihak mereka boleh menerima kematian Aina namun tidak boleh menerima perbuatan lelaki tersebut (suspek) sehingga menyebabkan adik pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya” Demikian kata Noor Aini Sham, 29, (gambar kecil) kakak sulung kepada Ainaa Dhabitah.
Katanya, dia sekeluarga lega apabila suspek telah ditahan pihak polis dan berharap lelaki itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Ainaa.
“Kami sekeluarga tidak pernah mengenali suspek dan hanya mengetahui tentang lelaki itu selepas kejadian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.
Ads
Menceritakan semula kejadian, katanya, Ainaa memaklumkan kepada seorang adik perempuannya bahawa dia mahu keluar ke rumah sepupu kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu.
“Aaina kemudian beritahu sepupu bahawa dia mahu keluar bertemu seorang rakan dan sepupu menasihatkannya supaya jangan keluar kerana sudah malam tetapi Ainaa jawab mahu keluar sekejap sahaja sebelum terus menunggang motosikal bersendirian,” ujarnya.
Katanya, adiknya bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan ahli keluarga ada keluar mencari namun gagal menemuinya sehingga polis datang ke rumah keesokkan hari memaklumkan mayat dan motosikal arwah ditemui di Kodiang.
“Luluh hati kami sekeluarga apabia melihat adik dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi ketika membuat pengecaman di hospital. Kami diberitahu mayat arwah ditemui di dalam sungai,” ceritanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, katanya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sangat berdikari dengan bekerja di kedai makan untuk membantu keluarga sejak Julai tahun lalu.
Tidak dinafikan, isu scam yang melibatkan wang sebenarnya telah lama berleluasa. Cuma apabila baru-baru ini pihak berkuasa berjaya membongkarkan kegiatan Macau Scam yang telah menipu orang ramai dengan mengaut berjuta-juta Ringgit, kita mulai sedar betapa bahayanya scam di laman media sosial ini.
Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?
Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membongkarkan beberapa trend terkini phising adalah menggunakan teknik ambil alih akaun media sosial pengguna dan berjaya memperdayakan orang ramai.
TREN PHISHING TERKINI (AMBIL ALIH AKAUN MEDIA SOSIAL – INSTAGRAM)1. Pengguna Instagram akan menerima DM daripada …
Sebagai contoh, pengguna Instagram akan menerima satu DM (idirect messenger) daripada akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai Official Instagram.
Pengguna akan diminta untuk memberikan maklumat daftar masuk seperti username, alamat emel dan kata laluan akaun. Daripada situ penggodam akan menggunakannya untuk mengambil alih akaun mereka.
.
.
.
.
Oleh itu pihak polis menasihati supaya pengguna tidak memberikan respon kepada pautan dalam mesej yang diberikan kerana ianya adalah satu bentuk phishing yang menyasarkan pengguna yang kurang celik IT menerusi skrip pemerdayaan.
Terdahulu, PDRM telah memperkenalkan satu aplikasi iaitu SEMAK MULE bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan dalam membendung jenayah ini daripada terus memperdayakan masyarakat.
Sebelum ini Macau Scam hebat diperkatakan, merupakan satu sindiket yang menawarkan perkhidmatan cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan, serta spoofing pegawai bank negara atau bank komersial.
Didalangi sindiket Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan, spoofing merupakan teknik penipuan Macau Scam yang mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VolP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima bawa pemanggil adalah daripada nombor yang tertera di skrin.
Ish…macam-macam la idea dan cara dorang ni nak menipu orang kan….untuk pengetahuan korang ‘Phising scam’ ni pun boleh terjadi di akaun netflix,yahoo dan sebagainya untuk mencuri data peribadi korang….Hati-hati ye!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini akhirnya ditemui sekitar jam 4.50 petang, pada hari Sabtu.
Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kesembilan operasi.
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan seramai 31 orang. 20 daripadanya merupakan orang dewasa manakala 11 lagi adalah kanak-kanak.
Memetik laporan Sinar Harian, para petugas SAR semasa jasad mangsa ditemui sebentar tadi kelihatan lega apabila usaha pencarian kesemua mangsa akhirnya tamat.
Antara yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuklah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Masing-masing juga dilihat saling berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda lega dan penuh kesyukuran.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di jalan Batang Kali-Genting Highlands yang menimpa 92 orang pengunjung tapak perkhemahan Father’s Organic Farm sekitar jam 2.30 pagi sewaktu kesemuanya sedang nyenyak tidur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi.
Oleh itu, kerajaan menggalakkan untuk para pekerja terutama yang berada di kawasan zon merah untuk membuat ujian saringan (swab test) COVID-19.
Arahan membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu dibuat berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja pejabat termasuk sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor yang dilaporkan.
Lakukan ujian saringan Covid-19
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selepas Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Swab test COVID-19 ini boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin dengan kos hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu. Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.
Soalan-soalan Lazim (FAQ) mengenai Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO sempena perluasan capaian saringan program tersebut kepada pencarum di negeri-negeri yang melaksanakan PKPB bermula esok, 22 Oktober 2020. pic.twitter.com/uXHcb8z7y9
Terdapat dua cara iaitu sama ada guna kaedah Janji Temu dengan Panel Perkhdimatan PERKESO atau Subsidi Saringan Prihatin (PSP).
Jika mahu guna kaedah Janji Temu, majikan perlu menghubungi panel perkhidmatan PERKESO
Majikan boleh menjalankan ujian saringan untuk pekerja melalui panel perkhidmatan yang dilantik oleh PERKESO dengan membuat janji temu untuk saringan. Majikan perlu mengemukakan Lampiran 1 yang lengkap dan menetapkan janji temu saringan bersama panel perkhidmatan melalui https://shop.doctor2u.my/perkeso-booking.
Saringan tanpa janji temu tidak akan diterima. Saringan melalui panel perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO. Direktori Panel Perkhidmatan yang didapati di Portal PSP.
Untuk kaedah Subsidi Saringan Prihatin, majikan perlu bayar dahulu kemudian boleh membuat tuntutan di PERKESO. Subsidi yang ditanggung PERKESO adalah maksimum RM150 seorang.
PSP Perkeso ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri. Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat.
Semoga info ini dapat membantu korang semua….
Sumber: PERKESO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!