Akibat sikap tidak endahkan hujan kilat, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik ketika sedang mengecas telefon.
Menurut laporan Daily Star, seorang remaja perempuan di Brazil dilaporkan maut selepas kilat menyambar kawasan rumahnya ketika dia sedang mengecas telefon.
Foto Kredit : Via Pexels
Menurut portal itu, mangsa yang berusia 18 tahun sedang mengecas telefonnya sebelum kilat menyambar rumah mangsa Ahad lalu.
Dia yang terkena renjatan elektrik dilaporkan pengsan sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya. Hasil pemeriksaan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Bukan mangsa pertama, remaja perempuan ini merupakan individu ketiga yang direnjat ketika panahan kilat di kawasan tersebut dalam minggu lalu, tulis portal itu.
Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Ads
Foto Kredit : Via Pexels
1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
Ads
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
Ads
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Masih panas dengan isu yang melanda Emma Maembong pada minggu ini!
Namun pagi tadi, ‘suhu panas’ itu seakan sudah turun sedikit dengan pesanan yang disampaikan oleh Nur Heliza Helmi yang mesra dengan panggilan Kak Ja di kalangan selebriti junior dan followers remajanya.
Mungkin juga kerana berkat penghulu hari pada hari ini, sedikit sebanyak komen cercaan yang bertalu-talu memenuhi ruang komen Instagram milik Emma berikutan isu menanggal tudung bertukar kepada doa yang disampaikan oleh pengikutnya. Ia berlaku selepas Kak Ja berkongsi pesanan ringkasnya di foto terbaru milik Emma.
Mereka berdua berjumpa semalam sehingga lewat pagi. Isi kandungan perjumpaan itu menjadi rahsia buat Emma dan Kak Ja, tetapi kami pasti ia adalah sesi bertukar pendapat, meluahkan rasa hati dan untuk mendapatkan nasihat.
Iyalah, Emma dan Kak Ja sendiri telah lama saling mengenali. Kak Ja yang kini sibuk mengelolakan Misi Musim Sejuk Rescue Syria masih sempat untuk pulang ke tanah air sebelum bertolak semula untuk misi seterusnya di negara orang.
Jadi alang-alang berada di sini dan melihatkan ‘adiknya’ ini sedang bertarung dengan diri serta orang ramai di luar sana, Kak Ja tidak sama sekali menghukumi keputusan Emma tersebut malah mengajak netizen untuk merenung semula kata-kata cercaan yang dimuat naik berikutan isu ini.
Berikut adalah pesanannya:
REMAJA menyedari banyak komen yang menjurus ke arah menghukumi Emma tanpa filter. Malah lebih menakutkan adalah apabila ada remaja yang berkata, “Buat apa nak kisah, kita doakan dia bukan akan berubah pun. Lagi teruk nanti adalah.”
Mendoakan seseorang agar diberikan hidayah dan berubah BUKANLAH bermaksud kita menggalakkannya untuk melakukan kesalahan. Kita renungi perkongsian Kak Ja di atas, Salam Jumaat!
Sebelum ini pihak KKM telah pun memberitahu sela masa dos penggalak bagi individu yang mengambil vaksin Pfizer dan AstraZeneca adalah selepas enam bulan mendapatkan dos kedua, namun sela masa ini telah dipendekkan menjadi tiga bulan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkita varian Omicron.
Hasil kajian awal membabitkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.
Menurut beliau lagi, kumpulan kerja teknikal juga sudah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin.
Keberkesanan dos penggalak ini sudah terbukti di Sarawak sebagai negeri perintis apabila menunjukkan trend penurunan kes positif sejak dua bulan lalu.
Sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-48, jumlah kes yang dilaporkan adalah kurang dari 1,000 kes seminggu iaitu 776 kes berbanding bilangan kes pada ME ke-52 iaitu sejumlah 208 kes.
Selain itu, angka kematian yang disebabkan COVID-19 juga menunjukkan penurunan daripada 497 kes pada Oktober kepada 24 kes sehingga 28 Disember.
Individu berusia 18 tahun ke atas sudah layak menerima dos penggalak pada Januari dan Februari ini. Semoga dengan ikhtiar yang dilakukan ini dapat mengurangkan gejala jangkitan COVID-19 di negara kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik untuk penduduk Lembah Klang akan dibenarkan mendapatkan vaskin tanpa sebarang temu bermula 2 Ogos ini. Tetapi pada peringkat awal, ia akan dibuka kepada warganegara Malaysiaberumur 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Pemberian vaksin tanpa temu janji ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi memastikan 100% penduduk dewasa Malaysia akan menerima dos lengkap menjelang Oktober 2021. Ia akan ditawarkan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negara.
Dari 5-22 Ogos pula, ia akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas di Lembah Klang. Kepada bukan warganegara pula, ia akan dibuka dari 9-22 Ogos 2021. Pemberian vaksin tanpa temu janji hanya akan dilakukan pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sahaja bukan pada semua seperti pada pengumuman asal.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
Sabak Bernam Dewan Komuniti Serendah
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan ‘siapa dahulu, dia dapat’ bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah ‘senarai menunggu’ untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan pada hari berkenaan habis digunakan
Masa ‘walk in’ ini bermula pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung...