Remaja Maut Di Air Terjun Lagi, Kali Ini Tergelincir & Diangkat Naik Helikopter

Share

 

Baru pada minggu lalu, tragedi seorang pelajar Kolej Penerbangan yang lemas semasa sedang beriadah di Hulu Terenggganu telah meruntunkan hati rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Mula Update Status Ingat Akhirat”

Semalam, satu lagi tragedi miripnya berlaku lagi di kawasan riadah.

Kali ini, ia melibatkan seorang remaja lelaki yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di kawasan Air Terjun Lata Medang, dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Ammar Bin Sharimshah, 22 dilaporkan cedera parah setelah tergelincir ke atas batu di kawasan tersebut.

Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak bomba menerima pangggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi semalam. Sepasukan anggota bergegeas ke lokasi dengan mendaki selama 2 jam sebelum tiba ke lokasi.

Laporan menerusi media sosial yang mengatakan sebuah helikopter diterbangkan ke tempat kejadian adalah benar.

Kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor iaitu Norazam Khamis, bomba meminta bantuan helikopter jenis Medivac untuk menurunkan mayat mangsa ke Padang Miillineum, Kuala Kubu Bharu memandangkan kawasan pendakian tersebut terletak jauh di dalam hutan.

Sumber Foto: Unit Udara Bomba
Sumber Foto: Unit Udara Bomba

 

Rakan-Rakan Bersimpati

Tinjauan REMAJA di laman Twitter mendapati ramai netizen yang terdiri daripada rakan-rakan mangsa turut melafazkan rasa simpati mereka.

@adibjaafarr mendakwa pernah berkenalan dahulu dan Abdullah Ammar merupakan rakan yang baik dan mesra.

@ilovedaisy_ pula mengakui bahawa kawasan air terjun tersebut berbahaya kerana banyak kes seakan sama pernah berlaku di situ.

Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah juga menyatakan ucapan takziah mereka ke atas mangsa yang merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi).

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.

Kita seharusnya mengambil 2 kejadian ‘back-to-back’ ini sebagai satu pengajaran untuk sentiasa berhati-hati di kawasan licin dan deras seperti sungai, air terjun serta laut.

IKLAN