Baru pada minggu lalu, tragedi seorang pelajar Kolej Penerbangan yang lemas semasa sedang beriadah di Hulu Terenggganu telah meruntunkan hati rakyat Malaysia.
Semalam, satu lagi tragedi miripnya berlaku lagi di kawasan riadah.
Kali ini, ia melibatkan seorang remaja lelaki yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di kawasan Air Terjun Lata Medang, dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ads
Mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Ammar Bin Sharimshah, 22 dilaporkan cedera parah setelah tergelincir ke atas batu di kawasan tersebut.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak bomba menerima pangggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi semalam. Sepasukan anggota bergegeas ke lokasi dengan mendaki selama 2 jam sebelum tiba ke lokasi.
Laporan menerusi media sosial yang mengatakan sebuah helikopter diterbangkan ke tempat kejadian adalah benar.
Kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor iaitu Norazam Khamis, bomba meminta bantuan helikopter jenis Medivac untuk menurunkan mayat mangsa ke Padang Miillineum, Kuala Kubu Bharu memandangkan kawasan pendakian tersebut terletak jauh di dalam hutan.
Tinjauan REMAJA di laman Twitter mendapati ramai netizen yang terdiri daripada rakan-rakan mangsa turut melafazkan rasa simpati mereka.
@adibjaafarr mendakwa pernah berkenalan dahulu dan Abdullah Ammar merupakan rakan yang baik dan mesra.
Ads
@ilovedaisy_ pula mengakui bahawa kawasan air terjun tersebut berbahaya kerana banyak kes seakan sama pernah berlaku di situ.
Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah juga menyatakan ucapan takziah mereka ke atas mangsa yang merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi).
Al – Fatihah kepada Allahyarham Abdullah Ammar Bin Mohd Sharimshah, Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) yang telah meninggal dunia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. pic.twitter.com/jye5BRU6ET
— Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS (@jhepumsofficial) August 29, 2020
Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Kita seharusnya mengambil 2 kejadian ‘back-to-back’ ini sebagai satu pengajaran untuk sentiasa berhati-hati di kawasan licin dan deras seperti sungai, air terjun serta laut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, kos bersalin di hospital swasta bukan main puluhan ringgit bahkan mampu menelan belanja belasan ribu. Altenatifnya, hospital kerajaan menjadi pilihan ramai kerana harga dan fasiliti yang baik.
Namun baru-baru ini timbul isu suami lelaki ‘dayus’ jika mengizinkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka. Hal ini kerna di hospital kerajaan tidak menyediakan pilihan jantina doktor untuk merawat pesakit.
FOTO VIA PEXELS
Kenyataan tersebut Ustazah Siti Afifah Shahbudin ternyata membuat netizen berasa marah dan terhina.
Tidak menunggu lama, Ustaz Azhar Idrus tampil membidas kenyataan tersebut melalui satu video yang dimuatnaik di TikTok.
Jelas berdasarkan video tersebut, UAI menjelaskan isteri bersalin dengan doktor lelaki tidak haram sekiranya tiada doktor perempuan kerana saat itu melibatkan isu hidup dan mati dua nyawa iaitu ibu dan anak
“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000. Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan.” kata Ustaz Azhar Idrus
Selain, hukum haram boleh berubah dalam perubatan sekiranya darurat. Bukan itu sahaja, dia juga menegaskan hanya mereka yang berkemampuan sahaja boleh membayar kos hospital swasta yang tinggi manakala bagi keluarga yang sekadar cukup makan, semestinya hospital kerajaan sahaja pilihan yang ada.
sumber : tiktok UAI
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ribuan ucapan takziah diterima oleh keluarga mendiang pemandu Formula 2 dari Perancis, Anthoine Hubert selepas maut dalam satu kemalangan tragik di litar Belgium terkenal, SPA.
Pemandu remaja berusia 22 tahun itu sedang berlumpa dalam pusingan kedua kelayakan Formula 2, hanya beberapa jam selepas pusingan kelayakan Formula 1 tamat, semalam.
Semuanya terjadi apabila satu demi satu jentera berlaga di atas trek. Bermula daripada jentera Anthoine sendiri yang tersasar pada kelajuan 273 kilometer/jam. Ia bertembung jentera Giuliano Alesi dan akhirnya melanggar Juan Manuel Correa, yang menyebabkan jentera Anthoine terbahagi dua.
Alesi dan Correa dilaporkan berada di hospital dan dalam keadaan stabil.
Mereka semua dijadualkan bertanding dalam perlumbaan akhir pada hari ini. Susulan kemalangan yang melanda, kesemua perlumbaan termasuklah Formula 1 dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada kehilangan Anthoine.
Juara dunia 5 kali, Lewis Hamilton mengucapkan takziah dengan berkata, “Berita yang mendukacitakan. Semoga tuhan merahmati Anthoine.”
Sementara itu, seorang lagi pemandu F1 iaitu Max Verstappen berkata dia amat terkejut dengan berita ini. “Teribble. Saya bersimpati kepada keluarga, rakan, pasukan dan semua yang menyayangi Anthoine.”
Lebih menyayat hati apabila ini merupakan musim pertama mendiang dalam perlumbaan Formula 2. Walaupun masih baru, dia telahpun menunjukkan perkembangan membanggakan selepas dia memenangi 2 pusingan di litar Monaco dan Perancis.
#RIP
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haha, mesti ramaikan keliru parking dekat mana terutama di pusat beli belah yang luas dan besar. Paling ketara hal lupa parking ni biasanya melibatkan gadis-gadis yang keliru di level berapa mereka letakkan kenderaan. Masa tu gerenti gelabah dan penat sebab pusing banyak kali.
Peningkan cari parking terutama yang luas kawasannya. Gambar hiasan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @natazsyah.roslan, seorang wanita akui kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Seperti yang dapat dilihat, pengguna hanya perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.
Bukan itu sahaja, alat tersebut juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu berada.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut teruja melihat kecanggihan sistem berkenaan. Malah ramai yang berharap teknologi itu turut diguna pakai di semua pusat membeli belah agar mudah untuk mengesan parkir kereta.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.