Susulan artikel REMAJA bertajuk rahsia surah-surah ini di alam ghaib dan kenapa jin takut saat mendengarnya yang mendapat 36.7 K syer dan dibaca oleh lebih setengah juta pembaca, dalam satu ruangan komen di facebook REMAJA, seorang individu telah memberi pandangan berkaitan alam ghaib yang mana menurutnya dia sering keluar masuk ke alam bunian hingga seekor jin betina melamarnya.
Tertarik dengan ceritanya, wartawan REMAJA mengatur temujanji dan bertemu remaja dimaksudnya iaitu Muhammad Afiq bin Rudy Azmin, 19 tahun, penuntut Aircraft Engineering di Kolej Yayasan Melaka untuk berkongsi kisah hidupnya.
Aktif menulis kisah-kisah motivasi dan hampir siap menghasilkan sebuah buku motivasi khusus untuk golongan remaja di blognya, Malaysianaviationflyelz.blogspot.com, menurut Afiq, dia mula memasuki alam ghaib ketika usianya 16 tahun.
Jom baca kisahnya yang menarik untuk korang fahamkan tentang dunia ghaib ini.
Menurut Afiq, segalanya bermula pada usianya 16 tahun.
“Tahun itu saya kerap bangun malam untuk solat tahajud. Boleh dikatakan agak kerap.
“Mungkin kesan dari bangun malam ini, suatu hari saya bermimpi dibawa ke rumah nenek. Dalam mimpi itu saya nampak ada baby, ayam, pisau seolah-olah mereka cuba buat ritual agama. Mereka sembelih ayam dan darahnya memercik.
“Dalam takut-takut itu, mimpi itu berakhir. Kesannya saya terjaga dari tidur dan rasa amat takut. Terasa-rasa seperti ada mata sedang memerhatikan saya. Bila tengok jam sekitar 3 pagi.
Ads
“Sejak dari kejadian itu, saya sering bermimpi benda-benda pelik. Saya nampak pocong dua ekor, saya nampak pontianak. Malah saya boleh dengar bunyi tapak kaki di siling rumah, dengar baby menangis dan benda-benda berkaitan sihir,” katanya yang tampak tenang.
Mata pocong hitam dan tidak nampak wajah sebenar manakala pontianak pula kuku dan taringnya sangat tajam dan panjang
Agak-agak bagaimana rupa pocong eh?
Menurut Afiq, sama kita lihat iaitu seperti mayat berbungkus dengan bunjut di kepala, begitulah pocong yang datang dalam mimpi dan mengejarnya.
“Mata pocong hitam, bukan seperti mata manusia,” katanya.
Rupa pontianak pula?
Kalau nak tahu, rupa pontianak lebih seram, kuku panjang, taring panjang, mengilai cuma part rambut itu, Afiq tak berapa nampak kerana dia sendiri dalam ketakutan kerana selepas terjaga, seluruh tubuhnya berpeluh.
Menurut Afiq, mimpi-mimpi pelik dan takut ini sering dihadapinya. Seminggu lebih dari tiga kali dan perasaannya berbaur. Ada takut, ada tidak, ada ngeri dan sebagainya. Jelas Afiq lagi, jika dirinya bermimpi dan tidak diganggu secara fizikal tetapi hal pula dengan ibunya. Ibunya sering sakit tengkuk, sakit pinggang dan sakit badan.
Ads
Jelas Afiq lagi, dia sudah mendapatkan rawatan bertemu ustaz-ustaz termasuk dilakukan ayat-ayat rukyah tetapi mimpi ini tetap datang setiap hari biarpun dia selalu berdoa agar mimpi-mimpi pelik ini tidak datang.
Bagaimana dengan alam ghaib dan apa gambaran sebenar di sana?
Tentu ramai dari kita tertanya-tanyakan bagaimana gambaran di alam ghaib. Disebabkan sering bermimpi benda pelik dan menakutkan, kata Afiq, suatu hari dia bermimpi dibawa ke tempat lebih indah.
Afiq akui dia sudah melihat aurora yang sangat cantik warnanya. Suasana juga sangat tenang dan damai
“Terlalu cantik, saya boleh nampak sebuah perkampungan cantik, tiada tekanan. Tiada apa nak dirisaukan. Malah saya boleh nampak aurora yang sangat cantik. Dapat tengok bintang dan paling best rasa sangat tenang di sana,”kata Afiq memaklumkan, semua keindahan dan ketenangan dipertontonkan kepadanya ini berubah 100 peratus selepas dia didatangi satu jin betina yang melamarnya.
Afiq akui aurora dilihatnya berwarna hijau. Seperti hilang semua masalah bila di alam bunian ini
“Dalam kejadian mimpi itu, jin ini datang bersama bapanya. Jin betina itu hanya diam dan bapanya saja yang bertanya. Dia mahu melamar saya untuk anaknya dan saya pula ketika itu telah berkata YA saat diajukan soalan.
“Sejak itulah saya dibawa memasuki alam ghaib. Dipertontonkan macam-macam. Kata orang out of box pemikiran manusia. Saya pula walau pun sudah berkata ya tetapi saya masih mempertahankan diri diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu terus hanyut.
Ads
“Saya berkata YA itu tanpa sedar. Mungkin kerana keadaan ketika itu. Sebab itulah saya sentiasa memagarkan diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu jauh terpesong,” katanya memberitahu dalam seminggu lebih dari tiga kali dia keluar masuk ke alam ghaib. Malah akui Afiq, dia dapat merasakan kehadiran jin betina ini termasuk di siang hari dan biasanya petanda adalah “aura merah” yang dapat dirasai.
Aura merah adalah petanda jin datang kepada manusia
Kena hati-hati dengan jin
Nasihat Afiq, kejadian jin dan manusia ini jauh bezanya dan dia sendiri amat berhati-hati termasuk menjaga auratnya ketika mandi.
Biar pun kelebihan begini, Afiq tidak menganggap ia satu beban malah dia sendiri ada ketikanya tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam. Ditanya pernah dirinya mendapat “barang” pemberian jin betina itu kepadanya, kata Afiq tidak pernah. Malah dia berkali-kali memesan agar berhati-hati dengan jin biarpun dia dapat merasai kehadiran makhluk itu selepas berkata YA dalam mimpinya itu.
So korang, nak ke masuk ke alam ghaib? Dengar pengalaman Afiq keluar masuk ke alam ghaib.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah! Walau berdepan pelbagai ujian termasuk dipanggil ke Bukit Aman namun jiwa untuk berbakti kepada masyarakat tak pernah pudar.
Baru sehari dua kata mahu berehat walau di dalam hatinya menangis, hari ini Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian dirinya membantu satu keluarga yang tinggal di dalam kebun getah.
Allahuakbar, mulianya hati Ustaz. Ya pedulilah dengan kata-kata orang, janji Allah tahu apa Ustaz lakukan. Ya teruskan usahamu Ustaz Ebit Lew, kami sentiasa menyokong.
Bacalah perkongsiannya.Memang menusuk hati.
Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.
Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.
Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan jika berada di dalam bangunan (Indoor).
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka pula adalah atas pilihan. Namun, orang ramai tetap digalakkan untuk memakai pelitup muka kerana ia mampu mengurangkan penularan jangkitan.
2. Imbasan QR MySejahtera
Imbasan kos QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam. Pun begitu, beliau memohon agar orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.
“Individu dengan status High Risk pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.
“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya,” katanya.
3. Tidak mengira status vaksinasi
Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka. Bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.
Ia termasuk individu dalam tempoh Home surveillance Order (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.
4. Takbir raya di masjid, surau dan rumah ke rumah dibenarkan.
Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa takbir raya di masjid, surau dan rumah ke rumah dibenarkan. Pun begitu, individu yang positif COVID-19 tidak dibenarkan.
Selain itu, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan dengan kapasiti 100 peratus dengan memakai pelitup muka.
5. Rumah terbuka termasuk menziarahi kubur juga dibenarkan
Rumah terbuka atau majlis hari raya dalam bangunan dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka. Sehubungan dengan itu, penjarakan fizikal antara individu juga tidak diperlukan.
Tidak cuma itu, beliau juga memaklumkan bahawa bersalaman di hari raya dibenarkan.
“Tetapi anda perlu sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman,” katanya.
Wah, nampaknya kita akan hidup normal seperti biasa kembali…Alhamdulillah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti yang kita tahu, India merupakan sebuah negara miskin dan juga memiliki jumlah penduduk antara yang teramai di dunia.
Justeru apabila berdepan dengan pandemik COVID-19 yang semakin buruk dari sehari ke sehari, India mengunakan pelbagai pendekatan unik dan kreatif dalam mencegah serta memberi kesedaran kepada penduduknya terhadap pandemik COVID-19.
Jika sebelum ini India mengubah suai 20,000 buah gerabak untuk dijadikan tempat kuarantin. Kali ini penduduk di sebuah kampung di Kerala, India, disarankan untuk menggunakan payung sebagai kaedah penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan koronavirus selain penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman.
Idea kreatif itu tercetus apabila badan kerajaan tempatan kampung Thanneermukkom di Kerala dan merupakan inisiatif Menteri Kewangan negeri T.M. Thomas Isaac memberikan idea cara penjarakan jarak sosial ini. Katanya, apabila payung dibuka, ia akan memaksa orang lain untuk menjarakkan diri sekurang-sekurangnya satu meter daripada payung tersebut.
To enforce physical distancing, Thaneermukkom GP in Alappuzha, mandates that everyone hold umbrella when they go out of houses. Two opened umbrellas, not touching each other, will ensure minimum distance of one meter from one another. Umbrellas distributed at subsidized rate. pic.twitter.com/6qir4KXPSL
“Dua payung yang dibuka, tidak saling bersentuhan, akan memastikan jarak minimum satu meter antara satu sama lain,” tulisnya di Twitter.
Badan kerajaan itu turut memberi subsidi bagi penjualan payung di kedai-kedai koperasi serta menawarkan pelan pembayaran secara beransur bagi mereka yang tidak mampu.
Menurut laporan media tempatan, badan kerajaan itu akan mengedarkan sekurang-kurangnya 10,000 payung kepada penduduknya sebagai sebahagian daripada projek ‘Break the Chain Umbrella’ dengan penawaran subsidi tersebut.
Manakala bagi mereka yang tidak dapat membeli payung walaupun dengan harga subsidi, mereka boleh mendapatkannya melalui tajaan.
Teknik mengekang penularan COVID-19 di Kerala mendapat pujian dan perhatian daripada media antarabangsa.
Kerajaan Kerala bertekad mengambil langkah-langkah proaktif sejak kes koronavirus pertama dikesan di negeri itu pada 30 Januari apabila seorang pelajar bidang perubatan pulang dari Wuhan, China.
Berbanding negeri lain, Kerala yang dipimpin Parti Komunis India memiliki pembangunan sosioekonomi yang kukuh termasuk infrastruktur kesihatan yang mampu menampung jumlah pesakit yang tinggi.
Secara keseluruhan, India merekodkan 26,917 kes positif dan 826 angka kematian akibat COVID-19 setakat Ahad.
Sumber: Astro Awani, Khaleejtimes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!