Bukan calang-calang personaliti boleh menerima Hadiah Nobel Keamanan berprestij.

 

Namun itu tak bermaksud ia mustahil untuk menjadi milik seseorang yang berjaya untuk mengubah pandangan dunia dan memberikan sumbangan yang hebat kepada masyarakat sejagat.

Pada tahun ini, ura-ura mengatakan bahawa remaja aktivis berusia 16 tahun, Greta Thunberg bakal menjadi penerimanya.

Remaja ‘Climate Strike’ Kalah Tipis Kepada PM Ethiopia Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Greta tiba-tiba menjadi sebutan seluruh dunia apabila dia telah menerajui kempen Climate Strike kurang dari tempoh 2 tahun dan berjaya mencuri tumpuan seluruh dunia terhadap mesej ‘selamatkan iklim dunia’ yang ingin disampaikan.

IKLAN

Dia yang tidak mempunyai latar belakang keluarga berpengaruh ataupun mana-mana ‘kabel’ telah berjaya mencetuskan perbualan kerajaan sedunia dan lebih penting, perbualan di kalangan remaja bawah usia 20 tahun terhadap kepentingan menyelamatkan iklim sekarang.

Pencalonan Hadiah Nobel Keamanan milik Greta oleh kerajaan Norway pada bulan Mac lalu telah memberikan ‘push‘ yang amat diperlukan oleh Greta.

Dia bersama-sama 1.4 juta pelajar seluruh dunia telah mengadakan demonstrasi jalanan untuk climate strike pertama seumpamanya.

Remaja ‘Climate Strike’ Kalah Tipis Kepada PM Ethiopia Untuk Hadiah Nobel Keamanan

IKLAN

Jumlah itu meningkat ke 7.6 juta orang tanpa mengira usia pada 2 minggu terakhir September lalu. Dan Greta diberikan kesempatan untuk berucap di perjumpaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Lalu, tak salah sekiranya penulis katakan Greta ialah calon paling popular untuk membawa pulang Hadiah Nobel Keamanan itu.

NAMUN, Greta Thunberg tak berjaya. Sebaliknya, ia dianugerahkan kepada Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed, 43, yang merupakan pemimpin negara termuda di benua Afrika buat masa ini.

*

Ada sebab mengapa Greta dikatakan tak berjaya.

IKLAN

Menurut kriteria yang ditetapkan oleh Alfred Nobel untuk penerima Hadiah Nobel Keamanan itu, ia berkata hadiah tersebut hanya layak diberikan kepada “seseorang yang telah memberi usaha sebaik mungkin demi penyatuan negara-negara dan mengurangkan keperluan kuasa ketenteraan serta menyebarkan kongres keamanan.”

Maka, ramai yang berpendapat Greta masih belum sampai ke tahap itu dan belum memenuhi kriteria yang diberikan.

Itu tak bermakna Greta tidak bagus. Cuma dia kini mempunyai masa yang panjang untuk mencetuskan perubahan terhadap isu iklim dan berpeluang terus menyebarkan kesedaran untuk berabad lamanya.

Remaja ‘Climate Strike’ Kalah Tipis Kepada PM Ethiopia Untuk Hadiah Nobel Keamanan
Abiy Mohamed, Perdana Menteri Ethiopia.

*

Abiy dalam pada itu berterima kasih terhadap penghargaan yang diterimanya. “Ini ada anugerah untuk benua Afrika, diberikan kepada Ethiopia dan saya tahu pemimpin di seluruh benua ini akan terus bekerja secara positif untuk meneruskan keamanan di Afrika sejagat.”

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI