Hari lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.
Bumi mengambil masa kira-kira 365.242189 hari ataupun 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45 saat bagi mencukupi 1 pusingan mengelilingi matahari.
Lalu, tanpa hari lompat pada setiap 29 Februari; 4 tahun sekali, manusia akan kehilangan hampir 6 jam pada setiap tahun.
Ads
Antara budaya paling popular hari lompat adalah budaya yang datang dari Ireland. Masyarakat di sana mempercayai 29 Februari adalah tarikh terbaik untuk perempuan melamar teman lelaki mereka.
Pernah tonton filem Leap Year?
Ads
Ia adalah sebahagian daripada perjanjian di antara St Brigid bersama St Patrick untuk (okay ini akan kedengaran pelik) mengimbangi tugasan melamar di antara lelaki dan perempuan.
Ini bermakna mereka mempercaya jumlah lelaki yang melamar dalam tempoh 4 tahun sama dengan jumlah perempuan yang melamar pada 29 Februari; setiap tahun lompat.
Di kalangan masyarakat berdarah Yunani (Greeks) pula, 29 Februari dianggap malang bagi pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut.
Kumpulan k-pop popular dunia, BTS bakal melancarkan single terbarunya, Butter dan kali ini mereka membuat kelainan dengan pelancaran menerusi persembahan di Billboard Music Awards 2021.
Semalam, BTS secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat persembahan debut single berbahasa Inggeris, Butter di Billboard Music Awards akhir bulan ini.
BTS tercalon dalam empat kategori berbeza, sekali gus mendapat pencalonan terbanyak yang pernah diterima oleh mereka untuk anugerah berprestij ini. BTS dicalonkan bagi kategori Top Duo/Group, Top Social Artist, Top Song Sales Artist dan Top Selling Song (menerusi lagu hit “Dynamite“).
Khabar terbaru dunia radio Malaysia, pelakon dan pengacara serba boleh, Sherry Alhadad kini melebarkan sayapnya apabila telah diangkat menjadi penyampai radio ERA yang terbaharu. Sherry akan menyertai segmen pagi era bersaya Johan, Haniff dan Ray bermula 1 Mac ini.
Sementelah dengan kemunculan pengacara dan artis komedi paling popular 2020 tersebut, kini segmen pagi Era telah dinamakan semula sebagai ‘JoHaRaRy Pagi Era’.
Menurut Erman Zaki selaku Pengurus Kandungan radio tersebut,“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.
.
“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.”
Menerusi segmen pagi ini, para pendengar akan disajikan dengan pengisian seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA dan juga Sam Leper. Nampaknya pagi anda selepas ini akan lebih gamat dengan celoteh Sherry!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Familymart membuat promosi, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di kedai serbaneka dari Jepun ni.
Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Familymart sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi ais krim Sofuto FamilyMart hanya RM1?
Macam tak percaya kan? Tapi betul!
FamilyMart bekerjasama dengan TnG eWallet untuk melancarkan tawaran hebat ini. Dengan menggunakan TnG eWallet korang boleh mendapatkan aiskrim Sofuto dengan harga hanya RM1 yang pada asalnya berharga RM3 ++. Fuh jimat!
Tetapi ada syaratnya, tawaran ini terbahagi kepada dua tahap!
1 Jun hingga 7 Jun – setiap hari 8 Jun hingga 15 Julai – setiap hari Rabu
Ayuh, apa lagi guys. Cepat dan isi semula TnG eWallet, jom pergi ke FamilyMart yang berdekatan!
Jom serbu cawangan Familymart yang terdekat esok. Hm, tapi KLIA dan Genting Highland tak ada promotion ni k..
Selamat Mencuba…Hiks!
Sumber : Facebook Familymart Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!