Adakah semua perkara boleh menjadi mainan? Semua hal boleh digurau sendakan? Tindakan biar dilihat ingin bergurau tetapi ternyata bila ianya melibatkan isu agama dan dilakukan oleh orang Islam sendiri, ia sesuatu yang sukar diterima akal.
Tindakan remaja (barangkali) mempersendakan surah Al Insyrah (Alam Nasyrah) atas alasan gurauan memang sukar diterima. Kita berasa marah jika orang bukan Islam menembak orang Islam seperti tragedi di New Zealand itu kerana islamophobia mereka tetapi jika orang Islam sendiri mempersendakan kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu, ia seperti menambah kayu di dalam api sedang marak dan maraknya terus membesar.
Gengz, kalaulah kau tahu betapa panasnya api neraka tu, gerenti tangan kau tak akan tulis bukan-bukan. Biar ini mungkin kesalahan pertama kali, taubatlah kerana Allah sayangkan hambanya yang meminta-minta.
Baca penulisan Dr Kamilin Jamilin yang berkongsi isu ini. Barangkali juga warga twitter yang menulis ini tidak memahami maksud surah al-Insyirah ini. Surah ini adalah mengenai sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.
Sekiranya anda mengalami kesusahan, bacalah selalu surah Al-Insyirah ini. Insya Allah kesusahan yang anda alami akan diganti dengan kesenangan.
Apa perasaan kalau kalam Allah dipermainkan? Adakah semuanya boleh menjadi bahan gurauan?
Baca tulisan Dr Kamilin Jamilin yang dikongsinya mengenai isu ini.
Ads
DIDIK ANAK-ANAK MENGHORMATI AL-QURAN
Anak-anak seharusnya diterap dan dididik dari kecil lagi untuk memuliakan al-Quran. Ibu bapalah yang menggalas tugasan utama tersebut sama ada menerap, memotivasi, menghargai, dan mendidik, bukan hanya diserah kepada guru.
Keghairahan anak-anak ini memperolokkan ayat-ayat al-Quran walaupun atas dasar gurauan mempamerkan betapa rapuhnya pendidikan dan penerapan al-Quran dalam hati anak-anak zaman kita hari ini.
Ads
Firman Allah ketika mengingatkan tentang golongan munafik:
وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا ڪُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَہۡزِءُونَ
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main semata.
Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya dijadikan bahan olokan dan ejekan kalian??” [al-Tawbah: 65].
Dengarkan bagaimana kisah imam al-Nawawi yang begitu menghargai al-Quran ketika usianya masih sangat muda sehingga Allah menjadikannya seorang tokoh dan ilmuwan agung yang sentiasa disebut-sebut jasanya hingga ke hari ini.
Cerita seorang guru dari bumi Moroko, syeikh Yasin akan karakter imam al-Nawawi:
“Aku terlihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun di Nawa (kampung imam al-Nawawi) sedang dipaksa dan ditarik kanak-kanak lain untuk bermain bersama dengan mereka, namun anak tersebut (imam al-Nawawi) berkeras menolak desakan mereka sambil menangis kerana sedang membaca al-Quran.
Aku pun terpegun dengan respon anak sekecil itu (yang sepatutnya suka bermain).
Aku mengekorinya sampai ke kedai runcit milik ayahnya, dan dia membantu ayahnya di dalam kedai tanpa lekang dari membaca al-Quran, sehingga membuatkan aku bertemu dengan ayahnya lalu berkata: Jagalah sebaiknya anakmu ini, kerana barangkali dia akan menjadi ilmuwan paling hebat zamannya yang dimanfaati ramai manusia!”.
Ads
Subhanallah, hasil cinta imam al-Nawawi pada al-Quran yang begitu mendalam sejak kecil lagi, hari ini lihatlah bagaimana Allah memberkati usianya sehingga seluruh dunia dan pusat ilmu diajarkan kitab-kitab penulisannya!
Moga Allah tanamkan dalam hati kita dan anak-anak kita keagungan kalam-Nya dan cinta terhadapnya.
Sumber -Dr. Kamilin Jamilin-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 buat individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Disember lalu.
Timbalannya, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini.
“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Adik Zayn Rayyan yang dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
SUMBER FOTO: Awani
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana kejayaannya sebagai ahli perubatan di luar negara menarik perhatian dan rasa bangga oleh masyarakat di Malaysia.
Terbaharu, pakar bedah ini telah menerima penghargaan dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021 dan memuat naik gambar bersama suaminya di majlis penganugerahan itu.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Dr. Amalina berbesar hati menerima anugerah itu dan berasa rendah diri kerana dikelilingi wanita-wanita muda dari Britain yang hadir dalam pelbagai bidang.
“Saya amat berbesar hati menerima anugerah ‘Highly Commended’ dalam kategori Profesion di 🇬🇧 UK Women of the Future Award 2021. Saya berasa sangat rendah hati kerana dikelilingi oleh ramai wanita muda di Britain, peneraju dalam bidang perubatan, undang-undang, teknologi, sains, kejuruteraan, sukan, dan banyak lagi. Tahniah kepada finalis dan pemenang lain, anda semua adalah wira-wira!” jelas beliau.
Rata-rata pengikut di laman instagramnya turut berasa bangga dan mengucapkan tahniah atas pengiktirafan yang diterima ini.
Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat Dr. Amalina Bakri dan semoga kejayaannya ini dapat memberi semangat buat anak muda di Malaysia untuk lebih terus berjaya dan kecapi impian mereka.
Well, kami tidak sangka dua perkara tersebut boleh disatukan dalam satu ayat. Namun itulah yang cuba dilakukan oleh McDonald’s China hinggakan percubaan ini bertukar tular pada minggu ini. Semua gara-gara video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @cris13_u yang kini telah ditonton sekerap 32 juta kali [seperti yang diselitkan di hujung artikel untuk tontonan korang].
Francais popular di negara tembok besar itu kini cuba bereksperimentasi dengan menambah beberapa buah basikal senam satu tempat duduk menghadap dinding kaca atau batu-bata.
Seperti yang dipaparkan di bawah, ia disertakan dengan meja paras dada ala di tempat duduk di dalam pesawat untuk korang letakkan barangan kecil seperti telefon bimbit.
Pelanggan kini dibenarkan menikmati masa makan sambil mengayuh basikal senam yang mempunyai teknologi boleh-cas menggunakan tenaga mesra alam.
Idea di sebalik eksperimentasi ini adalah agar pelanggan boleh menjana elektrik kepada peranti mereka seperti telefon bimbit.
Pada masa yang sama, basikal senam ini juga mengelakkan pelanggan daripada merasa ‘bersalah’ kerana memilih untuk makan di McDonald’s demi mengalas perut.
Jom tonton video tular yang dimaksudkan itu. Menerusi paparan kurang seminit ini, seorang remaja perempuan dilihat sedang menikmati burger dan air minuman bergas sambil ‘khusyuk’ mengayuh basikal senam.
Lain pada lain nampaknya ciptaan dan eksperimentasi baharu ini!
Seperti yang kita semua ketahui, negara China dan rakyatnya memang selalu ‘berfikiran ke hadapan’ dan mencuba pelbagai idea serta aktiviti yang asalnya kedengaran pelik. Tapi setelah ramai mencuba, tidak mustahil ia akan menjadi fenomena dunia dan ikutan ramai.
Korang rasakan McDonald’s Malaysia akan mengikut jejak langkah ini di beberapa cawangannya tidak lama lagi? Hehe.. habislah cawangan penuh dengan abang-abang sado selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.