Penyanyi lagu Casablanca, Naufal Azrin akhirnya tersingkir pada konsert minggu ketiga Big Stage musim kali ini yang bersiaran secara langsung di dewan MBSA Shah Alam semalam.

Meskipun telah diselamatkan dengan Imuniti-X minggu lepas, nampaknya rezeki beliau terhenti sampai di situ sahaja apabila menduduki tempat terakhir keseluruhan buat kali kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot Twist’ Big Stage 5 Minggu 2: Isaac Voo Tersingkir, Juri Gunakan Imuniti-X, Nadeera Zaini Pula  Ungguli Tangga Pertama!

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

Naufal yang menyanyikan lagu Only dari Lee Hi hanya mampu meraih markah sebanyak 62.33% dari barisan juri. Penyingkiran beliau juga diumumkan setelah gagal mendapatkan sokongan undi dari penonton di rumah yang akhirnya menjadi titik akhir bagi perjalanan beliau dalam arena pentas Big Stage kali ini.

Berikut merupakan carta kedudukan markah juri kepada peserta bagi konsert minggu ketiga Big Stage:

  1. Waode (Sang Dewi) – 90.67%
  2. Putera Muhammad (True Love) – 86.67%
  3. Nadeera Zaini (Rahmatun Lil’Alameen) – 79.33%
  4. HoonDoo (Can’t Help Falling In Love) – 76.00%
  5. Farhan Shah (Dari Mata) – 71.00%
  6. Puteri Khareeza (Satu) – 66.33%
  7. Aufahanie (Anugerah Terindah) – 65.00%
  8. Dem Lepak Boyz (Inikah Cinta) – 64.67%
  9. Firdaus Rahmat (Diari Seorang Lelaki) – 64.00%
  10. Naufal Azrin (Only) – 62.33%
  11. Coex (Touch) – 58.33%
  12. Meer Nash (Hari Ini) – 57.33%

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

IKLAN

Turut hadir menggamatkan konsert minggu ketiga kali ini ialah Ernie Zakri yang tampil sebagai juri jemputan. Manakala bagi posisi Presiden Netizen di galas oleh pelakon terhangat tahun ini, Mierul Aiman yang akan membacakan komen-komen ‘pedas’ dari penonton di rumah.

Dengan tema ‘Asmaraloka’, rata-rata peserta tampil menyanyikan lagu cinta dengan konsep mereka yang tersendiri. Namun, antara yang mencuri perhatian ialah persembahan memukau dari Nadeera Zaini yang bermotifkan kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah S.A.W.

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

Puteri Khareeza juga ternyata tidak salah memilih lagu apabila persembahannya dipuji oleh juri tetap, Ajai. Lagu nyanyian asal band Dewa tersebut berjaya disampaikan penuh emosi oleh penyanyi berusia 25 tahun itu dengan harapan agar penonton di rumah kembali kepada fitrah asal maksud cinta itu sendiri iaitu ikatan cinta kepada Sang Pencipta.

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

IKLAN

Di samping itu, persembahan nyanyian yang penuh lakonan dan penghayatan dari Putera Muhammad berjaya meraih tempat istimewa di hati juri apabila beliau diumumkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

Tidak dilupakan duo sensasi dari Korea Selatan, HoonDoo yang menyanyikan lagu Can’t Help Falling In Love berjaya membawa pulang anugerah Persembahan Paling Pa-Wa (hasil undian penonton). Memang stail habis persembahan mereka minggu ini!

Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

IKLAN

Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Astro Gempak

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI