Akibat sikap tidak endah, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik di atas katilnya.
Seperti remaja sebayanya, Nong Ying, 17 yang berasal dari Thailand menghabiskan masa di atas katil bersama telefon pintarnya yang sedang dicas.
Namun, gara-gara dia degil mengecas dengan kabel USB yang telah rosak (frayed), kabel tersebut tersentuh bahagian kaki katil yang diperbuat daripada besi dan dia dikejutkan dengan serangan elektrik.
Nong Yin, 17.Wayar kabel yang dibalut dengan duct tape.
Ibu Nong dilaporkan pulang ke rumah dan mendapat anaknya itu sedang kejung terlantar di dalam biliknya.
Beliau cuba untuk mengejut Nong yang diingatkan sedang tidur tetapi beliau sendiri terkena kejutan elektrik setelah menyentuh tubuh Nong.
Ads
Si ibu serta-merta menutup suis kabel tetapi jelas, ia sudah terlambat dan Nong telah meninggal dunia.
Menurut laporan Ketua Polis Siasatan, Khanti Peansoongnerm pula, mereka mendapati tangan Nong terbakar akibat memegang telefonnya.
Keadaan telefon pintar Nong yang rosak selepas terkena serangan elektrik.
Ads
*
Familiar bukan kes ini?
Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri membalut kabel USB mereka yang telah rosak dan tertanggal daripada ‘badannya’ semata-mata ingin berjimat.
Ads
Ingat, berjimat pun perlu kena dengan tempatnya.
Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan keselamatan dan membeli kabel USB yang baru.
Antara perkara yang sering menjadi mimpi ngeri orang ramai adalah untuk mencari pek permulaan prepaid yang terbaik. Nak buat pilihan tentang pelan prepaid ini sama susah macam cari bakal kekasih tau! Kalau tersalah pilih, memang meranalah jawabnya.
Kepada kamu yang masih tercari-cari atau masih tidak menemui pelan prepaid yang berkenan di hati, apa kata you allcheck out pelan redONE Prepaid ini. Kamu yang teringin nak tukar pelan prepaid pun bolehlah tengok sekali. Manalah tahu ia akan jadi pelan idaman kamu, selesai semua masalah!
01
Data 44GB!
Seriuslah data sebanyak 44GB? Haa… kalau you all semua nak tahu, dengan tambah nilai RM30 saja, kamu dah boleh activate pelan ini dan nikmati 44GB data percuma sah sehingga 30 hari.
Tak perlu dah jimat data untuk menonton video atau online di media sosial semata-mata kerana perlukan data laju untuk siapkan assignment. Pelan ini turut merangkumi redSOCIAL, redVIDEO dan redDATA Plus yang memastikan you all tidak ketinggalan dengan trend baru masa kini.
Dengan pelan ini, kamu akan dapat pek percuma redONE Prepaid. Bolehlah kamu langgan redDATA 30 dan nikmati sehingga 44GB data. Hanya perlu top-up RM30 sahaja. Siapa yang suka online 24 jam ni, memang akan puas hati!
Andai katalah kamu ingin berjimat sebab terlebih shopping pula bulan ini, kamu boleh langgan redPASS yang bermula dari RM5 hinggalah RM10. Dalam pek ini, lengkap semuanya dengan redCALL, redSOCIAL, redVIDEO dan redMUSIC. Pilihan ada di tangan you all okay.
03
Tempoh aktif 30 hari dengan hanya top-up RM10!
Antara yang sering menjadi masalah kepada pengguna prepaid adalah tempoh aktif pelan yang dilanggan. Contohnya, kalau guna warna ‘merah’, ‘biru’ ataupun ‘kuning’, top-up RM10 hanya berikan you all tempoh aktif selama tujuh hari sahaja. Mana cukup kan?
Tetapi dengan redONE Prepaid, you all hanya perlu sekurang-kurangnya tambah-nilai minimum RM10 dan boleh menikmati tempoh aktif selama 30 hari. Special kan redONE Prepaid ni?
04
Panggilan percuma tanpa had
Dengan melanggan pelan ini, kamu boleh membuat panggilan percuma kepada semua pengguna redONE Prepaid lain. Kalau semua member menggunakan redONE Prepaid, senanglah kamu nak berbincang semasa kerja berkumpulan.
05
Khidmat Nilai Tambah (VAS) yang awesome
Alamak! Baru tengah bulan tapi data macam dah nak habis? Assignment banyak lagi yang terbengkalai ni..
Jangan risau. Untuk pelan redONE prepaid ini, ada empat khidmat nilai tambah (VAS) yang kamu boleh add-on pada bila-bila masa. Semua perkhidmatan tambahan ini sah selama 30 hari tau!
Tambah redCALL untuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan hanya RM10 sahaja. Boleh lah you all buat group meeting sampai ‘lebam’, tak pun sambung ‘membawang’. Hehe..
Pada mereka yang tak boleh berenggang dengan media sosial, langgan redSOCIAL dengan hanya RM10 sebulan dan nikmati 10GB data 4GLTE. Pasti kamu boleh online sampai muntah!
Oh no! K-drama yang ada oppa kesayangan dah keluar, data video pulak dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tak perlu risau, RM10 je untuk dapatkan extra 10GB data LTE khas dan boleh strim video di saluran-saluran terpilih seperti YouTube, Netflix, iFlix dan lain-lain.
Rasa hidup tak lengkap kalau tak dengar lagu BTS dan Blackpink setiap hari, kan? Langganlah redMUSIC. Dengan hanya RM5 sebulan, kamu boleh strim muzik tanpa had di saluran online.
Masalah coverage ni dah jadi satu perkara normal di Malaysia. Ramai selalu mengeluh sebab tiba-tiba tiada line telefon. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang di mana kelas banyak dilakukan online, memang gelabah lah kalau tiba-tiba terputus kan?
Nah, ini jalan penyelesaiannya. Tahu tak, redONE mempunyai liputan terluas di Malaysia dengan kelajuan 4G LTE. Lepas ni, tak payah risau kalau ada kelas ataupun peperiksaan atas talian.
07
Pengaktifan mudah
redONE Prepaid ni mudah untuk diaktifkan dan tak perlukan masa yang banyak. Caranya pun senang sahaja, beli redONE Prepaid daripada rakan niaga redONE dan on the spot, kamu boleh aktifkan pelan ini.
08
Komitmen rendah
Risau dengan komitmen sekiranya menggunakan prepaid? Dengan pelan redONE Prepaid, perkara ini tidak menjadi satu masalah.
Apa taknya, kamu boleh tambah nilai mengikut kemampuan serendah RM10 sebulan. Bayangkan nilai sebanyak tu boleh beli apa je sekarang? Tapi dengan redONE Prepaid, macam-macam pelan yang you all boleh beli.
Tempoh aktif pelan ini juga adalah 30 hari. Pakej redONE Prepaid turut mempunyai pelbagai pek yang memenuhi keperluan kamu. Memang berbaloi!
*
Hebat juga pek permulaan redONE Prepaid ni kan? Harga berpatutan dan berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika berminat, bolehlah lawati kedai rakan niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini had muat naik video di TikTok hanya 15 saat, kemudiannya meningkat ke 60 saat dan seterusnya 3 minit, kini aplikasi popular dunia itu telah meningkatkan had muat naik video menjadi 10 minit bagi membolehkan pengguna menghasilkan kandungan lebih panjang.
Menurut amanz.my, perubahan yang dilakukan ini membolehkan TikTok bersaing dengan YouTube dengan penawaran video format panjang pula. Sementara itu, YouTube dikatakan sedang memfokuskan ciri video pendek dinamakan YouTube Shorts.
TikTok merupakan platform media sosial video yang popular dikalangan remaja dan sejak akhir-akhir ini, aplikasi ini telah menunjukkan satu peningkatan yang mendadak. Mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lagi keunikan TikTok sebagai platform video pendek akan berakhir dan ia akan lebih menghampiri YouTube.
Mana tidaknya, jika dahulu siapa yang bermain TikTok dianggap ‘budak-budak’, kini nampaknya aplikasi ini telah menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang berniaga secara online.
Hm, kita pun kenalah ikut peredaran zaman betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL), kini nampaknya AirAsia melancarkan terlebih dahulu khidmat tempahan makanan menerusi AirAsia Food.
Platform penghantaran makanan AirAsia Super App dikatakan bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati makanan terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu rumah korang.
Antara pilihan makanan yang ditawarkan termasuklah menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.
Menurut laporan Berita Harian, semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minngu. Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Memang berbaloi!
Korang mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran sehingga 30 hari lebih awal. Nah, selepas ini kalau teringin nak makan nasi kandar, mi goreng sotong atau pasemboq korang dah tak perlu nak buat plan ke Pulau Pinang, buat tempahan sahaja menerusi AirAsia Food ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!