Reka Bentuk Visual Kereta Apple Telah Pun Dikongsi, Ada Yang Tertarik?

Share

Beberapa tahun lalu, timbul ura-ura bahawa Apple bakal mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024.

BACA: Apple Bakal Lancar Kereta Keluaran Kereta Pertama Pada Tahun 2024

Namun, khabarnya disebabkan pembuatan baterinya yang rumit, maka ia mungkin dikeluarkan dalam 6 ke 7 tahun lagi.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya ‘wajah’ kereta keluaran Apple bukan?

Hal ini telah dikongsi oleh Vanarama yang telah membina model 3D interaktif berdasarkan paten yang telah didaftar oleh Apple.

Foto: Wiser

Mereka mengambil inspirasi daripada mesh Mac untuk jeriji bahagian depan. Logo Apple di rim mungkin tidak akan menjadi realiti kerana Apple terkenal dengan peletakan logo yang minimal.

Apa yang menariknya, tempat duduk boleh dipusingkan dan cermin tingkap tanpa bingkai menampilkan ciri-ciri moden.

Foto: Wiser

Selain itu, turut dipaparkan stereng dan tombol gear dengan elemen futuristik bersama paparan digital sepenuhnya untuk meter dan kawalan lain.

Foto: Wiser

Namun begitu, ini hanyalah rekaan berdasarkan paten dan bukanlah pendedahan prototaip. Pastinya model sebenar akan berbeza, namun konsepnya mungkin agak selari dengan reka bentuk produk Apple sedia ada.

Hm, ada yang dah tertarik ke? Hiks!

Sumber: (1), (2)

IKLAN