Rebut! Uniqlo Beri 1500 Goodie Bag Mulai ESOK Sempena Pembukaan Stor Roadside

Share

 

Pada awal November lalu, stor pakaian popular Jepun iaitu Uniqlo telah memberikan ‘hint’ mengenai stor roadside pertama mereka yang akan dibuka di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITANTatkala Kedai Lain Gulung Tikar, Uniqlo Berani Buka Stor ‘Stand-Alone’ Pertama – REMAJA

Setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya kita akan berpeluang untuk ke sini pada hari Jumaat, 17 Disember ini bermula jam 10 pagi!

Untuk pengetahuan, stor roadside Uniqlo sebenarnya merupakan perkara biasa di negara Jepun. Malah, kebanyakan daripada cawangan Uniqlo di sana menampilkan konsep bangunan butik sendiri; tidak seperti di Malaysia di mana Uniqlo selalunya terletak di dalam kompleks membeli-belah.

Lalu, pembukaannya di DA Square, Bandar Sri Damansara ini merupakan sesuatu yang istimewa terutamanya kepada pembeli setia Uniqlo. Dengan keluasan sehingga 15,100 kaki persegi, ia menempatkan kesemua pilihan pakaian dan aksesori untuk seisi keluarga, dari koleksi lelaki, perempuan, kanak-kanak dan juga barangan keperluan rumah seperti cadar katil.

*

Penulis berkesempatan untuk menjadi di antara orang pertama yang menjejakkan kaki ke sini semalam semasa hari pelancaran khas stor tersebut kepada warga media.

Pada pandangan pertama sewaktu memasuki tempat parkir kenderaan, penulis kagum dengan kebesaran stor ini yang mengambil majoriti kawasan tersebut.

Suasana di bahagian dalamnya pula rapi tersusun (as expected from a Japanese brand) di mana sudut bagi lelaki dan wanita diasingkan.

Sudut Lelaki

Sudut Wanita

Sudut Kanak-Kanak

Manakala kawasan tengah stor menempatkan aksesori rumah AIRism, pakaian ibu mengandung dan pakaian kanak-kanak. Susunan seperti ini memang memudahkan korang untuk mencari barangan yang diidamkan.

 

Sudut Cadar Katil AIRism

 

Sudut Mesin Cetak UTme!

Istimewanya di stor ini, ia menempatkan bahagian UTme! Corner di mana korang boleh ‘customize’ baju T dan beg tote dengan rekaan sendiri ataupun rekaan yang disediakan oleh Uniqlo.

Ini merupakan stor kedua Uniqlo Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini selepas Uniqlo Fahrenheit 88.

 

Sustainability Corner

Penulis juga tertarik dengan Sustainability Corner yang membolehkan pengunjung mempelajari lebih tentang inisiatif kitar semula oleh Uniqlo dan bagaimana mereka boleh membantu dengan mendermakan pakaian pre-loved yang sudah tidak dipakai lagi.

*

Khas sempena pembukaan Uniqlo DA Square Roadside Store, Bandar Sri Damansara pada hari esok, mereka akan menyediakan goodie bag

istimewa kepada 500 orang pelanggan terawal pada setiap hari bermula esok sehingga Ahad (20 Disember) ini.

Itu bermakna terdapat 1500 goodie bag untuk korang bawa pulang!

Di samping itu, pelanggan yang membeli melebihi RM200 dalam satu resit pula akan menerima beg tote edisi khas Uniqlo U. Menarik kan!

Korang boleh mengunjunginya dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.

*

*

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

IKLAN