Berita

Rebecca Nur Al-Islam Rai Detik Bersejarah, Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda UUM Dengan Penuh Rasa Syukur. Tahniah!

Share

Rasa bangga dan syukur jelas terpancar dalam perjalanan akademik pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.

Di sebalik komitmen sebagai anak seni, isteri dan ibu, beliau tetap tidak pernah menoktahkan impiannya. Hasrat yang lama dipendam akhirnya berubah menjadi kenyataan, membuka satu fasa baharu yang penuh makna dalam hidupnya.

Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam menyaksikan langkah penuh yakin Rebecca ketika menerima ijazah yang sekian lama menjadi impiannya. Saat itu bukan sekadar simbol pencapaian akademik, tetapi juga gambaran ketabahan seorang wanita yang memilih untuk terus berjuang di sebalik kesibukan dunia seni dan tanggungjawab keluarga.

Pengumuman gembira ini turut dikongsikan sendiri oleh beliau melalui entri di Instagram. Dalam muat naik tersebut, Rebecca menzahirkan pesanan ringkas namun sarat makna.

“Believe In Yourself & TRUST in Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dengan kejayaan ini, Rebecca kini secara rasmi bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) UUM.

Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan bahawa impian yang tertangguh bukanlah impian yang mustahil dan dengan usaha berterusan, keyakinan diri serta tawakal kepada Tuhan, segala yang diusahakan mampu menjadi realiti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG REBECCA

Published by
Fath