Rasa bangga dan syukur jelas terpancar dalam perjalanan akademik pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.
Di sebalik komitmen sebagai anak seni, isteri dan ibu, beliau tetap tidak pernah menoktahkan impiannya. Hasrat yang lama dipendam akhirnya berubah menjadi kenyataan, membuka satu fasa baharu yang penuh makna dalam hidupnya.
Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam menyaksikan langkah penuh yakin Rebecca ketika menerima ijazah yang sekian lama menjadi impiannya. Saat itu bukan sekadar simbol pencapaian akademik, tetapi juga gambaran ketabahan seorang wanita yang memilih untuk terus berjuang di sebalik kesibukan dunia seni dan tanggungjawab keluarga.
Ads
Pengumuman gembira ini turut dikongsikan sendiri oleh beliau melalui entri di Instagram. Dalam muat naik tersebut, Rebecca menzahirkan pesanan ringkas namun sarat makna.
“Believe In Yourself & TRUST in Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Dengan kejayaan ini, Rebecca kini secara rasmi bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) UUM.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan bahawa impian yang tertangguh bukanlah impian yang mustahil dan dengan usaha berterusan, keyakinan diri serta tawakal kepada Tuhan, segala yang diusahakan mampu menjadi realiti.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG REBECCA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lamine Yamal Remaja 18 Tahun Jadi Jutawan Bola Sepak Termuda Dunia
Nama Lamine Yamal kini menjadi sebutan seluruh dunia. Dalam usia baru 18 tahun, pemain sayap sensasi Barcelona ini bukan sahaja mencipta sejarah di padang bola, malah telah tersenarai sebagai jutawan bola sepak termuda dunia 2025 satu pencapaian luar biasa yang membuat ramai remaja sebaya kagum dan terinspirasi.
Lamine Yamal
Menurut laporan Forbes, Yamal kini berada dalam 10 pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia tahun 2025, dengan jumlah pendapatan sekitar AS$43 juta (RM202 juta). Ya, awak tak silap baca 18 tahun dan sudah bergelar jutawan hasil kerja keras, bakat dan disiplin tinggi!
Dari Akademi La Masia ke Pentas Dunia
Lamine Yamal dibesarkan di Barcelona dan mula bermain bola sejak kecil. Bakatnya cepat dikesan oleh jurulatih akademi terkenal La Masia, tempat lahirnya ramai legenda seperti Messi, Iniesta dan Xavi. Pada usia 15 tahun, Yamal sudah berlatih bersama skuad utama Barcelona satu pencapaian yang jarang berlaku.
Sejak itu, dia terus mencipta sejarah demi sejarah. Yamal menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam perlawanan El Clasico, pemain termuda mencipta bantuan jaringan dalam Liga Juara-Juara Eropah, dan pada usia 17 tahun, dia sudah membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.
Musim lalu, Yamal menamatkan saingan dengan 18 gol dan 25 assist, menjadikan dirinya antara pemain paling bernilai dalam Eropah dan mengukuhkan statusnya sebagai jutawan bola sepak termuda dunia 2025.
Lamine Yamal
Dari Bakat ke Jenama Besar
Selain hebat di padang, Lamine Yamal juga bijak membina imej dan kerjayanya. Beliau kini mempunyai penajaan bersama Adidas, Konami, Powerade dan Beats by Dre, menjadikannya remaja paling berpengaruh dalam dunia sukan global.
Malah, Barcelona baru sahaja menandatangani kontrak baharu dengannya hingga tahun 2031, dengan jersi keramat nombor 10 nombor yang pernah disarung oleh Lionel Messi. Itu bukan sekadar nombor, tapi simbol kepercayaan kelab terhadap generasi baharu mereka.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Apa yang menjadikan Lamine Yamal begitu istimewa bukan sekadar bakat luar biasa, tetapi kerendahan diri dan fokusnya. Dalam satu temu bual, Yamal pernah berkata:
“Saya tahu ramai orang membandingkan saya dengan Messi, tapi saya cuma mahu jadi versi terbaik diri sendiri.”
Kata-kata itu membuktikan bahawa kejayaan bukan tentang meniru orang lain, tetapi membina identiti sendiri. Ia menjadikan Yamal contoh terbaik bagi remaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang.
Pelajaran Dari Yamal Untuk Remaja Hari Ini
Percaya Pada Potensi Diri – Bakat hanya jadi besar bila kita berani ke depan dan tunjukkan kemampuan.
Fokus & Disiplin – Yamal menjaga latihan, pemakanan dan masa rehat dengan ketat walaupun masih remaja.
Jangan Takut Bermimpi Besar – Tiada usia terlalu muda untuk berjaya. Apa yang penting ialah usaha yang konsisten.
Bijak Urus Kejayaan – Seawal usia belasan tahun, Yamal sudah faham tentang nilai profesionalisme dan reputasi diri.
Penutup: Lamine Yamal Inspirasi Dunia Remaja
Lamine Yamal kini menjadi simbol remaja yang berani bermimpi besar. Dalam dunia yang penuh cabaran, dia membuktikan bahawa dengan semangat, disiplin dan fokus, seorang anak muda boleh mengubah hidupnya dan menginspirasi dunia.
Untuk semua pembaca Majalah Remaja, kisah jutawan bola sepak termuda dunia 2025 ini adalah bukti bahawa usia bukan halangan untuk berjaya. Yang penting, jangan berhenti berusaha dan sentiasa percaya kejayaan besar bermula dari langkah kecil yang berani.
Individu yang menghidap penyakit gastrik antara yang terkesan di bulan puasa ini kerana dengan menahan lapar, mereka mungkin terkena serangan gastrik.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu korang menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Hiks! Apa yang penting, korang cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Segelintir yang mungkin melihat Ainul Syeefa Zamrol sebagai remaja dengan kekurangan, tetapi bagi mereka yang mengenali bakatnya, Ainul Syeefa ternyata seorang insan istimewa.
Pelajar Program...