realme Malaysia antara salah satu jenama yang semakin berkembang kerana harga produk yang mereka tawarkan juga adalah mampu milik sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Terbaru, realme melancarkan realme Buds Air serta telefon pintar realme 5i. realme Buds Air merupakan produk IoT pertama jenama tersebut.
Apa yang menarik perhatian Remaja adalah realme Buds Air yang dijual dengan harga serendah RM299.
Bagi peminat muzik, sudah pasti korang ingin mendengar muzik tanpa batas dan memudahkan untuk diakses. Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekali gus memberikan kebebasan mendengar muzik dimana sahaja.
Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu saja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.
Ads
Dengan transisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini adalah satu berita baik buat peminat mobile gaming tegar.
Selain itu juga, produk ini dilengkapi dengan dua mikrofon berteknologi Environment Noise Cancellation yang mana kalau korang membuat panggilan, suara korang tetap akan jelas walaupun dalam suasana yang bising.
Ads
Manakala, bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.
Produk ini turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan.
Ads
Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan korang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca.
Ha, banyak kan spesifikasi menarik yang ada pada realme Buds Air ni? Dengan hanya berharga RM299, korang boleh menikmati muzik di mana-mana sahaja.
Dan… Lebih best lagi bila korang membeli di Shoppee pada 21 Januari 2020 bermula jam 12AM, korang akan mendapat harga istimewa iaitu RM199 untuk satu hari saja.
Pergh, memang berbaloi la beb!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan terbaru daripada jenama gajet gergasi, Apple.
Pertengahan tahun ini, ramai yang membincangkan tentang keluaran telefon pintar iPhone 12 yang dijangkakan akan dilancar sama ada pada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.
Namun sementara menunggu pelancaran tersebut, Apple belum lagi mengisi slot bulanan akan datang dengan keluaran apa-apa produk baharu.
Namun sejak 2 hari kebelakangan ini, spekulasi bertiup kencang apabila ramai pakar dan peminat gajet yang merasakan Apple bakal melancarkan 2 produk baharu.
Apple dijangka mengadakan sebuah acara pelancaran bagi model terbaru iPad Air 4 dan Apple Watch Series 6.
Apple Watch Series 5.Apple iPad 3.
Ini selepas beberapa item aksesori seperti casing untuk model iPad Air 4 2020 telahpun diperkenalkan di laman wen Amazon oleh beberapa pengusaha seperti ZtotopCase dan TiMOVO.
Itu tentang iPad Air 4.
Berkenaan Apple Watch Series 6 pula, ada yang mengatakan ia mungkin benar ataupun tidak. Ini kerana ramai merasakan Apple bakal melancarkan Apple Watch SE terlebih dahulu, iaitu model mirip Apple Watch Series 3 versi mampu milik.
Teori ini disokong oleh ramai pakar gajet yang mendakwa sesuatu akan dilancarkan oleh Apple pada 8 September (hari ini!)
Menurut akaun Twitter LeaksApplePro yang diketahui umum selalunya mampu untuk meramal sebarang perkembangan baru daripada Apple, syarikat itu kata mereka akan melakukan pengumuman pada hari ini sekitar jam 11 pagi waktu Amerika Syarikat (EST)
Ini juga disokong oleh beberapa posting lain di media sosial yang kini sedang hangat dibincangkan.
Apa pendapat korang? Mungkinkah ura-ura ini menjadi kenyataan pada hari ini?
Setakat ini, pihak Apple masih belum memuat naik sebarang poster promosi mengenai apa-apa pelancaran produk ataupun pengumuman baru di media sosial mereka.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai pengguna Instagram yang merasakan bahagian timeline mereka tidak lagi dipenuhi oleh foto serta video mengenai situasi semasa di Palestin.
Jika pada minggu lalu, acapkali kita menemui mesej kesedaran tentang situasi tegang yang dihadapi oleh saudara kita di sana.
Begitupun pada minggu ini, Facebook didakwa telahpun mengolah algorithm di Instagram agar sebarang perkembangan terbaru berkenaan Palestin sukar dilihat oleh penggunanya.
Senang cerita, apa-apa muat naik mengenai kekejaman rejim Israel ke atas Palestin akan diberikan amaran oleh pihak Instagram. Hhm..
Apapun, kita bertuah kerana beberapa akaun Instagram telahpun berkongsi tip alternatif untuk terus menyebarkan kesedaran dengan cara baharu di medan media sosial popular itu.
Gunakan ejaan alternatif bagi kata kunci. Contohnya seperti Isr*el, G@za dan Pal-estine.
02
Tangkap layar (screenshot) sesuatu imej dan muat naik ke media sosial korang. Elakkan repost muat naik pengguna Instagram lain secara direct.
03
Pada bahagian Instagram Story, korang digalakkan menggun filter, fungsi sketch dan memasukkan muzik bagi ‘mengelirukan’ algorithm.
04
Gunakan GIF dan emoji yang tidak berkaitan dengan topik (seperti emoji bendera Palestine, bendera Israel, pistol). Sebagai contoh, gantikan penggunaan emoji bendera dengan emoji makanan, haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
*
Apa yang penting, usah kita hentikan peperangan kita menentang kekejaman rejim Israel biarpun hanya dengan menyampaikan mesej kesedaran.
DC secara rasmi melancarkan rangkaian pengalaman Batman mudah alih baru untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Menariknya, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition ini adalah salah satu aplikasi mudah alih percuma yang terdapat di app store dengan 13 bahasa di dunia.
Aplikasi ini membolehkan kanak-kanak bergabung dengan pasukan memerangi jenayah Batman, Knightwatch dan terjun ke dunia Batman.
Pelancaran ini dilakukan tepat pada masanya untuk meraikan “Bulan Batman” pada September dan DC Fandome, iaitu pengalaman peminat global pada 16 Oktober. Di Malaysia, perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network pula sedang bersiap sedia bagi menghidangkan satu bulan yang dipenuhi aksi dan pertandingan bertema Batman serta pengambilalihan yang didedikasikan untuk Caped Crusader.
Beberapa ciri menarik pelancaran, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition :
Misi Augmented reality (AR)
Melalui ciri aplikasi AR terkini, anak-anak menjadi anggota baru pasukan Batman’s Knightwatch dan membawa mereka dalam misi Batman sebenar untuk membasmi jenayah. Cool AR memberikan pengalaman 3D sebenar yang berkaitan dengan konsep dan reka bentuk teknikal yang membolehkan Batman’s Bat-Tech hidup kembali.
Permainan mini
Pengguna boleh bermain permainan pemanduan mudah alih bertema Batman yang menguji kemahiran pemain mengendalikan Batmobile; Berlatih Batarang di mana pemain berlawan dengan masa untuk mengetahui berapa banyak sasaran yang boleh ditumbangkan; dan permainan Grapnel Launcher yang memerlukan pemain berlari dan melompat ketika menggunakan kemampuan Batman untuk mengatasi halangan.
Penapis muka AR
Korang boleh berubah menjadi Batman, Joker, Batgirl dan watak Gotham City yang paling ikonik lain menggunakan penapis yang menyeronokkan ini dan menyimpan dan berkongsi foto dengan rakan dan keluarga.
Pek pelekat
Pengguna dapat menghiasi gambar dengan pelbagai pelekat bertema Batman, mengubah foto biasa menjadi cerita Batman yang menyeronokkan.
Kandungan video Batman Bat-Tech
Aplikasi ini berkesinambungan dengan saluran YouTube DCKids yang sangat popular. Satu siri baharu, bertajuk “Batman Science Lab” akan dilancarkan pada musim luruh ini yang meneroka aplikasi dunia sebenar teknologi Batman.
Selain melancarkan aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition secara eksklusif, terdapat juga siri komik digital, Batman – Knightwatch, di mana kanak-kanak dapat meneroka bagaimana program Knightwatch dibuat, serta mengikuti pasukan Batman dan Super Hero ketika mereka menewaskan Gotham City’s Super-Villains setelah mereka berjaya melepaskan diri dari Arkham Asylum. Di samping itu, komik digital akan ditambah dalam aplikasi secara berkala.
Tak sabar kan nak menerokai dunia Batman ni? Okay korang boleh memuat turun DC: Batman Bat-Tech Edition secara percuma di Apple Store dan Google Play store, aplikasi ini boleh dimainkan di tablet dan telefon pintar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.