Di fb rasminya, Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai situasi Malaysia mengawal pandemic COVID-19 di kalangan warga asing mengakui dirinya adalah Ketua Bahagian Pemasaran di Malik Streams Production & Distribution. Malah dia juga mengakui dirinya adalah Head Of News di Narayanganj24seven, belajar di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute dan tinggal di Kuala Lumpur.
Bukan kaleng-kaleng jawatan diletakkan di profil dirinya.
Terkini ekoran dari tersebarnya profil dirinya, Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd bertindak pantas membuat penafian bahawa Rayhan Kabir bukan Ketua Bahagian Pemasaran di syarikat tersebut. Tak pernah sekali pun lelaki Bangladesh itu bekerja sebelum ini atau masa kini.
Apa yang tepat ialah lelaki Bangladesh ini hanyalah seorang kontraktor yang pernah memberikan perkhidmatan kepada syarikat terbabit dan tak pernah jadi pekerja sebelum ini.
Ads
Dalam pada itu Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd memaklumkan mereka berdiri teguh bersama semua rakyat Malaysia menentang yang dikeluarkan oleh stesen tv Al Jazeera berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'. Jelas mereka, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Rayhan untuk perihal misrepresentasi yang memudaratkan nama baik dan reputasi syarikat mereka.
Kami secara mutlak bahawa kami sama sekali tidak bersetuju dengan dan menentang kenyataaan-kenyataan yang dibuat Rayhan Kabir terhadap negara kesayangan kami. Kenyataan dikeluarkannya itu adalah bersifat peribadi dan berat sebelah dirinya dan tidak menggambarkan pandangan dan prinsip syarikat.
Kami bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika mereka ingin menjalankan penyiasatan terhadap Rayhan Kabir.
Hah! Inilah dikatakan orang Melayu. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Ads
Risiko batal pas imigresen jika keluar kenyataan tidak tepat – KP Imigresen
Dalam pada itu dalam laporan Bernama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.
Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian, lawatan kerja sementara dan pas residen supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ads
“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita Al Jazeera.
Khairul Dzaimee berkata laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan agensi berita antarabangsa itu sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.
“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lepas telah memeriksa seramai 3,352 warga asing, namun jumlah yang ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.
“Kerajaan Malaysia juga telah memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya.
Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Kim Kardashian telah mengeluarkan satu kenyataan yang menimbulkan kecaman dalam kalangan warganet. Menerusi temubualnya bersama Variety itu, bintang realiti tersebut berkongsi mengenai rahsia dan tip untuk berjaya.
Ujarnya, “Saya ada nasihat untuk wanita dalam bisnes, angkat diri kamu dan berkerja keras. Kelihatannya tiada siapa yang mahu bekerja kebelakangan ini. Kelilingi diri anda dengan orang yang mahu berkerja. Elak persekitaran kerja yang toksik dan munculkan diri untuk melakukan kerja.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kim yang juga seorang ahli perniagaan berjaya mengguris hati banyak pihak. Terutamanya seolah-olah wanita masa kini tidak cukup berkerja keras dalam kehidupan mereka.
Pengacara dan juga pelawak popular, Trevor Noah dalam satu siaran menerusi The Today Show antara yang membincangkan isu ini. Dia menyatakan yang dia faham kenyataan tersebut dari sudut pandangan Kim Kardashian.
Kredit foto: Instagram Traver Noah
Namun dia turut menyatakan yang Kim juga tidak memandang perspektif itu dari sudut berbeza, kerana tidak semua orang bertuah sepertinya.
“Ini adalah satu perkara yang Kim tidak faham, perkara itu boleh jadi satu hal yang merendahkan untuk memberitahu wanita yang punca mereka tidak berjaya kerana mereka terlalu malas untuk mengangkat diri mereka dan bekerja keras.
“Ya, Kim Kardashian bekerja keras tetapi tahukah anda siapa lagi yang bekerja keras? Kebanyakan wanita! Namun apa yang mereka tiada adalah tuah seperti Kim yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan ayah sebagai peguam terkenal dan juga bapa tiri yang merupakan Olimpian, dan semua hubungan yang dimilikinya yang hadir hanya kerana dilahirkan dalam keluarga seperti itu.
“Fikirkannya, jika anda bertuah untuk memiliki kelebihan itu, maka ada peluang cerah untuk kerja keras anda menjadikan anda orang yang berjaya. Tetapi jangan lupa tentang berapa banyak tuah yang menyebabkan punca kejayaan tersebut,” ujarnya panjang lebar tentang isu tersebut.
Kim dan Kourtney bersama mendiang bapa mereka, Robert Kardashian yang merupakan peguam yang kaya dan ternama. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian
Menambah lagi tentang isu tuah, jejaka berusia 38 tahun ini menyatakan yang ramai orang lupa tentang perkara ini.
Kongsinya lantang, “Sesiapa sahaja yang cakap, hanya kerja kuat, semuanya akan menjadi. Orang tersebut lupa yang satu komponen penting untuk berjaya adalah tuah. Ramai orang bekerja keras namun masih susah, malahan jika orang itu lagi susah sebenarnya ada kemungkinan mereka telah bekerja lebih keras.”
Ada benar yang dikatakan oleh Trevor, satu nasihat itu harus melihat dari banyak persepektif. Kita tidak boleh pukul rata tentang sesuatu isu terutamanya tentang kerja dan kejayaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara banyak-banyak jenis menu yang menjadi kegemaran rakyat tempatan kita, roti merupakan antara tarikan utama di Malaysia.
Menariknya, berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Taste Atlas, Roti Canai berjaya menduduki tempat pertama sebagai makanan jalanan popular dengan catatan mata 4.9. Siapa yang tidak gemar akan hidangan yang tebar hingga menjadi helaian nipis kemudian dilipat dan dipanggang di atas kuali hingga garing.
Selain roti canai, beberapa hidangan lain yang juga sinonim dengan rakyat Malaysia turut berada dalam carta tersebut seperti pisang goreng, samosa dan beberapa lagi hidangan lain yang mungkin sebahagian daripada senarai itu merupakan hidangan kegemaran kita semua.
Malaysia memang terkenal dengan ‘syurga’ makanan. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai usaha menggalakkan perkahwinan dan mengisi kawasan luar bandar yang semakin kosong, kerajaan Jepun akan memberikan ganjaran ¥600,000 (~RM 18,000) kepada wanita yang berkahwin dan kemudian berpindah keluar.
Ganjaran tambahan lain dalam bentuk wang tunai turut akan dipertimbangkan oleh kabinet. Ini adalah langkah untuk bukan sahaja meningkatkan jumlah kelahiran bayi tetapi memastikan kawasan luar bandar akan mempunyai penduduk.
Fenomena Akiya
Fenomena akiya iaitu rumah kosong yang ditinggalkan di luar bandar semakin serius menyebabkan ia dijual pada harga yang sangat murah. Ini masih tidak mampu mengurangkan jumlah “bandar mati” sebaliknya meningkatkan jumlah migran luar negara yang berhijrah untuk membeli rumah tinggi yang murah dibantu oleh nilai Yen yang semakin merosot.
Langkah yang diambil oleh kerajaan Jepun ini nampak seakan tidak begitu serius kerana ganjaran yang diberikan tidak tinggi.
Jepun Beri Ganjaran ¥600,000 Kepada Wanita Yang Berkahwin ( Foto Via Pexels)
Di Busan, Korea Selatan kerajaan akan memberikan ganjaran sehingga $85,000 (~RM 369,000) sebagai imbuhan untuk pasangan berkahwin. Wang diberikan secara berperingkat dengan $604 diberikan apabila mula bercinta, $1200 apabila bertemu ibu bapa, $24,000 jika berkahwin, $36,000 diberikan untuk membeli rumah atau $960 sebulan selama lima tahun untuk membayar sewa.
Malaysia kelak akan berhadapan dengan isu kelahiran bayi yang rendah. Kadar kelahiran semasa ialah 1.6 bayi untuk setiap wanita yang adalah penurunan mendadak berbanding 6 bayi setiap wanita pada tahun 1957 dan 2.1 bayi setiap wanita pada tahun 2010.
Untuk info, kadar kelahiran 2.1 bayi untuk setiap wanita diperlukan untuk mengekalkan populasi sesebuah negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.