Berita

Raya 2026 Tampil Dengan Sentuhan Tradisi & Nostalgia Kekeluargaan

Share

Jenama fesyen Raya moden tempatan, Qhiam, dengan bangga memperkenalkan koleksi Raya 2026, menandakan sebuah tahun yang sarat dengan inspirasi, rekaan baharu serta gaya yang kekal relevan merentasi zaman.

Tahun ini, Qhiam bukan sahaja meraikan rekaan terbaharu, malah turut meluaskan kehadirannya menerusi pembukaan showroom pertama di Shah Alam, diikuti dengan kedai baharu di Bangi, serta lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya.

Langkah ini sekali gus membawa gaya ikonik Qhiam lebih dekat dengan pelanggan setianya.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Noh Salleh terus dipilih sebagai wajah Qhiam, melambangkan keaslian serta semangat kekeluargaan yang menjadi teras jenama ini. Beliau mengetuai koleksi

Nohstalgia Galur 2026, sebuah koleksi berpasangan untuk seisi keluarga merangkumi lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak, yang menangkap inti pati kebersamaan di musim perayaan.

Bagi koleksi Galur tahun ini, Qhiam tampil dengan fabrik yang lebih ringan namun masih mengekalkan kualiti premium, memastikan keselesaan maksimum tanpa menjejaskan gaya dan potongan. Sementara itu, koleksi Kurta Teman pula diperkenalkan dengan enam rekaan serta fabrik baharu, menggabungkan sentuhan moden bersama keindahan tradisional.

Menyerlahkan lagi kehalusan seni jahitan, Qhiam turut memperkenalkan Artisan Teras Collection yang menampilkan potongan klasik seperti pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku. Koleksi ini diperbuat daripada fabrik campuran kapas-linen yang mewah dan dipersembahkan oleh Amy Search, sekali gus mencerminkan dedikasi Qhiam terhadap keaslian serta ketelitian dalam seni jahitan tradisional.

Sebagai pelengkap kepada koleksi Raya 2026, Qhiam turut memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif yang direka khas untuk menambahkan elemen kontemporari dalam gaya tradisional.

Tidak ketinggalan, Sendja, jenama adik Qhiam khusus untuk gadis muda, hadir dengan 13 rekaan baharutahun ini. Koleksi Sendja menampilkan gaya moden, segar dan serba boleh, sesuai untuk gadis muda yang ingin tampil bergaya sepanjang musim perayaan.

Rekaan kali ini memberi penekanan terhadap keselesaan, penggunaan fabrik berkualiti serta fleksibiliti styling, daripada kasual hingga formal sekali gus memberi ruang kepada gadis muda mengekspresikan gaya peribadi tanpa mengabaikan sentuhan tradisi Melayu.

“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi, dan gaya moden,” kata jenama itu.

“Dengan showroom pertama kami di Shah Alam, pembukaan kedai baru di Bangi, dan tidak lama lagi di Putrajaya, bersama koleksi baharu untuk setiap ahli keluarga, musim Raya kali ini pasti meninggalkan kenangan indah buat semua.”

Qhiam menjemput orang ramai untuk merasai sendiri koleksi penuh ini di showroom Shah Alam dan Bangi, serta tidak lama lagi di IOI City Mall, Putrajaya, bagi merasai fabrik, melihat rekaan secara dekat dan menyemarakkan lagi semangat Raya bersama-sama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath