PENAMPILAN memukau Miss Grand Malaysia 2025, Viviana Lin Winston mencuri perhatian ramai apabila beliau tampil dengan kostum kebangsaan bertemakan Ratu Terabai Iban sempena segmen Kostum Kebangsaan di pertandingan Miss Grand International 2025, Isnin lalu.
Kostum yang direka khas oleh pereka tempatan terkenal, Raja bukan sekadar menonjolkan keindahan seni masyarakat Iban tetapi mengangkat semangat juang, kebijaksanaan dan kekuatan wanita dalam budaya tersebut. Ia adalah gabungan sempurna antara keindahan tradisi dan simbol keberanian seorang pahlawan wanita.
Simbol Kekuatan Wanita Iban
Menerusi hantaran di Instagram, Viviana menjelaskan bahawa konsep Ratu Terabai Iban melambangkan sosok pemimpin wanita yang bukan hanya gagah di medan perang, tetapi juga menjadi pelindung warisan, tradisi dan semangat komuniti.
“Ratu Terabai Iban bukan sekadar seorang pahlawan, tetapi pelindung warisan, seorang pemimpin yang menjadikan terabai (perisai) sebagai simbol kekuatan dalam menjaga rakyat, tradisi dan semangat bangsanya. Beliau mewakili keharmonian sempurna antara kelembutan wanita dan kekuatan seorang penjaga medan perang,” ujar Viviana.
Konsep yang diketengahkan Viviana ini memperlihatkan bagaimana tradisi dan kepimpinan moden mampu wujud seiring. Ia juga membawa mesej penting bahawa wanita hari ini boleh berdiri sebagai pelindung dan pemimpin tanpa perlu mengetepikan sifat lembut dan berhemah yang ada dalam diri mereka.
Kostum Ratu Terabai Iban menyerlah dengan dominasi warna perak dan putih, melambangkan keteguhan serta kemurnian hati seorang pemimpin. Setiap perincian logam dan manik halus diolah dengan teliti, memberi simbolik kepada ketabahan dan kemegahan seorang pahlawan wanita.
Pada bahagian kepala, Viviana mengenakan tanjak besar berukir motif flora yang dihiasi kristal berkilau – mencipta aura diraja yang memukau setiap mata yang memandang. Bahagian tubuh pula disarung dengan fabrik bertekstur dan hiasan berjuntai, diinspirasikan daripada pakaian tradisional masyarakat Iban namun diberi sentuhan moden yang mewah dan elegan.
Aksesori utama berupa terabai (perisai) menjadi elemen paling penting dalam penampilan ini — simbol kekuatan, keberanian dan maruah bangsa Iban yang kini diangkat ke pentas antarabangsa.
Konsep Ratu Terabai Iban turut diinspirasikan daripada peranan Indu Ketua, iaitu wanita pemimpin dalam komuniti Iban yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dan memelihara keharmonian masyarakat.
Dalam konteks moden, Viviana membawa semangat Indu Ketua ini ke pentas dunia — sebagai lambang kepimpinan wanita yang progresif, bijaksana dan berani menonjolkan identiti budaya sendiri.
Ads
Kekuatan Dalam Keindahan
Penampilan Viviana bukan sahaja meraikan keunikan seni dan budaya etnik Iban, tetapi turut menyampaikan mesej pemberdayaan wanita melalui warisan — bahawa kekuatan, keindahan dan kepimpinan boleh berpadu dalam satu identiti yang megah.
Ratu Terabai Iban bukan sekadar busana, ia adalah cerita tentang wanita Iban yang tabah, lembut namun berjiwa besar. Satu penghormatan buat pahlawan wanita masa lalu dan inspirasi buat generasi remaja hari ini untuk terus berani menjadi diri sendiri.
Anugerah Juara Lagu ke 35 sudah pun berlalu, namun bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Isu Nabila Razali tergelincir nota vokal ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua masih menjadi bualan netizen.
Ramai yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang bersikap negatif melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Namun paling penulis tertarik adalah komen Diana Danielle yang berkongsi kisah pengalamannya saat memulakan langkah di dalam industri.
“Hi darling, bila saya memulakan langkah sebagai seorang pelakon saya merupakan seorang pelakon ‘kayu kayan’ bertahun lamanya. Mereka hanya memberikan saya watak perempuan cantik dan selalu dibayar tidak mencukupi.
Saya pergi ke kelas dan melabur masa dan duit, Hasilnya sekarang saya boleh beekrja dengan yakin dan tenang. Ia merupakan satu perjalanan dan kadangkala ia sangat panjang. Jadikan perjalanan itu berbaloi dan jangan pernah putus asa!
Jangan biarkan orang lain menanam perasaan ragu di dalam diri sendiri. Saya sangat berbangga dengan kamu kerana telah berjaya naik ke pentas dan memberikan yang terbaik,” kongsi pelakon hebat ini di ruangan komen hantaran Instagram Nabila Razali.
Diana antara wajah yang selalu menjadi piihan untuk menghiasi Majalah Remaja suatu ketika dahulu. Kini kami sepenuhnya di dunia digital ya! Ikuti kami di Facebook, Instagram, Twiter & TikTok.
Apa yang dikatakan oleh Diana Danielle sebenarnya bukan sahaja untuk Nabila tetapi relevan untuk kita semua. Kehidupan merupakan sebuah proses pembelajaran dan ia mengambil masa. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya, sebaliknya kesilapan itu menjadikan kita insan yang lebih kuat.
Majoriti wanita Jepun memiliki wajah yang hampir sempurna, kulit yang halus, licin dan bersih. Pasti korang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka, bukan?
Yang pasti wanita Jepun banyak mengamalkan perawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi sejak turun-temurun lagi bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah lakukan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari. Hasilnya amat menakjubkan.
1. Mula berasa lebih segar dan sihat
Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan badan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.
2. Metabolisme saya bertambah baik
Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.
3. Bantu kurangkan berat badan
Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan kerja lain.
4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati
Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.
5. Perubahan kulit bertambah baik
Hilangkan kedutan di wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.
6. Saya mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.
7. Jarang sakit
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu menangani masalah menangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi untuk solat sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah nak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan mengikut masa ke semasa.
Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air
Selepas 45 minit anda boleh dapatkan breakfast
Jangan makan atau minum apa-apa selepas 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.
Bila boleh nampak hasilnya ?
Pesakit diabetes atau hypertension: 30 Hari
Pesakit sembelit dan gastrik: 10 Hari
Pesakit TB : 90 Hari
Okay selepas ini jom cantik sama-sama guna cara wanita Jepun!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika remaja lain yang seusianya ralit dengan gadget teknologi terkini, lain pula pemilik nama Saidatul Zakirah yang mempunyai minatnya tersendiri.
Bermula hanya sekadar mengikuti ayahnya ke pertandingan sukan bermotor, menjadi asbab remaja berusia 14 tahun ini serius hingga berjaya meletakkan diri menjadi atlet untuk sukan bermotor.
Lebih manis lagi, Saidatul Zakirah yang minat dengan sukan permotoran sejak usia 11 tahun ini menunjukkan kesungguhannya dalam bidang itu menjadi titik tolak kepadanya untuk terus menggapai impian memenangi sukan-sukan permotoran yang berprestij.
“Ayah adalah pendorong utama saya selain ahli keluarga yang lain kerana saya selalu mengikut ayah apabila beliau menyertai aktiviti sukan lasak. Apabila saya memberitahu ayah saya akan mengikut jejak beliau, ayah tidak membantah. Bahkan ibu juga tiada halangan. Kedua-dua mereka memberikan semangat. Saya sangat gembira,” katanya.
Lebih mesra dipanggil Kirah, beliau berkata, tidak mudah untuk menyertai sukan yang dipelopori oleh golongan lelaki kerana pelbagai tanggapan negatif yang didengarnya, namun tidak mengendahkan perkara itu.
“Semua orang boleh melakukan apa yang disukai, kalau lelaki boleh buat kenapa perempuan tidak boleh melakukannya”
Sebelum ini Zakirah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam. Ujarnya fokus merupakan benda utama dan penting dalam suka lasak. Disebabkan itu, remaja ini akan memastikan dia mendapat rehat dan tidur secukupnya sebelum menyertai sesuatu pertandingan atau latihan.
Bijak mengatur waktu, Kirah tidak ketepikan soal pendidikan. Bagi mencapai cita-citanya, Zakirah membahagikan waktu belajar dan waktu latihan permotoran dengan sebaiknya. Berharap untuk menyertai lebih banyak lagi sukan lasak pemotoran ini di masa hadapan dan dia bercita-cita sukan ini akan menjadi kerjaya sepenuh masa beliau nanti.
Apa-apapun, good luck untuk masa akan datang. Moga Kirah terus maju dalam sukan permotoran ini dan gapai impian. You go girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!