Siapa je yang tak inginkan rupa paras yang cantik dipandang?
Namun di sebalik luaran yang flawless itu, hakikatnya keutamaan sebenar terletak pada kepintaran dan adab seseorang. Betul tak?
REMAJA tertarik dengan kemasukan intake terbaru di Universiti Malaya (UM) pada 1 September lalu. Daripada sejumlah 4,200 orang pelajar baru yang mendaftar masuk ke kampus UM bagi kemasukan sesi 2019/2020, salah seorang daripadanya pernah bergelar Miss World Malaysia 2018.
Larissa Ping Liew merupakan anak kelahiran Kuching Sarawak dan sebelum ini pernah diberikan mandat untuk mewakili negara ke pertandingan akhir Miss World 2018 di China, pada tahun lalu.
Ads
Kini pada usia 20 tahun, Larissa sudah bersedia untuk bergelar pelajar pula di kampus.
Katanya kepada rakan media di NST, “Saya sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pelajar universiti. Di luar kampus, mungkin ada yang mengenali saya sebagai Miss World Malaysia. Tetapi di sini saya hanyalah pelajar biasa and I intend to keep myself low profile.”
Larissa ketika berada di Sanya, China tahun lalu untuk mewakili Malaysia.Larissa dalam persalinan kostum nasional masyarakat Sarawak.
Larissa sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan memilih untuk menetap di kolej kediaman saja.
Ads
“Kalau boleh, saya tidak mahu dikenali sebagai ratu cantik di sini kerana pelajaran menjadi keutamaan. Gelaran tersebut mungkin hanyalah sementara tetapi pendidikan adalah bekalan terbaik untuk masa depan,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi peguam kelak.
Bagaimana pula dengan bakat dan peluang Larissa sekarang dalam bidang peragaan? Tak kan nak tinggalkan begitu saja?
Ads
“Jika ada waktu terluang, okay je. Lagipun saya boleh dapatkan pendapatan sampingan sebagai model memandangkan saya membiayai sendiri pengajian ini.”
All the best kepada Larissa dan pelajar baru yang lain! Buktikan bahawa rupa paras bukanlah segalanya.
Sumber: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdullilah, kita sekarang berada di bulan Ramadan penuh barakah.
Setahun sekali menemui Ramadan, seharusnya kita tidak melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepadanya LEBIH berbanding bulan-bulan yang lain. Inilah masa untuk kita ikhlas dan rajin melakukan ibadah.
Namun, ada sesetengah remaja yang melihat kedatangan Ramadan sebagai satu bentuk kesusahan. Mengapa? Mereka merungut sebulan ini akan lapar, dahaga. Tambahan pula dengan cuaca tak menentu di Malaysia ini, lagilah tak tahan!
Haipp, korang lihat kesusahan berpuasa di Malaysia je. Ada negara lain yang lebih panas dan lebih panjang waktu berpuasa mereka berbanding kita tau!
Australia
11 Jam 46 Minit
Dari 5.18 pagi hingga 5.04 petang
Masjid Lakemba, Sydney.
Indonesia
13 Jam 20 Min
Dari 4.26 pagi hingga 5.48 petang.
Masjid Istiqlal, Jakarta.
Malaysia
13 Jam 52 Minit
Dari 5.33 pagi hingga 7.25 malam.
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Dubai UAE
15 Jam 15 Minit
Dari 4.00 pagi hingga 7.15 malam
Masjid Al Zarooni, Satwa Dubai
Mesir
16 Jam 2 Saat
Dari 2.55 pagi hingga 6.57 petang.
Masjid Sultan Hassan, Mesir.
Afghanistan
16 Jam 24 Minit
Dari 2.44 pagi hingga 7.06 malam
Kabul, Afghanistan.
Amerika Syarikat
16 Jam 36 Minit
Dari 3.57 pagi hingga 8.33 malam
State Dining Room, Washington DC.
Perancis
18 Jam 1 Saat
Dari 3.10 pagi hingga 9.51 malam
Paris, Perancis.
England
18 Jam 35 Minit
Dari 2.39 pagi hingga 9.14 malam
East London.
Rusia
19 Jam 33 Min
Dari 1.35 pagi hingga 9.08 malam
Moscow, Rusia.
Iceland
21 Jam 51 Minit
Dari 1.56 pagi hingga 11.47 malam
Rejkjavik, Iceland.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan saja masyarakat kita, Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia tentu saja terkenal di seluruh mata dunia dan juga menjadi tempat tumpuan para pelancong. Selain popular dengan makanan yang sedap, Kuala Lumpur juga punya port bergambar terbaik untuk korang merakam foto OOTD.
Jom kita lihat antara beberapa port terbaik yang ada.
TAMAN ECO RIMBA KL / KL ECO-FOREST PARK
Taman Eco Rimba KL merupakan syurga untuk melihat kehijauan yang menyegarkan selain menjadi port wajib OOTD!
Harga: PERCUMA
Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 7AM -6PM (termasuk hujung minggu dan cuti umum)
No. Telefon: 03-2020 1606
THEAN HOU TEMPLE
Satu kuil Buddha yang tertua yang mempunyai 6 tingkat yang dikenali sebagai Kuil Dewa Syurga. Korang boleh melawat ke kuil dari KL Sentral dengan berjalan kaki (30 minit) atau menaiki teksi (10 minit).
Harga: PERCUMA
Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 8AM-9PM
No. Telefon: 03-2274 7088
ASTAKA MOROCCO
Inspirasi pavillion Marrakech, pavillion ini dikelilingi dengan taman-taman yang cantik di tepi tasik. Untuk merasai suasana romatis, waktu yang sesuai dikunjungi adalah semasa matahari hampir terbenam kerana jubin-jubin mewah tersebut dipantulkan dengan cahaya.
Harga: RM 3
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu: 9AM-6PM
No. Telefon: 03-8000 8000
BATU CAVES
Menaiki 272 tangga ke Gua Kuil, anda akan melihat patung monumental Dewa Hindu iaitu Lord Murugan. Anda akan merasai pengalaman melihat bayang-bayang kelawar berterbangan dan monyet di sepanjang pendakian ke gua tersebut.
Harga: PERCUMA
Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu: 6AM-9PM
No. Telefon: 03-6189 6284
CHANGKAT BUKIT BINTANG
Lukisan mural pada jalan yang menggambarkan sungai menampakkan ia semula jadi. Kepelbagaian grafiti telah menjadi tempat ini salah satu port OOTD yang popular di kalangan pelancong.
Harga: PERCUMA
Alamat: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2110 5670
MASJID PUTRA
Masjid Putra merupakan masjid yang moden dan mendapat perhatian ramai pengunjung tidak mengira agama. Bagi pengunjung bukan Islam dialu-alukan kerana masjid ini menawarkan jubah berwarna maroon untuk mereka yang memakai pakaian yang tidak sesuai bagi menghormati kawasan masjid.
Harga: PERCUMA
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu: Setiap hari kecuali waktu solat
No. Telefon: 03-8888 5678
MUSEUM AND ART GALLERY BANK NEGARA MALAYSIA
Wow…Tangga Sasana Kijang yang menunjukkan tangga spiral sangat awesome! Dikenali sebagai Tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan menghubungkan setiap tingkat yang membawa maksud keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara tanpa berhenti.
Harga: PERCUMA
Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 10AM – 6PM
No. Telefon: 03-9179 2784
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan Sultan Abdul Samad menonjolkan seni bina pada era penjajahan British. Jika anda seorang yang menyukai sejarah, bangunan ini akan menjadi pilihan anda untuk port OOTD!
Harga: PERCUMA
Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: 12AM-12PM
LAMAN SENI 7
Laman Seni 7 ialah lorong yang mempunyai pelbagai koleksi mural berwarna-warni. Ruang seni jalanan ini juga merupakan salah satu platform bagi seniman muda yang ingin mempamerkan karya mereka.
Harga: PERCUMA
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu: 12AM – 12PM
EMPIRE DAMANSARA
Empire Damansara adalah gabungan pangsapuri, pusat membeli belah, kediaman Damansara Performing Arts Center dan kafe. Lokasi ini menjadi port OOTD yang popular kerana kepelbagaian seni yang berada di sekitarnya yang cantik ketika bergambar.
Harga: PERCUMA
Alamat: Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu: 12AM – 12PM
NU SENTRAL MALL
NU Sentral sebuah pusat membeli belah yang mempunyai seni bina moden yang menggunakan banyak garis simetri. Berlatar belakangkan yang menarik dengan garis simetri ini pasti hasil gambar OOTD anda cantik!
Alamat: 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 10AM – 10PM
No. Telefon: 03-2859 7177
Jadi lepas ni, Tak payah pergi jauh-jauh nak OOTD. Banyak rupanya port menarik untuk korang terokai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.
Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.
“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.
“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.
Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!