
Jika korang merupakan peminat patung mainan Barbie, inilah masanya untuk menikmati pengalaman bercuti di kamar hotel yang menawarkan hiasan dalaman bertemakan Barbie PERTAMA di Malaysia.
Bertempat di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mereka kini menawarkan 14 unit bilik hotel yang menghadap pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap satu daripadanya dihiasi dengan tema berbeza seperti Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.

Bukan hanya ruang bilik yang dihiasi tema warna merah jambu dengan pelbagai aksesori bertemakan Barbie, pengalaman staycation di sini juga tambah menarik apabila korang berpeluang untuk menjamu selera di Barbie Café.

Lihat sahajalah foto-foto yang REMAJA kongsikan ini. Pasti ramai peminat Barbie khususnya gadis remaja yang meminati warna merah jambu akan menyimpan rasa ingin bermalam di sini sekurang-kurangnya untuk tempoh semalam.




Fuh, agak-agak berapa harganya untuk semalam ya? Ada yang berminat ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nivea Tampil Dengan Deodoran Terbaharu, Pasti Bau Badan Ekstra Wangi Selepas Ini!

Peneraju pasaran No.1 dalam kategori deodoran, Nivea telah melancarkan rangkaian deodoran pencerah baharu, NIVEA Extra Bright Premium Fragrance.
Berasaskan misi NIVEA dalam menyediakan penjagaan yang terbaik untuk diri dan kulit, deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu ini memberikan manfaat tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan wangian eksklusif berkekalan yang meningkatkan keyakinan dan kecantikan para wanita sepanjang hari.
Bunga Peony merupakan salah satu bunga kegemaran ramai dan ia merupakan wangian utama untuk deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance Velvet Romance serba baharu, menawarkan wangian bertaraf dunia yang istimewa kepada pengguna untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk bergaya setiap hari!
ARTIKEL BERKAITAN: #GIRLPOWER: ‘The Singing Pilot’ Ini Curi Perhatian Apabila Muncul Di Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023

Selain itu, rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance baharu ini melangkaui fungi asas untuk menghilangkan bau badan.
la didatangkan dengan faedah tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan 10% lebih Vitamin C, ditambah pula dengan wangian eksklusif #SignatureScent yang berkekalan untuk meningkatkan keyakinan wanita.
Selain Velvet Romance, terdapat dua varian lain iaitu Fresh Lavier dan Miracle Sweet untuk rangkaian deodoran pencerah dengan wangian eksklusif.

Untuk info, pada majlis pelancaran semalam, pelbagai selebriti tempatan dan pempengaruh yang pakar di dalam industri kecantikan dan penjagaan diri menghadiri majlis pelancaran ini. Selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Amyra Rosli, Sweet Qismina, Nabila Razali, Cherry Quah, Elecher Lee dan Nana Bebu berkongsi pengalaman peribadi dan varian kegemaran mereka daripada rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu yang melengkapkan gaya hidup mereka.
Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian NIVEA Official dalam botol Spray 150ml dan botol roll-on 50ml pada harga runcit yang disyorkan RM21.80 dan RM15.90 (masing-masing).
Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan kemaskini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea or visit https://www.nivea.com.my/.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian Kata Otak Boleh ‘Shutdown’ Bila Guna ChatGPT?

Pernah tak korang rasa macam “otak kosong” bila guna ChatGPT untuk siapkan karangan? Nampak je senang – taip je tajuk, lepas tu voilà, satu karangan lengkap terus muncul. Tapi… kajian terbaru dari sekumpulan saintis neurologi mendedahkan sesuatu yang agak mengejutkan: otak pengguna ChatGPT paling kurang aktif bila tengah ‘tulis’ karangan berbanding bila mereka karang sendiri dari awal.
Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Otak Kita?
Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) Media Lab dalam mengenal pasti kesan penggunaan AI terhadap aktiviti otak.
Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan yang masing-masing diminta menulis tiga esei Scholastic Assessment Test (SAT) menggunakan ChatGPT OpenAI, carian Google dan tiada sebarang bantuan.

Dapatan kajian menunjukkan kumpulan yang menggunakan ChatGPT menghasilkan esei yang amat serupa tanpa pemikiran asli memandangan ungkapan dan idea sama digunakan.
Cikgu Kata Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’
Malah, dua cikgu bahasa Inggeris yang menyemak esei tersebut menyifatkannya sebagai ‘tidak berjiwa’.
Ujian electroencephalogram (EEG) ke atas aktiviti otak mendapati mereka mempunyai kawalan eksekutif dan penglibatan perhatian yang rendah.
Menjelang esei ketiga, kebanyakan subjek hanya memberi prom (prompt) kepada ChatGPT yang melakukan hampir kesemua tugasan mereka. Boleh dikatakan mereka hanya ‘copy-and-paste’ tugasan dari program perisian itu.
“Ia lebih kepada, ‘berikan saja saya esei ini, perhalusi ayat ini, editnya, dan saya siap,’” kata penyelidik Nataliya Kosmyna.

Kenapa Ini Bahaya?
Ramai remaja guna AI untuk buat kerja sekolah, tulis esei, atau sediakan hujah untuk debat. Tapi kalau otak dah terbiasa ‘passive mode’, kita mungkin akan:
Kurang pandai berfikir kritikal
Susah nak bina idea sendiri
Mudah hilang kreativiti
Tergantung sepenuhnya pada teknologi
Sama macam otot badan, otak pun perlukan senaman – dan karangan adalah salah satu cara terbaik untuk ‘train’ minda kita.
Tapi Tak Salah Pun Guna ChatGPT…
Don’t get it twisted – guna AI tak salah langsung. Malah, kalau guna dengan cara yang betul, ChatGPT boleh jadi alat bantu belajar yang power gila. Contohnya:
Dapatkan inspirasi idea
Semak tatabahasa
Faham struktur karangan
Dapatkan contoh karangan untuk rujukan
Yang penting, jangan salin bulat-bulat. Jadikan AI sebagai pembantu, bukan pengganti.
So, Apa Patut Kita Buat?
Kalau korang nak kekalkan otak yang tajam dan berdaya saing, cuba tips ni:
✅ Tulis dulu, baru semak dengan AI
✅ Guna AI untuk brainstorming je, bukan tulis full
✅ Buat ‘brain dump’ idea sendiri sebelum tanya AI
✅ Selalu cabar diri tulis esei tanpa bantuan digital
Teknologi memang memudahkan, tapi jangan sampai otak kita jadi malas nak fikir. Dalam dunia yang makin canggih ni, remaja yang bijak ialah mereka yang tahu guna teknologi tanpa hilang identiti sendiri. Tulis karangan mungkin leceh, tapi proses fikir tu la yang akan buat kita lebih matang, kreatif dan berani luah pendapat.
So, next time nak tulis karangan – cuba tanya diri, “Nak karang guna otak sendiri dulu, atau terus serah kat AI?”
BACA LAGI : Orang Cantik, Hidup Senang? Kajian Bukti Rupa Paras Boleh Ubah Nasib Karier!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sheikh Muszaphar Bangga Lepaskan Anak ke Universiti Oxford, Inspirasi Besar Remaja Malaysia

Sheikh Muszaphar Bangga Lepaskan Anak ke Universiti Oxford
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi berita membanggakan mengenai anak keduanya, Sophea Natasha, 12, yang berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom bagi menyertai program kepimpinan selama seminggu.
Detik Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford ini memperlihatkan sokongan penuh seorang bapa terhadap perjalanan pendidikan anaknya sejak usia muda, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa dan remaja di Malaysia.
Pertemuan Singkat Di KLIA Penuh Makna
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik rakaman video serta luahan perasaan ketika menghantar anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lebih menyentuh perasaan, beliau baru sahaja tiba dari Sukan SEA Thailand selaku pengurus skuad taekwondo negara sebelum terus bergegas ke Pintu C22 demi memastikan sempat bertemu anaknya sebelum berlepas.

Walaupun masa yang ada sangat singkat, pertemuan ringkas itu cukup bermakna buat seorang ayah. Dalam kesibukan tugasan negara, Sheikh Muszaphar tetap memastikan kehadirannya dirasai oleh anak pada saat penting tersebut.
“Hari ini Tasha berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai program kepimpinan selama seminggu. Syukur, sempat juga berjumpa di lapangan terbang,” tulis beliau.
Pendedahan Awal Dunia Kepimpinan Global
Penyertaan Sophea Natasha dalam program kepimpinan di universiti terkemuka dunia ini memberikan pendedahan awal tentang suasana akademik antarabangsa. Program ini bukan sahaja menekankan aspek kepimpinan, malah membantu peserta membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta keberanian untuk berfikir secara kritis.
Bagi Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford, pengalaman sebegini dilihat sebagai satu langkah awal yang penting untuk membentuk jati diri dan wawasan global dalam diri anaknya sejak usia muda.

Doa Dan Harapan Seorang Ayah
Dalam perkongsian sama, Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan doa agar pengalaman di Oxford menjadi titik permulaan buat anaknya untuk terus memasang impian besar dalam kehidupan.
“Semoga Oxford menjadi sumber inspirasi buatnya agar suatu hari nanti belajar di sana, berani memasang impian yang tinggi, terbang setinggi-tingginya menuju kecemerlangan dan kejayaan di dunia serta di akhirat. Aamiin,” katanya.
Luahan ini jelas memperlihatkan nilai yang sering ditekankan oleh beliau, iaitu kepentingan ilmu, disiplin diri serta keberanian untuk menetapkan matlamat hidup sejak usia muda.
Bangga Namun Tetap Sayu
Walaupun bangga dengan pencapaian anaknya, Sheikh Muszaphar mengakui perasaannya tetap dilanda rasa sebak apabila terpaksa melepaskan anak pergi jauh buat sementara waktu.
“PS: Rasa sebak pula melepaskannya,” tulis beliau ringkas.
Perasaan ini mencerminkan realiti yang dilalui ramai ibu bapa apabila anak-anak mula melangkah keluar dari zon selesa demi mengejar ilmu dan pengalaman baharu.
Inspirasi Buat Remaja Malaysia
Kisah Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford ini menjadi inspirasi buat remaja Malaysia bahawa impian besar boleh bermula daripada langkah kecil. Penyertaan dalam program kepimpinan antarabangsa bukan sekadar pengalaman akademik, malah membentuk kematangan, keyakinan diri dan perspektif global.
Sokongan keluarga, disiplin diri serta keberanian mencuba perkara baharu merupakan kunci utama untuk melangkah lebih jauh. Kisah ini membuktikan bahawa setiap remaja berpotensi mencipta laluan kejayaan sendiri jika berani bermimpi dan berusaha merealisasikannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

