Rasai Pengalaman Percutian Cruise, Genting Dream Bakal Belayar Dari Singapura Ke 3 Destinasi Di Malaysia

Share

Dah bosan dengan percutian menaiki pesawat, apa kata korang cuba rasai pengalaman baru dengan bercuti menaiki kapal persiaran mewah.

Jenama kapal persiaran mewah, Resorts World Cruises baru-baru ini telah mengumumkan kapal utamanya, Genting Dream bakal belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa mulai 1 Julai ini. Ia termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.

Foto: Kaiting Hearts

Jelas presiden Resorts World Cruises itu lagi, pihak mereka akan terus menambah lebih banyak destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dan North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 bagi menyediakan lebih banyak pilihan destinasi kepada para pelanggan.

Dikhabarkan, persiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)- Pulau Pinang akan berlayar bermula 3 Julai, manakala pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan berlayar pada hari Rabu. Destinasi pertama pelayaran adalah pada 1 Julai dengan pesiaran dua malam di Kepulauan Bintan dan Batam.

Foto: Travel Daily

Sebelum ini mungkin ramai yang mengembara dengan pengangkutan darat atau udara sampaikan pengangkutan air pun kadang-kadang selalu terlepas pandang. Ia memang pengalaman yang cukup berbeza jika korang menaiki pengangkutan air ke destinasi idaman. Korang juga berpeluang menikmati pemandangan laut yang indah dan banyak aktiviti yang dilakukan di atas kapal sepanjang pelayaran.

Nah, apa tunggu lagi. Selepas ini bolehlah rancang percutian menaiki kapal pesiaran mewah pula ya!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN