Penemuan satu mayat pelajar Kolej Vokasional Port Dickson, Nur Alya Damia Hairi dipercayai dijerut semalam sekitar jam 10.30 malam membuatkan rakan sebilik mangsa begitu terkejut. Pelajar berusia 19 tahun dan penuntut akhir Diploma Rangkaian Komputer ini dikatakan mahu bertemu bekas teman lelakinya namun rakan sebiliknya berasa tidak sedap hati lalu menelefon lelaki berkenaan yang kemudian mendakwa Alya tiada bersamanya.
“Saya mengajak seorang lagi kawan menaiki motosikal mencarinya tapi kami nampak polis sudah ada di tempat kejadian,”kata Ain Zulaika Zamuri, rakan sebilik pelajar mangsa dijerut.
“Kami menjerit, Allahuakbar…. ‘
“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Ads
Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur AlyaDamia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.
Allahyarham Alya dipercayai mati dijerut malam tadi dan mayatnya ditemui orang awam
Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
“Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan. Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia). Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.
Ads
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis. Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Ads
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam. Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Siapa yang tidak bengang apabila kereta yang dipandu diparkir di tempat yang betul, tetapi tiba-tiba terdapat kesan geseran pada kenderaan milik kita. Pasti ramai yang pernah merasai situasi seperti ini kan?
Hal ini juga berlaku kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim apabila beliau berkongsi foto dan video kereta miliknya telah digeser ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.
Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman instagram dengan kapsyen yang ditulis ‘Perangai’, bukti telah direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta BMW dengan nombor pendaftaran Singapura adalah pesalahnya.
Kejadian berlaku pada 2.17 petang semalam ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong bertentangan dengan kereta milik Tunku Idris.
Pesalah tidak langsung melihat kereta yang dilanggarnya itu sama ada berlaku kerosakan atau tidak, malah dia hanya berlalu pergi begitu sahaja. Difahamkan, kereta yang dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, iaitu kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik tanpa mempunyai enjin.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan.
Diharap agar si pelaku menerima hukuman di atas kesalahan yang dibuat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana sememangnya ia kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Lebih menyakitkan apabila si pelaku tidak bertanggungjawab dan melarikan diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan sahaja ikon fesyen bagi gaya rambut untuk semua lelaki didunia ini. Malah, bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, David Beckham bakal jadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.
Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih releven dalam sukan dan padang bola sepak.
Memetik laporan The Sun, dalam perjanjian bernilai GBP150 juta (AS$206.4 juta) setahun, Beckham bersetuju menjadi duta negara Asia Barat bagi tempoh sepuluh tahun berikutnya berdasarkan perjanjian itu.
Foto Kredit : The SunFoto Kredit : The Sun
Piala Dunia 2022 di Qatar diselubungi kontroversi sejak awal kerana kebimbangan mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di tapak-tapak pembinaan negara itu, serta sikap Qatar terhadap wanita dan komuniti LGBT. Bagaimanapun, bintang bola sepak itu diyakinkan bahawa peminat di Qatar akan selamat dan dibenarkan mempamerkan bendera pelangi di stadium, menurut The Sun.
David Beckham yang popular di arena bola sepak dengan sepakan percumanya yang unik sehingga digelar ‘Bend It Like Beckham’ dan kerap menembusi gawang gol yang menjadi sumber inspirasi bagi setiap lelaki.
Selain itu, Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England, dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol. Beckham juga merupakan pemain Inggeris pertama memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–2013. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.
Wah, memang sesuai la David Beckham jadi duta Piala Dunia FIFA 2021 di Qatar nanti.
“Ikutkan majlis pernikahan mereka berlandsung Jumaat ini selepas Asar. Semua persiapan sudah kami sediakan termasuklah hantaran untuk pihak lelaki tetapi Allah lebih menyayanginya.”
Demikian kata Mohd Radzi bin Bedah, 51 iaitu bapa kepada Nurul Najihah – tunang arwah Muhammad Adib.
Selepas berlakunya tragedi ini, pihak mereka sudah membatalkan semua tempahan makanan termasuk tetamu yang dijemput. Sebaliknya, ia akan diganti dengan kenduri arwah untuk tunang anaknya itu,” katanya ketika dihubungi majalah REMAJA.
Suasana sekitar padang sekolah SMK Tebangau, Kuala Kedah sementara menantikan ketibaan jenazah Muhammad AdibJenazah Adib dijangka dikebumikan selepas Zohor ini. Terkini jenazahnya sudah selamat sampai di kampung halamannya.Orang ramai memberikan penghormatan buat wira negara ini.Suasana terkini di perkarangan rumah kekuarga arwah Adib di Kuala Kedah.
Selain menjelaskan yang mereka sekeluarga sedih dengan tragedi yang menimpa bakal menantunya itu, Mohd Radzi turut berkata, semua perancangan majlis kahwin sudahpub siap termasuk khemah, menjemput tetamu seramai 500 orang dan persediaan persandingan pada hari Sabtu ini di Taman Damai, Mentaloon.
Majlis sebelah lelaki pula dijadualkan pada keesokan harinya, iaitu pada 23 Disember 2018.
Tular di media sosial majlis kedua mempelai ini namun Allah lebih menyayanginya
“Kami redha atas ujian ini. Arwah seorang yang sangat baik. Mereka sudah berkenalan sejak 4 tahun lalu dan anak saya selalu bercerita mengenainya,” katanya yang kini berada di Kampung Tebengau, Kuala Kedah bagi menantikan jenazah Muhammad Adib.
Pasangan ini sudah menjalin hubungan sejak empat tahun lalu dan sepatutnya bernikah pada Jumaat 21 hb iniKes pukul Muhammad Adib kini di klasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukakn hukuman mati bagi pelakunya
Dalam pada itu, selepas mendapat tahu berita yang menimpa Muhammad Adib dalam kejadian 26 November lalu, anaknya Nurul Najjhah yang bekerja di Shah Alam selalu memberi laporan terkini mengenai keadaan tunangnya.
“Dia maklumkan semuanya termasuk ketika Adib sudah mula sedar dan sebagainya. Cuma dalam keadaan kritikal itu anak tak lagi berbicara. Mungkin dia terlalu sedih melihat keadaan tunangnya,” katanya tidak menafikan bahawa kecaman dari netizen di saat anaknya selalu berdoa agar Adib diberi kesembuhan membuatkan anaknya itu menyekat komen-komen negetif selepas tidak tahan dengan kecaman.
Mohd Radzi juga berkata, bakal menantunya itu sempat membeli sebuah kereta MyVi baharu sebagai persiapan perkahwinan namun dia sekeluarga redha menerima berita yang amat mengejutkan ini.
Malam tadi sekitar jam 9.41 malam, ekoran kesihatan yang semakin merosot, Muhammad Adib disahkan meninggal dunia Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Tregedi menimpanya benar-benar memberikan kesan malah kes melibatkan empat lelaki berbangsa India yang menghadapi pertuduhan mencederakannya sudah ditukar kepada pertuduhan bunuh di bawah Seksyen Kanun Keseksaan 302 yang memperuntukan mereka hukuman mati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!