Semestinya kejayaan diraih oleh Muhammad Harraz yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur yang memenangi Anugerah Emas dan Anugerah Khas di Asia Pacific Conference of Young Scientist 2019 yang diadakan di Rusia pada Oktober tahun lalu bukan saja mencatat kenangan manis buatnya tetapi berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Malah bagi menghargai kemenangan diraihnya, semalam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin telah hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Asia-Pacific Conference of Young Scientist 2019 untuk meraikan kejayaan diraihnya.
Dalam satu temuramah, pelajar tingkatan empat ini mengakui dirinya akan pulang tanpa apa-apa anugerah. Mana tidaknya, saya gugup hinggakan tergelak ketika melakukan pembentangan kerana inilah kali pertama saya lakukannya secara individu di luar sekolah, apa lagi di luar negara," kata Muhammad Harraz Nazhan Mohd Yusni, 16.
Membentangkan projek bertajuk Converting Unused Wood Into Functioning Timber, Muhammad Harraz mengalahkan pelajar lain berusia bawah 18 tahun dari 20 negara bagi kategori kitar semula. Menceritakan kejayaan itu, Muhammad Harraz mengakui tidak dapat mengawal gemuruhnya ketika pembentangan selama 10 minit di hadapan beberapa juri profesional berbangsa asing di sana.
Ads
Malah, melihat empat lagi rakan senegara dari sekolah lain kelihatan begitu meyakinkan sewaktu pembentangan sama, dia seakan tidak percaya apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah utama bagi kategori yang disertai.
"Saya membentangkan projek bertajuk Converting Unused Wood Into Functioning Timber yang dibangunkan bersama guru Biologi saya sebelum ini dan diperkemaskan lagi sebelum bertolak (ke Rusia). "Menerusi projek ini, saya menerangkan bagaimana kayu pokok buah seperti mangga misalnya, apabila tiba satu masa, pokok itu tidak lagi menghasilkan buah, jadi kayu pokok itu boleh dijadikan pengganti kepada kayu balak untuk pelbagai tujuan termasuklah perabot.
"Tidak sangka pula ia menambat hati juri sedangkan saya yakin juri juga boleh nampak gemuruh saya. Alhamdulillah, anugerah ini semestinya untuk guru Biologi saya serta guru lain selain ibu bapa dan rakan yang sentiasa mendoakan," katanya.
Ads
Kejayaan Muhammad Harraz diraikan dalam satu majlis khas oleh Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel di Kuala Lumpur, hari ini, dihadiri Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.
YPC pada majlis itu memberikan Muhammad Harraz sijil, hadiah berupa jam tangan dan wang tunai RM500 sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang dibawa pulang.
Ads
Sementara itu, Zuraida berkata, kejayaan Muhammad Harraz harus diberi pengiktirafan seraya dijadikan contoh kepada anak muda lain untuk mencari peluang menempa kejayaan dalam apa saja bidang termasuklah bidang kitar semula.
"Saya cukup kagum dengan projek yang dibentangkan Muhammad Harraz dimana ia mungkin bermanfaat untuk industri berkaitan misalnya pengurusan sisa pepejal dan program kitar semula dibawah kementerian saya.
"Mungkin juga projek Muhammad Harraz boleh dipertimbangkan untuk diperkembangkan ke sekolah lain dan komuniti yang ke arah usaha memupuk masyarakat untuk melihat kitar semula sebagai sumber pendapatan, buang kertas, plastik dan sebagai boleh memberi pulangan kepada mereka," katanya. Sumber :-Harian Metro
Tahniah sekali lagi buat remaja Malaysia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bekas pengacara rancangan wanita, Nona – Azrinaz Mazhar Hakim dijemput sebagai salah seorang juri ujibakat Pencarian Ujibakat Hos Mingguan Wanita.
Menariknya, Azrinaz telah berkongsi pendapatnya melalui akaun Instagram tentang persediaan peserta yang – hhm – perlu diperbaiki.
Jom lihat 5 tip ini daripada beliau.
01
Pakailah heels untuk memastikan postur badan korang tegak dan kemas. Heels di sini bukan bermaksud platform shoes atau semi heels. Dan jangan sesekali memakai sneakers ya, ini bukannya shopping mall!
02
Selain persiapan, pemakaian menarik pun perlu untuk datang ke ujibakat. Janganlah pakai baju macam nak pergi kenduri tahlil.
Opps!
03
Cuba pikat hati juri, samalah seperti korang nak keluar untuk first date. Mestilah nak pasangan amazed dengan keterampilan menarik. Sama jugalah dengan ujibakat, steal their hearts with your look.
04
Tapi tak perlulah cuba untuk mengubah diri 100%. Tak perlu rambut ditukar warna hijau, pakai lensa mata biru, mekap sekati tebal.
#savage
05
Jadi diri sendiri, kekalkan kecantikan diri natural walaupun masih datang bermekap. Jangan overdo sehinggakan juri takut melihat korang. Macam-macam rupa yang datang. Ingat ini adalah ujibakat untuk mencari hos televisyen, bukannya slot radio.
***
Kepada korang yang teringin sangat untuk mencuba nasib sebagai hos baru program temubual Mingguan Wanita Talkshow, jangan lupa untuk hadiri ujibakat kedua dan terakhir pada Sabtu ini di Bangunan Sinar, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno bersyukur apabila impiannya untuk melakukan persembahan gimnastik di atas pentas tercapai.
Berkata kepada Remaja, penyanyi lagu popular Sutera itu turut mendedahkan dirinya akan menceburi bidang sukan tersebut seandainya namanya tiada tempat di industri muzik tanah air.
“Sebenarnya ketika saya kanak-kanak, saya mengambil kelas ballet kerana saya sangat sukakan tarian itu. Jadi, untuk persembahan pada malam ini saya cari yang sangat dekat dengan ballet iaitu gimnastik.
“Saya juga sebenarnya ada tanam impian jika tidak dapat menjadi seorang penyanyi mahupun seorang penghibur, saya ingin ceburi dalam bidang gimnastik,” katanya ketika ditemu bual.
Pada masa sama, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38) itu menzahirkan rasa gembira apabila cita-citanya untuk melakukan persembahan yang disuntik sedikit sukan gimnastik termakbul.
“Tapi sekarang dah ‘terlajak’ tua kerana dah dah masuk usia lebih 20-an. Ia kerana, untuk mula ceburi dunia gimnastik ketika usia sebegini dah terlambat.
“Maka saya kabulkan keinginan saya untuk lakukan persembahan gimnastik dalam program ini. Terkabul dah impian saya Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Aisha memperoleh markah keseluruhan 88.34% untuk minggu kedua program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada sesetengah individu yang selalu lambat ambil sarapan kerana tak biasa mengisi perut di pagi hari. Padahal, sarapan adalah perkara utama untuk memulakan hari dengan baik.
Ini 5 fakta yang perlu anda tahu jika sering melewat-lewatkan pengambilan sarapan pagi.
1. Bantu turunkan berat badan
Sebenarnya orang yang melewatkan pengambilan sarapan pagi memiliki 50% kemungkinan untuk mengalami overweight. Keadaan ini disebabkan mereka akan makan lebih banyak ketika makan tengah hari.
2. Aktifkan metabolisme
Ketika bangun tidur, kadar gula dalam darah akan menurun. Jika anda mengambil sarapan, tubuh akan mendapatkan nutrisi dan karbohidrat untuk meningkatkan kembali kadar gula dalam tubuh.
3. Tingkatkan kecerdasan otak
Sarapan akan meningkatkan tahap konsentrasi, memori dan kemampuan mental yang lain.
4. Turunkan risiko makan berlebihan
Sekiranya bersarapan, anda tidak akan cepat lapar dan makan secara berlebihan ketika waktu lunch.
5. Tingkatkan kesihatan jantung
Mengambil sarapan dengan menu yang sihat akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Jadi, ia merupakan alasan kukuh mengapa pengambilan sarapan mampu membuatkan anda terhindar daripada risiko penyakit jantung.
Jangan ambil ringan soal sarapan pagi sebab banyak manfaat yang mungkin anda tak tahu sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!