Hari ini mencipta sejarah apabila 12 peserta Hero Remaja 2020 diperkenalkan kepada umum.

Jika ramai yang menyangka mempunyai wajah kacak dan mempunyai jumlah pengikut Instagram ramai antara sebab mereka terpilih, ternyata persepsi ini salah sama sekali. Tidak dinafikan semasa sesi uji bakat yang diadakan pada hujung Disember, begitu ramai instafamous hadir tetapi bukan semuanya terpilih.

Namun ada beberapa finalis yang mungkin namanya sudah dikenali di media sosial seperti Jabir Meftah, Imran Aqil dan Azim Yusof. Walau bagaimanapun, pemilihan mereka bukan berdasarkan jumlah followers semata-mata, tetapi pihak pengurusan percaya dengan kelebihan dan bakat yang ada pada mereka.

Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

Menurut Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezreen Ahmad, memang ramai mempunyai wajah kacak hadir namun ia bukan kriteria utama pemilihan dibuat.

“Kami begitu teliti memilih 12 peserta yang akan menggalas cabaran dalam pencarian Hero Remaja 2020. Wajah kacak satu bonus tapi di pihak pengurusan, kami begitu mementingkan ilmu pengetahuan (IQ) dan personaliti setiap peserta.

“Seperti Dewi Remaja 2019 yang dimulakan di mana kami meletakkan IQ sebagai kriteria utama bagi mengelak semua kontroversi yang pernah terjadi sebelum ini, begitu jugalah bagi kriteria Hero Remaja 2020 kali ini.

IKLAN

“Selain IQ, kami mementingkan personaliti yang boleh membawa nama Hero Remaja dalam apa juga bidang mereka ceburi selepas ini,” katanya ketika sidang media yang diadakan di Hard Rock Café, Bukit Bintang.

Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

Hero Remaja 2020 kali ini menyaksikan Nadhir Nasar, Aniq Suhair, Umar, Haziq Nazimuddin, Azri Khair, Hariz Hamdan, Meergeen, Jazmy Juma, Azim Yusof, Imran Aqil, Tom dan Jabir Meftah “bertarung” merebut gelaran Hero Remaja 2020.

Ingin bebas dari sebarang kontroversi

IKLAN

Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad memaklumkan, sebagai pihak penganjur, mereka sama sekali ingin mengelak sebarang kontroversi dalam pertandingan kali ini.

“Ramai yang kata bila instafamous masuk akan lebih menaikkan rating tetapi pemilihan kami agak ketat. Kesemua perserta akan di kuarantin dan pihak kami amat berterima kasih kepada Hotel Summit Subang Jaya sepanjang dua bulan pertandingan selain mengucapkan terima kasih kepada penaja utama iaitu Nivea Men yang bersama-sama menjayakan pencarian Hero Remaja 2020.

Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

Platfrom untuk remaja bebas berkarya

IKLAN

Menurut Pengurus saluran Astro, Emmarina Kamal, kerjasama yang dijalin antara Astro dan pihak Nu Ideaktiv dalam Pencarian Hero Remaja 2020 adalah satu platform terbaik menampilkan remaja berbakat dan bebas berkarya.

“Hero Remaja sudah dimulakan sejak 30 tahun lalu dan banyak bakat-bakat besar ditampilkan. Ini termasuklah Fattah Amin, Shafiq Kyle, Esma Danial, Kamal Adli dan ramai lagi pelapis-pelapis baru atau generasi pelapis akan mewarnai industri dalam bidang seni dan juga.

“Kami memerlukan generasi pelapis bakat baru dan pencarian Hero Remaja 2020 ini adalah peluang besar. Tidak kami nafikan bidang teknologi hari ini begitu meluas namun nama Hero Remaja adalah satu nama besar yang menampilkan begitu banyak bakat besar dalam industri,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

Pencarian Hero Remaja 2020 menampilkan Scha Al Yahya dan Dato Hans Isacc selaku juri tetap dan Ain Edruce selaku pengacara.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI