Pengaruh yang dimiliki oleh Khairul AminKamarulzaman atau lebih dikenali oleh 3.7 juta pengikut di akaun Instagram sebagai Khairul Aming telahpun terbukti setelah beliau diangkat sebagai penerima anugerah Creator Of The Year di acara TikTok Awards Malaysia 2023.
Khairul Aming, 33 yang terkenal dengan video-video berkonsepkan resepi ciptaannya sendiri yang kelihatan mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau latar belakang diakui ramai merupakan pencipta kandungan atau content creator paling layak untuk membawa pulang gelaran Creator Of The Year tersebut.
Ini memandangkan beliau sentiasa cuba memperbaiki kualiti penghasilan kandungan video resepinya di media sosial malah berani juga berkecimpung dalam aliran perniagaan menerusi produk laku keras, ‘Sambal Nyet’.
Menariknya, bukan hanya kemenangan Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan semalam yang hangat disebut-sebut di media sosial. Turut mencuri tumpuan adalah kandungan ucapan Khairul Aming yang tanpa berselindung menitipkan prinsipnya bahawa keinginan anak-anak muda bagi menjadi seorang pencipta kandungan haruslah selari dengan keinginannya untuk menimba ilmu pengetahuan.
Ads
Memetik ucapan jejaka berusia 33 tahun itu, beliau risau dengan trend pengikut mudanya yang ingin mudah mewah, tular dan menjadi sebutan masyarakat melalui cara menjadi pencipta kandungan. Sedangkan, keinginan untuk mencedok ilmu pengetahuan dengan menyambung ke pengajian tertinggi seperti Sarjana Muda dilupakan begitu sahaja.
“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memberi satu ucapan kepada anak-anak muda yang nak jadi content creator (pencipta kandungan).
“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran. Walaupun awak nak jadi content creator awak kena ingat, jadi content creator ini bukan sekadar untuk viral.
Ads
“Untuk (kekal) relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan. Critical thinking, problem solving.
“Ada adab, ada common sense. Okay? Jadi, habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus (dan) yang boleh majukan negara kita Malaysia,” ujarnya sambil menyelitkan ucapan Hari Kemerdekaan ke-66 yang bakal menjelang minggu ini kepada semua penonton.
Menjenguk ke ruang komen, rata-rata netizen merasa bangga dan bersetuju dengan apa yang dipesan oleh anak jati Kelantan itu.
Ads
“Nasihat yang amat berguna kepada anak muda masa kini.”
“Betul tu. Cari ilmu, belajar itu penting. Ramai sekarang nak popular je belajar tak nak.”
Betul sangat apa yang diungkapkan oleh Khairul Aming itu. Tahniah kepada beliau di atas pengiktirafan yang diterima pada edisi sulung TikTok Awards Malaysia dan diharap agar ramai membuka minda serta hati mereka terhadap mesej apa yang disampaikan oleh beliau.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean (22) membuktikan kelas tersendiri apabila berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 yang berlangsung di Berlin, Jerman.
Dalam aksi akhir yang berlangsung di Schwimm-und Sprunghalle im Europasportpark, Hoe Yean berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 3 minit 47.38 saat, memadamkan rekod lama iaitu 3:48.36 saat. Lebih menarik lagi, pencapaian luar biasa ini turut menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen Malaysia pada edisi kali ini.
Pada masa yang sama, aksi mendebarkan itu turut menyaksikan Hoe Yean memberikan lonjakan dramatik pada 50 meter terakhir bagi memintas pencabarnya dari Amerika Syarikat, Ryan James Erisman Jr. yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa (3:47.52s), manakala emas dimenangi oleh perenang Atlet Neutral Individu, Nikolai Kolesnikov dengan masa 3:46.66 saat.
Kredit foto: Instagram @stevekhiew
Dalam pada itu, kejayaan tersebut juga mengakhiri penantian panjang 34 tahun buat Malaysia meraih pingat dalam acara renang di WUG. Kali terakhir negara mencatat pencapaian sedemikian adalah pada tahun 1991 menerusi Jeffrey Ong yang meraih pingat perak dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki.
“Ia sungguh hebat. Selepas terlepas peluang ke final tiga tahun lepas, kini berdiri di atas podium satu pencapaian besar dan pengubat kekecewaan buat saya,” katanya.
“Saya sangat gembira, ini catatan (peribadi terbaik) dan juga rekod kebangsaan. Saya teruja untuk menghadapi aksi esok dan hari-hari seterusnya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, kemenangan ini bukan sahaja menambah warna kepada prestasi renang negara di peringkat antarabangsa, malah memperlihatkan perkembangan positif dan potensi besar atlet muda yang pernah memenangi dua pingat emas Sukan SEA pada sebelum ini.
Sekadar info, Hoe Yean dijadualkan akan kembali ke kolam renang esok bagi acara 200m gaya bebas lelaki dan akan meneruskan saingan dalam 200m kuak lentang pada Selasa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti popular dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed sekali lagi membuat kejutan apabila beliau baru-baru ini hadir ke perlawanan Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.
Sebelum ini, IShowSpeed atau nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. (19) sudah pun berkunjung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 September lalu dan menyambung jelajahnya ke Indonesia.
Namun, secara tiba-tiba penstrim popular itu dilihat kembali semula ke Malaysia dan menghadiri perlawanan bola sepak tersebut.
Lebih menarik perhatian, IShowSpeed turut berkesempatan bertemu dan meluangkan masa dengan Tunku Mahkota Ismail (TMJ) ketika perlawanan tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram rasmi TMJ, baginda turut memuat naik beberapa gambar memaparkan pertemuan singkat bersama Youtuber terkenal itu yang turut hadir memakai jersi Johor Darul Ta’zim (JDT).
Walaupun personaliti terkenal, IShowSpeed terkenal dengan perwatakannya yang ‘gila-gila’ namun ketika bertemu dengan TMJ, dia dilihat begitu sopan serta sangat ramah. Malah, rata-rata warga di internet juga terkejut dengan sisi lain personaliti internet tersebut yang dilihat sangat tenang.
Kredit: Instagram @hrhcrownprinceofjohor
Sekadar info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di Youtube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.
Dia mula meraih populariti kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak dan sering meniru aksi “sui” bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?
Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya Serbuk lada hitam Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.