Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan buat penyanyi dikir barat, Eda Ezrin.

Bukan sekadar berpuasa dalam tahanan, malah dia terpaksa menyambut Syawal di sebalik tirai besi tanpa insan tersayang di sisi. Namun, setahun berlalu, takdir menghadirkan sinar baharu dalam hidupnya.

Kini, Eda atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, memilih untuk bangkit dan mengisi Ramadan dengan cara yang lebih bermakna iaitu dengan berniaga colek bersama suami tercinta.

Ramadan Kali Ini Lebih Tenang, Eda Ezrin Tak Lagi Kejar Glamour, Bahagia Dengan Kehidupan Sederhana Bersama Suami

Ujian 9 Bulan Yang Mematangkan

Ramadan kali ini cukup berbeza buat Eda selepas melalui detik hitam apabila ditahan hampir sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Lebih menggembirakan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bae Soba Bae itu kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pada Mei ini.

“Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan suami, Mohd Affendi Ahmad, 36, selepas diuji selama sembilan bulan berada dalam penjara di Wilayah Narathiwat.

“Kali ini saya menyambut Ramadan dengan anak dan keluarga. Sepanjang Ramadan, saya dan suami berniaga colek iaitu menu terkenal di negeri ini.

Ads

“Sambutan luar biasa di kedai kami di Bulatan Jam Besar, di sini, sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan.

“Bidang jualan makanan tidak asing buat saya kerana sebelum ini pernah membuka kedai makan dan berniaga colek,” katanya.

Ramadan Kali Ini Lebih Tenang, Eda Ezrin Tak Lagi Kejar Glamour, Bahagia Dengan Kehidupan Sederhana Bersama Suami

Dari Tirai Besi Ke Bulatan Jam Besar

Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat pada 6 Ogos tahun lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.

Ads

Pada 14 Januari tahun lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

“Saya Boleh Menangis Bila Terkenang…”

Mengimbau kembali Ramadan lalu, Eda mengakui ia adalah fasa paling mencabar dalam hidupnya.

“Setiap kali terkenang, saya boleh menangis memikirkan peritnya menanggung rindu terhadap anak dan suami.

“Namun, saya mengambil ujian itu dari sudut positif yang boleh mematangkan saya. Sepanjang Ramadan di penjara wanita, saya menjadi bilal untuk solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri,” katanya.

Pengalaman itu bukan sahaja menguji ketahanan emosi, malah membentuk dirinya menjadi lebih tabah dan matang dalam menilai kehidupan.

Ads

Ramadan Kali Ini Lebih Tenang, Eda Ezrin Tak Lagi Kejar Glamour, Bahagia Dengan Kehidupan Sederhana Bersama Suami

Nama Tercalar, Sokongan Tetap Ada

Walaupun terpalit kontroversi, Eda bersyukur kerana masih menerima sokongan peminat yang tidak pernah berhenti memberi semangat.

“Kehidupan semakin baik, saya akan mengeluarkan lagu raya tidak lama lagi, namun sepanjang Ramadan, saya tidak mengambil tawaran membuat persembahan.

“Saya berharap peminat terus memberi semangat untuk terus bangkit dalam bidang seni dikir barat,” katanya.

Daripada tirai besi ke dapur colek yang tidak putus pelanggan, kisah Eda Ezrin membuktikan bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BH Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads