
Biarpun Malaysia kini masih ‘berperang’ menentang wabak COVID-19 dan varian wabak lain dengan sedaya upaya cuba mengelakkannya daripada terus melarat ke kawasan-kawasan lain, nampaknya sesetengah daripada masyarakat masih degil untuk merentas daerah mahupun negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Selasa hadapan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, pada Jumaat lalu saja, sejumlah 4,839 kenderaan telah diarahkan berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi ataupun alasan munasabah untuk merentas negeri.
Sebilangan besar daripadanya dipercayai cuba untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha. Ternyata, jumlah ini amatlah mengecewakan.

Lebih-lebih lagi apabila ia dilaporkan merupakan angka tertinggi bagi kes kenderaan diarah patah balik sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan di seluruh negara.
Sementara itu, semalam (Sabtu, 17 Julai 2021) mencatatkan rekod pemeriksaan kenderaan sehingga 381,952 di lokasi SJR seluruh negara.
Justeru, kerajaan mengharapkan kerjasama rakyat supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan terus duduk di rumah agar mereka tidak dijangkiti ataupun menjangkiti orang lain.
Walaupun beberapa buah negeri dan lokaliti kini tidak lagi berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), itu tidak bermakna kita sudah 100 peratus bebas berbuat apa sahaja.
AYUH ambil pengajaran daripada peningkatan kluster baharu akibat perbuatan pulang ke kampung halaman semasa Aidilfitri lalu. Usah pentingkan diri sendiri.
Jika selama ini korang mengadu domba mengenai tempoh panjang Malaysia melaksanakan sekatan pergerakan – well – lets do something about it and not break the rules.
*
Terdahulu, pihak polis daerah Gombak menafikan keadaan sesak di Plaza Tol Gombak dan mendakwa gambar serta video lama sengaja ditularkan semula bagi menimbulkan kegusaran rakyat.
Sementara itu, jumlah kenderaan banyak yang dikatakan cuba memasuki negeri Kelantan menerusi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan semakin berkurangan.
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







Bangunan ni nama rasminya ialah, Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).
Sebelum tu, walaupun bangunan ni sama warna biru dengan Menara Tun Razak Exchange (TRX), bangunan ni takde kaitan langsung dengan TRX. Korang jangan keliru pula. Menara TRX (kiri) dah siap dibina tahun 2019. Sedangkan Merdeka 118 (kanan) baru nak siap tahun depan, 2021.
Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan “silhouette” imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957.

Bangunan ni dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yang membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ni yang berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu.
Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa.

Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A, hotel Park Hyatt & anjung tinjau.





Nun jauh ke hujung taman tu pula, disediakan platform untuk orang ramai ambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini.

Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.
Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Diorang ni terkenal dengan Eureka Tower yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.


