Kelibat bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Binti Azman atau lebih terkenal dengan nama pentas Zalina Azman, 58 masih tidak ditemui sejak November tahun lepas apabila ahli keluarganya membuat laporan kehilangannya pada waktu itu.
Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin lalu. Ia juga dikongsikan menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi IPD Shah Alam.
Zalina Azman
Menurut laporan IPD itu, Zalina disifatkan sebagai seorang wanita berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam Selangor.
Sewaktu laporan kehilangan dibuat, anak lelaki Zalina bernama Mikhael Normal, 33 dan bapa saudaranya telah ke kediaman Zalina di Shah Alam dan mendapati kereta diletakkan di tepi rumah.
Anaknya mendapati keadaan rumah Zalina tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM600.
Begitupun setelah usaha mencarinya dibuat, Zalina yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata masih gagal ditemukan.
Justeru, ramai warganet dan rakan-rakan personaliti yang pernah bekerja dengan Zalina Azman tampil menyuarakan rasa terkejut dan sedih apabila mendapat tahu beliau masih hilang sejak sembilan bulan lalu.
Ads
Datuk Aznil Haji Nawawi (tengah) bersama Zalina (kanan) dan Suhaimi Sulaiman.
Personaliti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi menerusi hantaran di Instagram menulis, “Siapa ada maklumat di mana kawan Paknik Zalina Azman berada tolong hubungi pegawai penyiasat Sarjan Sabturia 03 55194622.”
Aznil juga berkongsi dengan BHarian sewaktu dihubungi bahawa Zalina merupakan seorang yang sangat perahsia sejak dahulu lagi. Dia juga tiada dalam kumpulan sembang WhatsApp dalam kalangan bekas personaliti TV3.
“Kalau sesama kami (bekas kakitangan TV3) anjurkan majlis reunion, Zal memang memilih untuk tidak hadir,” katanya.
Daphne Iking
Sementara itu, bekas pengacara The Breakfast Show, Daphne Ikingberkata, “Saya berharap dia ok. Kak Zal di manakah anda?”
Ads
Zakiah Anas
Bekas pengacara program 999, Zakiah Anas pula mendoakan buat beliau, “Allahuma Yassir Walatuassir. Moga Allah mudahkan segalanya, jangan dipersulitkan. Moga Allah segera pertumakan kita semua dengan sahabat kita ini.”
Datuk Ras Adiba Radzi
Aktivis kemasyarakatan merangkap Senator Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzimenerusi hantaran di Instagram juga merayu agar orang ramai dapat membantu menjejaki semula Zalina.
“Pohon bantu kami mencari sahabat kami, Zalina Azman. Sila ke balai terdekat sekiranya betemu beliau. Sungguh kami hargai jasa kalian semua.”
Seorang lagi personaliti TV3, Sharifah Shawati juga mencatat komen berbunyi, “Prayers for her that she is safe somewhere. And we hear a good news.
“Kali terakhir kami berhubungan ada sebelum Mikhael menamatkan zaman bujang selepas sambutan hari lahirnya. Dan belum pernah mendengar apa-apa khabar daripadanya sejak itu. Beliau telah berdiam diri untuk beberapa tahun hingga kini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan remaja membuli golongan tua di Kelantan di mana dua darinya didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan melastik seorang wrga emas sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu.
Kedua-dua tertuduh, Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.
Mohd Dinie Shazwan memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke rumah keluarga Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan cara melastik di tangan kirinya pada kejadian di Kampung Banggol Pauh, jam 8.10 malam, Khamis lalu. (sumber Harian Metro).
Hari ini di page Amirul Roy Official terpampang kejadian seorang remaja dibuli oleh dua rakan.
Kejadian ini didakwa berlaku di PPR Block B, Kampung Muhibah Puchong berhampiran taman.
Ramai netizen panas hati kerana jelas kelihatan dua remaja tersebut memukul remaja berkenaan di bahagian kepala, seolah-olah ada niat untuk mendatangkan kecederaan parah.
Ada yang menyuruh pihak PDRM mengangkut dua remaja berkenaan dengan segera dan menjatuhkan hukuman. Malah ada yang meminta agar keluarga remaja dibuli itu tidak menarik pertuduhan berkenaan kerana tidak mahu budaya buli berterusan.
Tengok video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daniella Alvarez, wanita yang pernah menyertai pentas Miss Universe mewakili Colombia pada tahun 2012 itu berkongsi berita menyedihkan dilaman sosialnya apabila kaki kiri Daniella harus dibuang akibat masalah iskemia.
Ha apa tu Iskemia?
Iskemia merupakan penyakit kekurangan aliran darah ke jaringan atau organ tubuh badan kerana permasalahan pada pembuluh darah.
Nasib malang gadis cantik ini bermula dari masalah perut yang dialaminya. Daniella juga melakukan pembedahan akibat benjolan di perut akibat pertumbuhan jaringan abnormal.
Daniella mengalami sakit pada Mei dan melakukan beberapa kali pembedahan di perut untuk menghilangkan sedikit benjolan sebesar duit syiling. Namun doktor mengesahkan benjolan sebesar duit syiling tersebut sudah menempel di injap jantung gadis ini. Hal tersebut juga menyebabkan pembuluh darahnya tidak lagi berfungsi dengan baik.
A post shared by Daniella Alvarez (@danielaalvareztv) on Jun 14, 2020 at 1:28pm PDT
Namun malangnya, kakinya harus dipotong atas nasihat doktor yang merawat.
“Iskemia punca darah tidak sampai ke kaki kiri, sehingga menyebabkan pembedahan keempat dilakukan,” kata Daniella.
Walaupun kaki kirinya kini telah dipotong, Daniella tetap memiliki semangat yang kuat. Kini, Daniella memasang kaki palsu yang membolehkannya melakukan aktiviti harian dan hobinya menari.
A post shared by Daniella Alvarez (@danielaalvareztv) on Jun 12, 2020 at 7:12pm PDT
“Saya membuat keputusan untuk memasang kaki palsu yang boleh menari lagi seperti dahulu, berlari, berkasut dan berenang,” katanya lagi.
Daniella juga bersyukur kerana dia masih diberikan peluang untuk hidup. Meskipun tidak akan sama seperti dahulu, namun model dan pengacara cantik itu tidak mahu berdiam diri.
Untuk info, Ischemia merupakan gejala-gejala yang ditunjukkan bukan sahaja oleh kesakitan di dada, adalah gangguan peredaran koronari, yang menyebabkan bekalan darah yang tidak mencukupi kepada miokardium, metabolisme terjejas dan bekalan oksigen yang tidak mencukupi kepada otot jantung. Kumpulan risiko termasuk kebanyakan lelaki, wanita pada masa itu, serta selepas menopause, yang, dengan perubahan pada tahap hormon, membawa dengan kelemahan tubuh dan menimbulkan banyak penyakit.
Sumber : Instagram Daniella Alvarez
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SUBHANALLAH (maha suci Allah), ayat ini terus terkeluar dari mulut Aisyhah Hamidah, 15 tahun tatkala dia terlihat awan berbentuk pedang muncul petang semalam.
Menurut pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat ini, awan aneh ini muncul sekitar jam 6.23 petang di kediamannya, Kampung Bendang Kerian, Tumpat dan kemudian beransur hilang lima minit kemudian.
Jelas Aisyhah atau mesra disapa Asma’ pada awalnya dia menyangka awan itu membentuk tanda salib kerana ketika kejadian dia berada dalam rumah dan hanya terlihat sebahagian sahaja bentuknya. Sehinggalah dia keluar ke halaman untuk menyaksikan fenomena aneh ini dan ketika itu jelas kelihatan awan berbentuk pedang di hadapannya.
Asma’ dan kakaknya, Aisyhah MursyidaJelas kelihatan awan berbentuk pedang yang muncul di Kampung Bendang Kerian, Tumpat semalamSubhanallah, awan berbentuk pedang ini hanya muncul lima minit sebelum menghilang. Ketika itu awan sekitarnya juga berubah warna
“Subhanaallah, itu perkataan pertama keluar dari mulut saya. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang melihat kebesaranNya dengan menunjukkan kejadian aneh dan pelik ini untuk kita semua terus mengingati Allah,” katanya memaklumkan kejadian ini berlaku sekitar lima minit saja sebelum menghilang.
Kata Asma’ lagi, ketika kejadian awan juga kelihatan berbeza warnanya dan kemudian beransur hilang begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi REMAJA.
Dalam pada itu, kakaknya, Aisyhah Mursyida Ramli, 18 yang juga seorang peniaga online turut menyaksikan kebesaran Allah ini.
“Mulanya adik yang nampak sebelum memanggil kami semua yang ada dalam rumah. Ayah, Ummi dan budak-budak yang sedang bermain bola sepak di padang juga turut menyaksikan awan aneh ini,”katanya yang bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah taala untuk melihat kebesaranNya.
Kejadian ini disaksikan oleh sebahagian ahli keluarga ini. Aisyhah (bertudung biru) manakala Asma’ bertudung merah
Bukan awan edit, jangan kecam
Dalam pada itu, Umminya, Maizan Ismail, 52 yang berpeluang melihat kebesaran Allah ini berkata, kejadian awan aneh yang dilihatnya bukan saja menunjukkan kekuasaanNya tetapi juga petanda supaya manusia itu kembali mengingati Allah.
“Dunia ini sudah ke penghujung, sudah bermacam-macam kejadian aneh terjadi termasuk gempa. Awan aneh ini satu bukti menunjukkan Allah itu maha agung, maha berkuasa.
“Memang ada suara-suara yang mempertikaikan bila anak saya masukkan gambar ini ke dalam fb miliknya. Ada yang kata edit dan sebagainya. Ada yang kecam kata kami menipu. Bagi saya apa yang Allah ingin tunjukkan adalah bukti kebesaranNya kerana memang awan aneh itu wujud di langit dan kami sekeluarga diberi peluang melihat oleh Allah.
“Kami tiada kuasa untuk mengeditnya. Tak pandai pun hal ini. Awan ini hanyalah petunjuk dan mengajak kita kembali merenung kekuasaan Allah. Kalau Allah mengkehendakinya maka akan berlaku. Dunia juga sudah di penghujung, moga kita semua kembali kepadaNya,”katanya yang sangat merendah diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!