Daniella Alvarez, wanita yang pernah menyertai pentas Miss Universe mewakili Colombia pada tahun 2012 itu berkongsi berita menyedihkan dilaman sosialnya apabila kaki kiri Daniella harus dibuang akibat masalah iskemia.
Ha apa tu Iskemia?
Iskemia merupakan penyakit kekurangan aliran darah ke jaringan atau organ tubuh badan kerana permasalahan pada pembuluh darah.
Nasib malang gadis cantik ini bermula dari masalah perut yang dialaminya. Daniella juga melakukan pembedahan akibat benjolan di perut akibat pertumbuhan jaringan abnormal.
Ads
Daniella mengalami sakit pada Mei dan melakukan beberapa kali pembedahan di perut untuk menghilangkan sedikit benjolan sebesar duit syiling. Namun doktor mengesahkan benjolan sebesar duit syiling tersebut sudah menempel di injap jantung gadis ini. Hal tersebut juga menyebabkan pembuluh darahnya tidak lagi berfungsi dengan baik.
A post shared by Daniella Alvarez (@danielaalvareztv) on Jun 14, 2020 at 1:28pm PDT
Namun malangnya, kakinya harus dipotong atas nasihat doktor yang merawat.
Ads
“Iskemia punca darah tidak sampai ke kaki kiri, sehingga menyebabkan pembedahan keempat dilakukan,” kata Daniella.
Walaupun kaki kirinya kini telah dipotong, Daniella tetap memiliki semangat yang kuat. Kini, Daniella memasang kaki palsu yang membolehkannya melakukan aktiviti harian dan hobinya menari.
Daniella juga bersyukur kerana dia masih diberikan peluang untuk hidup. Meskipun tidak akan sama seperti dahulu, namun model dan pengacara cantik itu tidak mahu berdiam diri.
Untuk info, Ischemia merupakan gejala-gejala yang ditunjukkan bukan sahaja oleh kesakitan di dada, adalah gangguan peredaran koronari, yang menyebabkan bekalan darah yang tidak mencukupi kepada miokardium, metabolisme terjejas dan bekalan oksigen yang tidak mencukupi kepada otot jantung. Kumpulan risiko termasuk kebanyakan lelaki, wanita pada masa itu, serta selepas menopause, yang, dengan perubahan pada tahap hormon, membawa dengan kelemahan tubuh dan menimbulkan banyak penyakit.
Sumber : Instagram Daniella Alvarez
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kedua petang semalam susulan disimbah asid di sebuah pusat membeli belah pada Ahad lalu.
Faisal yang lebih senang disapa Mickey, sebelum ini mengalami kelecuran tahap empat, kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah Hospital Swasta Shah Alam.
“Faisal telah menjalani pembedahan selama tiga jam. Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini”, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat di bahagian muka, leher, lengan dan badan.
Sebelum ini, pemain bola sepak Selangor FC itu dilaporkan masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama. Susulan daripada itu, pemain itu juga dikatakan berisiko untuk bersara lebih awal daripada kancah bola sepak.
Kami mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan semakin pulih sihat seperti sedia kala. InshAllah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu Neelofa dikompaun telah hangat di laman media sosial dimana Neelofa telah memuatnaik gambar burger di akaun Instagram miliknya seolah-olah sebagai sebuah sindiran kepada abang burger yang baru-baru ini juga telah dikompaun sebanyak RM50 ribu, dengan caption “moreh burger malam ni meh..”, ianya menimbulkan tanda tanya warga netizen apabila Neelofa secara tiba-tiba ajak moreh makan burger. Ramai mengatakan yang Neelofa “gigih” mencari gambar burger tersebut di carian Google dan memuatnaiknya. Ada yang mengatakan Neelofa mungkin tidak sengaja, tetapi ada juga mengatakan yang ianya bukan satu kebetulan.
Sumber: Astro Awani
Neelofa juga telah memuatnaik kenyataan beliau menerusi akaun Instagram miliknya dan beliau mengatakan yang ianya hanya sebuah salah sangka dan bukan maksudnya sama sekali untuk menyindir abang burger tersebut, malahan beliau telah menghubungi peguamnya untuk membantu abang burger dengan bayaran kompaunnya.
Gara-gara rasa marah warga netizen dengan tindakan Neelofa kerana memuatnaik gambar tersebut, lalu mereka menyindir dan troll Neelofa di akaun Twitter milik mereka. Sindiran demi sindiran, ada diantaranya mencuit hati ramai warga netizen lain.
Netizen juga memberi komen mereka dengan harapan Neelofa dapat berubah kerana beliau baru sahaja menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith daripada kerajaan negeri Kelantan. Mereka mengharapkan Neelofa dapat menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti dan juga influencer.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila bekerja di rumah, macam-macam ragam yang terjadi ketika membuat panggilan video bersama rakan sekerja, ada yang anak berlari-lari di belakang, pasangan yang tak sengaja ‘interframe’ dan kucing mengiau pun boleh didengar. Hiks!
Seperti yang berlaku kepada wartawan A Good Morning America, lelaki itu menjadi bahan gurauan penonton apabila dia muncul di sebuah rancangan popular tanpa memakai seluar dan paling lucu, dia sepertinya tidak menyedari bahawa kakinya boleh dilihat di kamera dan hanya memakai boxer ketika itu.
Will Reeve merupakan anak kepada bintang Superman, mendiang Christopher Reeve, membuat panggilan video secara langsung di sebuah rancangan TV dari kediamannya semalam.
Walau bagaimanapun, ramai penonton rasa ‘terganggu’ dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada perbualan lelaki itu, malah lebih fokus kepada keaadaannya yang tidak berseluar.
Meski pun mengenakan pakaian kemas berjaket kelabu dan berkemeja biru, mungkin Will beranggapan bahawa penonton tidak dapat melihat di bahagian bawah seluarnya. Kan dah malu satu dunia tengok. Hiks!
So guys, kalau korang ada meeting atau sesi temu bual yang dilakukan secara panggilan video selepas ini, pakailah pakaian yang sempurna dari atas sampai bawah bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Hehe!