Tahun lalu ketika majlis konvokesyen Universiti Malaya kecoh selepas seorang pelajarnya Wong Yan Ke mengangkat placard dan melaungkan “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia selepas menerima scrol ijazahnya.
Jarang terjadi, kes di pentas utama ini mendapat liputan meluas dari pihak media selain begitu ramai mahasiswa bersuara berkaitan kebiadapan ditunjukkan oleh pemuda tersebut. Malah pihak UM sendiri dalam satu kenyataan media berkata, tindakan pelajar berkenaan, Wong Yan Ke adalah biadap dan tidak dapat diterima sama sekali.
“Sehubungan itu, Universiti Malaya telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan untuk tindakan sewajarnya diambil,” petik kenyataan itu.
Malah sejak semalam juga media sosial kecoh bila mana aktivitis pelajar ini sekali dilihat cuba “mengganggu” tugas polis dengan membuat rakaman secara langsung di fb selepas pihak polis datang untuk menahan Presiden Universitu Of Malaya Association Of New Youth (UMANY) Robin Yap yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya berhubung satu tulisan yang menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong sebelum ini.
Dalam pada itu, kes ini menjadi kecoh selepas Wong Yan Ke membuat siaran secara langsung berhubung kes penahanan itu dan mencetuskan tanda tanya boleh ke orang awam merakam secara live kes-kes begini?
Ads
Majlis Peguam Malaysia kata bukan satu kesalahan
Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam) berkata merakam serbuan polis bukan suatu kesalahan.
Presidennya Salim Bashir berkata, aktivis pelajar Wong Yan Ke tidak melanggar undang undang ketika merekodkan serbuan polis di rumah rakannya, kerana tindakan itu tidak menimbulkan sebarang bentuk keganasan yang boleh mengganggu tugas penjawat awam.
Beliau meminta polis menggunakan budi bicara sewajarnya dalam semua keadaan ketika menjalankan tugas.
Ads
“Selagi pegawai polis menjalankan tugas mengikut undang-undang, tidak ada alasan untuk mereka melarang rakaman itu.
“Ia tidak boleh ditafsirkan sebagai tindakan agresif atau mengancam yang akan membawa kepada kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Salim memberikan contoh pegawai penguatkuasa di negara lain seperti di AS dan UK, juga menggunakan kamera badan dan papan pemuka untuk merakam interaksi orang ramai dan mencegah salah laku polis.
Ads
Beliau berkata, pada September tahun lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut menyatakan penggunaan kamera badan akan memastikan ketelusan dalam pasukan keselamatan itu.
“Tugas polis sangat penting dalam meningkatkan keselamatan dan kepercayaan masyarakat. Majlis Peguam menggesa polis menggunakan budi bicara mereka sewajarnya dan munasabah dalam setiap situasi,” katanya.
Sudah dibebaskan dengan jaminan polis
Terkini Wong Yan Ke sudah dibebaskan sekitar jam 12.20 tengah hari semalam selepas ditahan polis sejak 3 petang kelmarin.
Bercakap kepada media di hadapan balai polis Mutiara Damansara, peguamnya Rajsurian Pillai mengatakan bahawa dia dibebaskan dengan jaminan polis tetapi telefonnya dirampas oleh polis.
Wong memberitahu media bahawa dia "letih dari segi mental" kerana ditahan lebih 15 jam meskipun sesi soal siasat hanya mengambil masa kurang dari satu jam.( sumber Malaysia Kini)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat ini Amerika Syarikat mencatat jumlah bilangan mereka yang positif tertinggi di dunia dengan lebih 8.8 juta dijangkiti dari keseluruhan lebih 16 juta mereka yang dikesan positif. Bahkan di negara Uncle Sam yang selalu mahu menjadi juara dalam soal kepimpinan negara lain khususnya di Timur Tengah mencatatkan jumlah kematian lebih dari 2.3 juta sejak wabak itu tersebar di USA.
Semalam Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mark Meadows memaklumkan kepada CNN bahawa pemerintah AS tidak akan mengendalikan pandemic COVID-19 yang semakin memburuk dengan pantas.
“Kami tidak akan mengendalikan virus corona,”kata Meadows di State Of The Union dengan alasan faktor mitigasi yang tepat seperti terapi dan vaksin yang harus menjadi keutamaan masa kini.
Ternyata dari kenyataan itu, pakar perubatan bimbang kerana dengan membiarkan virus ini terus merebak, ia akan membawa kematian nyawa ramai orang.
Setiap hari, di AS kes mereka yang positif terlalu tinggi tetapi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri secara terang terangan mengabaikan langkah-langkah pencegahan penyebaran virus corona seperti menjaga penjarakan fizikal dan menggunakan pelitup muka yang mampu memperlambatkan penyebaran penyakit.
Malah Trump turut mengeluh media hanya pandai membicarakan soal covid covid covid, seolah tiada berita lain hendak disiarkan. Wakil Presiden, Mike Pence juga menolak untuk menerima panduan rasmi dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pencegahan Penyakit agar melakukan kuarantin. Malah sebelum itu, pembantunya adalah individu yang disahkan terjangkit COVID-19. Malah Trump juga semasa berkempen mengabaikan jarak fizikal demi kerjaya politiknya. Ramai mengecam tindakannya kerana beranggapan dirinya hanya mementingkan kerjaya politiknya dan bukan menjaga kepentingan rakyat kala ini.
Dalam satu tinjauan ramai mendapati, lebih 60 peratus rakyat Amerika tidak menyetujui cara Trump dan barisannya mengendalikan pandemik ini. Malah mereka meremehkan ancaman dari corona virus, mengejek penggunaan mask, mengubahnya menjadi masalah perang budaya dan menekan agar dibuka pintu sempadan negara.
Mungkinkah Trump sudah awal-awal “mengangkat tangan”selepas tidak mampu menangani wabak ini di negara sendiri. Ini kerana Presiden itu sering menjadi jaguh di negara orang lain? Alangkah beruntungnya kita kerana mempunyai barisan Perdana Menteri yang sangat sayangkan rakyat dan begitu prihatin dengan isu kesihatan rakyat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Sumber Gmbar : www.essentiallysports.com
Terbaru, pelumba F1, Lewis Hamilton telah dilaporkan positif COVID-19 dan akan terlepas acara perlumbaaan Sakhir Grand Prix di Bahrain pada hujung minggu ini.
Mercedes-AMG Petronas F1 Team memaklumkan bahawa Hamilton telah diuji negatif sebanyak tiga kali pada minggu lalu, yang terakhir adalah pada hari Ahad petang di Litar Antarabangsa Bahrain.
“Namun, dia menunjukkan gejala ringan dan diberitahu bahawa salah seorang kenalannya yang juga turut tiba bersama-sama di Bahrain positif COVID-19.
“Dia membuat ujian selepas itu dan disahkan positif,” kata kenyataan daripada pasukan tersebut.
Mercedes pada ketika ini belum mengumumkan sebarang rancangan penggantian pemandunya. Get well soon bintang kesayangan ramai ni.
Ramai kurang yakin jika rupa paras mereka tidak kacak atau menawan. Rasa rendah diri adakalanya menguasai hingga individu ini takut untuk berkawan dengan orang lain.
Tapi lain cerita di Uganda apabila lelaki yang mendapat gelaran lelaki terjelik Uganda membuktikan rupa paras bukan ukuran untuk berkahwin. Bukan kali pertama ya tapi berkahwin buat kali ketiga.
Dalam laporan media Kenya Tuko.co minggu lalu 6 September 2020, Godfrey Baguma yang mendapat gelaran lelaki terjelik Uganda telah berkahwin buat kali ketiga.
Lelaki berusia 47 tahun ini menikahi isteriya dalam suasana yang penuh meriah. Meski tarikh nikahnya tidak dinyatakan dengan tepat, kelihatan kedua mempelai begitu bahagia di hari perkahwinan mereka.
Gelaran lelaki terjelik Uganda ini dimenanginya pada tahun 2002 untuk mencari wang buat keluarganya. Berkat kemenangannya itu, dirinya mendapat gelaran “Ssebabi”yang membawa maksud terburuk dari yang terburuk.
Malah dirinya juga dikenali sebagai penyanyi dan menjadi salah seorang selebriti di negara Afrika tersebut. Dalam perkahwinan sebelum ini, Baguma dikurniakan tujuh orang anak. Dia menderita kelainan wajah hingga rangka tulang mukanya menjadi tidak sekata. Baru saja memperoleh anak dari isteri kedua, Kate Namanda (30 tahun) tahun lalu dia mengambil keputusan bernikah kali ketiga.
Baguma bercerai dengan isteri pertamanya dan mempunyai dua orang anak. Dipercayai isterinya berlaku curang dan hasil perkahwinan kali kedua, dirinya memperoleh lima orang anak dan tinggal di Kyazanga daerah Lwengo.
Pada tahun 2016, keadaan kesihatan Godfrey merosot.Doktor merawatanya, Tony Wilson dari Hospital Mbarara memutuskan untuk membuat pemeriksaan rapi terhadapnya.
“Bentuk kepalanya yang abnormal mengakibatkan sebahagian otaknya mengalami tekanan. Tumbesarannya yang tidak normal mengakibatkan bahagian dadanya tertekan hingga dirinya sukar bernafas,”kata Dr Wilson.
Dalam istilah perubatan dan dari scan MRI dilakukan, doktor memaklumkan Godfrey mengalami masalah fibrodysplasia yang mempengaruhi pertumbuhan sel untuk tumbesaran dirinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!