Penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Raja Ema, baru-baru ini berkongsi satu berita mengejutkan mengenai kesihatan anak lelakinya, Putera Ammar.
Dalam satu perkongsian di media sosial, Raja Ema mendedahkan bahawa anak lelakinya itu menghidap gastroparesis, sejenis penyakit kronik yang menjejaskan sistem pencernaan. Keadaan itu menyebabkan berat badan Ammar menurun secara drastik, sekali gus mencetuskan kebimbangan.
Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, berkata, penyakit yang dialami Ammar sejak hampir tiga tahun lalu menyebabkan anaknya itu perlu mengambil masa lebih tiga jam untuk menghabiskan setiap hidangan.
“Anak saya yang tua (Ammar) ada penyakit Gastroparesis. Makan pagi tiga jam, makan tengah hari pun tiga jam, begitu juga makan malam,” katanya.
Menurut Raja Ema, Ammar yang dahulunya mempunyai selera makan besar hingga pernah mencecah 90 kilogram (kg), kini hanya 50 kg akibat kesukaran untuk menghadam makanan secara normal.
Keadaan Kesihatan Ammar
Raja Ema memaklumkan penyakit berkenaan mengakibatkan makanan di dalam perut mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan bergerak ke usus kecil, sekali gus menjejaskan rutin hariannya.
Ads
“Waktu makan pun kena tepat dan tak boleh ‘skip.’ Nanti, perutnya sakit dan dia susah nak berjalan jauh,” katanya.
Apa Itu Gastroparesis?
Gastroparesis adalah gangguan perut yang menyebabkan pergerakan makanan menjadi perlahan atau terhenti sama sekali, walaupun tidak ada sebarang halangan fizikal pada laluan sistem pencernaan. Perut gagal mengosongkan kandungannya secara normal, mengakibatkan pelbagai simptom termasuk:
Mual dan muntah
Kembung dan sakit perut
Cepat kenyang semasa makan
Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas
Menurut portal kesihatan Mayo Clinic, gastroparesis boleh berlaku akibat kerosakan pada saraf vagus, iaitu saraf yang membantu mengawal otot-otot perut. Punca utama termasuk diabetes, jangkitan virus, atau kadangkala tanpa sebab yang dikenal pasti (idiopatik).
Apa Remaja Perlu Tahu Tentang Gastroparesis
Walaupun penyakit ini lebih biasa dalam kalangan pesakit diabetes atau individu dewasa, remaja juga tidak terkecuali daripada risiko gastroparesis. Antara faktor yang boleh mencetuskan masalah ini termasuk pemakanan tidak sihat, gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia, serta tekanan emosi yang berpanjangan.
Ads
Langkah pencegahan dan pengurusan awal termasuk:
Mengamalkan pemakanan seimbang dan teratur
Elakkan makan berlebihan atau terlalu cepat
Dapatkan pemeriksaan awal jika mengalami simptom berkaitan pencernaan
Kekal aktif secara fizikal
Urus tekanan emosi dengan baik
Untuk info, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Pasangan ini bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan serta sefahaman.
Generasi kini pasti cukup kenal dengan Pulau Langkawi. Destinasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan pantainya yang indah selain pelbagai tarikan sejarah di situ.
Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. (Foto Via Illuminasi)
Pelbagai versi kisah Mahsuri di Pulau Langkawi sering menjadi bualan ramai menyebabkan ada beranggapan ia sekadar mitos atau dongeng. Tapi mungkin ramai juga yang masih mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah atau nama Thainya Sirintra Yayee atau Nong May.
Beliau juga dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri di pulau bersejarah Langkawi ini. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Wan Aishah Wan Nawawi yang kini berstatus ibu dan pulang ke Langkawi.
Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial TikTok selepas ke Langkawi. Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Wan Aishah tetap menjadi bualan netizen.
Wan Aishah disamping suami dan anak lelakinya. (Kredit foto: Underwater World Langkawi)
Lebih menarik, beliau tidak lupa melawati lokasi penuh sejarah nenek moyangnya iaitu Makam Mahsuri. Malah, kali ini wanita berusia 37 tahun itu turut membawa bersama anak lelakinya.
Bagi yang tidak mengetahui lanjut berkenaan wanita yang dikatakan keturunan yang ketujuh Mahsuri, berikut 10 info menarik mengenai Wan Aishah;
Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May dipercayai sebagai keturunan ketujuh Mahsuri.
Wan Aishah ialah anak kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Tidak hanya bapanya, ibu Wan Aishah, Sumaini juga berketurunan Mahsuri.
Wan Aishah menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand dan pernah mengunjungi Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.
Malah Wan Aishah ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di Malaysia ketika itu.
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama setahun.
Wan Aishah kemudian menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
Wan Aishah memilih seorang usahawan muda industri pelancongan, Alee Tongyon sebagai pasangan hidup dan berkahwin pada tahun 2010.
Majlis resepsi mereka turut berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.
Penampilan berhijab, Wan Aishah, 37, kini seorang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.
P/S: Sebagai remaja generasi baharu, kita harus mengenali serba sedikit tentang sejarah negara sebagai pengetahuan umum agar cerita bangsa tidak mati ditelan zaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jepun, sebuah negara yang suka inovatif dan berani untuk mencipta sesuatu yang baru.
Negara matahari terbit ini mencipta pelitup muka tiga dimensi yang diberi nama Mask Pan. Mask merujuk kepada pelitup muka manakala pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun.
Kalau kita di Malaysia, menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai di campak merata-rata. Dan kalau korang perasan juga, banyak sampah-sampah berupa facemask di tepi jalan. Betul tak?
Mungkin idea kreatif dari Jepun ini mampu membantu,jika dilihat secara luaran pelitup muka ini saling tak tumpah macam roti melon, roti yang sangat popular di negara itu. Bukan sahaja mengambil inspirasi dari bentuk roti melon, malah pelitup muka ini memang diperbuat daripada roti melon sebenar!
Ya, ia boleh dimakan dan merupakan rekaan pertama yang menggunakan makanan sebagai pelitup muka.
Idea Dari Tiga Orang Pelajar
Mengamalkan idea kadang-kadang memerlukan sedikit keberanian. Itulah sesuatu yang diketahui oleh tiga pelajar Jepun yang mempunyai minat untuk melon pan. Ketiganya mengimpikan idea untuk dapat mencium aroma manis khas roti ini sepanjang hari.
Menurut laporan Sora News 24, Mask Pan ini diwujudkan dari impian tiga orang pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa iaitu Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.
Tapi korang jangan risau, pelitup muka roti melon ini telah diuji secara klinikal oleh Unitika Garmentec Research Institute dan terbukti mampu memberi perlindungan kepada si pemakai.
Mula dijual secara online pada hari ini, 10 Jun 2021. Bagi penulis harga sebiji Mask Pan ini masih boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat sebab harganya hanya 1,800 yen atau kira-kira RM67.
Hmm…bila nak jual kat Malaysia ni, nak rasa juga roti pelitup wajah ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewan Rakyat baru-baru ini, telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.
Menerusi laporan Kosmo!, RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refromasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, pindaan tersebut yang merangkumi empat klausa akan membatalkan Seksyen 309 di bawah Akta 574 untuk mengecualikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah.
“Dengan ini ia akan menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri,” katanya.
Tambahnya, Seksyen 309 adalah peruntukan dari abad ke-19 yang wujud kerana anggapan lama bahawa tindakan menjenayahkan adalah cara terbaik untuk menghalang perbuatan percubaan membunuh diri.
Menurutnya lagi, kerajaan berpandangan Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan kerana negara-negara luar dilihat mengambil pendekatan rawatan dan bukannya pendakwaan bagi menangani isu berkenaan.
“Namun begitu, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah peruntukan Seksyen 305 dan 306 Akta 574 akan dikekalkan menjadi suatu kesalahan, dengan persubahatan dalam cubaan bunuh diri akan turut dijadikan kesalahan jenayah di bawah peruntukan sama,” jelasnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.