Raja Charles Dan Permaisuri Camilla Dilempar Telur Ketika Sedang Menyantuni Rakyat Jelata

Share

Tidak semua menerima idea monarki di zaman moden ini. Sesetengah menganggap keluarga Diraja merupakan pembaziran terhadap wang cukai dibayar oleh rakyat. Keluarga Diraja United Kingdom antara yang acap kali menerima kecaman tentang isu ini.

Terbaru, Raja Charles III yang baru sahaja menaiki takhta sebaik kemangkatan Ratu Elizabeth II telah dibaling dengan telur oleh seorang penunjuk perasaan, Patrick Thelwell yang tidak berpuas hati dengan sistem beraja negara itu. Baginda ketika itu sedang dalam lawatannya ke bandar York.

ARTIKEL BERKAITAN: Countess of Wessex Warisi Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II. Tuah Sebagai Menantu Kesayangan

Kredit Foto: John Phillips/ Getty Images

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenalpasti sebagai salah seorang pelajar di University of York didengar menjerit, “Negara ini dibina atas darah hamba abdi.”Dia yang kemudiannya telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan ketenteraman awam. Dia kini sudah dibebaskan.

Dalam kejadian itu, Charles yang turut ditemani isteri baginda, Permaisuri Camilla dilihat bersalaman dengan para pembesar termasuklah Lord Mayor ketika telur dibaling. Baginda hanya melihat sahaja telur yang jatuh di hadapannya dan meneruskan acara seperti biasa.

Ini bukan kali pertama raja British menjadi sasaran dengan telur, dalam kes Ratu Elizabeth II, dia sebenarnya pernah terkena telur. Selepas ia terpercik pada pakaiannya semasa lawatan diraja ke New Zealand pada tahun 1986, Ratu kemudiannya menyindir dalam ucapan, “Saya sendiri lebih suka telur New Zealand saya untuk sarapan pagi.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN