Negara sudah dilanda musibah banjir pun, macam-macam perangai pelik masih dilakukan masyarakat.
Berikutan musibah banjir besar yang melanda seluruh negara baru-baru ini akibat hujan lebat berterusan, pelbagai inisiatif bagi membantu serta meredakan keadaan bencana telah dilakukan oleh masyarakat demi membantu mangsa.
Slogan #RakyatJagaRakyat turut lantang dilaungkan selama beberapa minggu ini sebagai pendorong semangat kepada orang ramai untuk terus menghulurkan bantuan.
Tapi bantuan yang satu ini memang pelik dan tidak masuk akal dari sudut agama. Siapa lagi kalau tidak lain tidak bukan individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh iaitu Ibrahim Mat Zain.
Menerusi satu video berdurasi 25 minit 9 saat, ia menunjukkan Ibrahim dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ sedang duduk bersila di sebuah dataran dekat Teluk Intan, Perak. Mereka tampil dalam persalinan rasmi masing-masing – Ibrahim memakai kot hitam dan selempang merah manakala Puteri Zaleha dalam persalinan ungu cair siap dengan tiara.
Ads
Beberapa upacara yang dipercayai bercanggah daripada ajaran Islam telah dilakukan untuk menolak musibah banjir.
Ini termasuklah ritual tepung tawar menggunakan bahan seperti beras, kunyit, bunga-bungaan dan dedaun yang kemudian dihanyutkan ke dalam air. Di hadapan mereka berdua pula adalah kitab suci Al-Quran. Puteri Zaleha juga berkata dia dapat meramalkan Teluk Intan akan dilanda banjir tidak lama lagi.
Susulan video tular tersebut, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana cuba mencela dan menghina agama Islam.
Ads
‘Raja Bomoh’ Saman Semula!
Bagaimanapun, Ibrahim yang sebelum ini sudah sinonim menerima kecaman warganet atas upacara pelik yang dilakakannya tampil bersedia dengan reaksi balas setelah laporan kertas siasatan itu diketahui umum.
Menerusi rakaman video yang disiarkan di Facebook Datok Ibrahim Md Zin sebentar tadi, Ibrahim berkata dia telahpun berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan saman berjumlah RM300 juta terhadap JAIPk kerana mendakwanya syirik dan khurafat.
“Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk.
Ads
“(Saya) berdoa dan menggunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai). Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makan diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk Intan.
“Bukan tujuan saya untuk berbangga atau (mencari) publisiti,” jelasnya.
Sementara itu, negeri Perak dilaporkan telah menetapkan fatwa untuk mengharamkan segala ajaran serta perbuatan yang bercanggah dengan agama Islam oleh Ibrahim.
Untuk pengetahuan korang, Ibrahim pernah melakukan ritual pada tahun 2017 ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara setelah kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Sebelum itu pada tahun 2014, beliau pernah mencuri tumpuan dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan ritual menggunakan ‘sampan’, teropong buluh dan buah kelapa demi mencari pesawat Malaysia Airline MH370 yang hilang tanpa dikesan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia gemar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keperibadian putera-puteri diraja Malaysia termasuklah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Namun, tindakan Tengku Hassanal memadam foto dan video di Instagram telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.
Tengku Hassanal Padam Foto Dan Video Di Instagram – “No More Postings, Follow Me…”
Tinjauan di laman Instagram mendapati, baginda telah memadam hampir kesemua foto dan video kecuali satu foto yang dimuatnaik pada 8 Januari yang lalu selain telah meng- edit kapsyen terbaru pada foto berkenaan.
“Bersedia apabila dipanggil untuk bertugas.”-kapsyen Tengku Hassanal
Tengku Hassanal
“No More Posting, Follow My Stories..”
Tengku Hassanal, menerusi hantaran di Insta Stories turut menyatakan bahawa tidak akan ada lagi posting pada laman media sosial milik baginda selain meminta orang ramai untuk mengejar impian dan bukan pada likes.
“Tiada lagi posting, follow my stories. Chasing my dreams. Not Likes.”-tulis Tengku Hassanal di Insta Stories
Terdahulu, Tengku Hassanal pernah memberikan kenyataan setelah tular spekulasi bahawa Baginda akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Menerusi hantaran di Instagram, Baginda memohon kepada orang ramai untuk menghormati keputusan peribadi serta privasinya, selain menjelaskan bahawa Baginda kini sedang komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal turut menjelaskan bahawa tiada perkahwinan yang akan berlaku selain meminta pihak terlibat untuk berhenti mengganggunya.
Sekadar info, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billal Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, dengan gelaran Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.
Situasi penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja mereka telah mendapat perhatian beberapa selebriti Malaysia.
Masakan tidak, akhbar Utusan Malaysia, akhbar Kosmo serta portal di bawah kelolaan syarikat penerbitan tersebut banyak membantu untuk menaikkan nama selebriti tempatan sejak peringkat awal karier mereka.
Antara yang sedih mendengar akan berita penutupan tersebut ialah Neelofa, Syafiq Kyle, Wany Hasrita, Lan Solo, Khai Bahar dan beberapa lagi. Akaun media sosial menjadi medan bagi mereka bersimpati dan mengajak followers masing-masing bagi menghulurkan bantuan.
Neelofa
“Saya sedih mendengar keadaan semasa di Utusan. Mereka banyak membantu karier Lofa dari awal. Jadi, saya ingin cuba membalasnya. Kalau korang kenal sesiapa daripada jabatan sumber manusia di syarikat yang sedang mencari pekerja, sila nyatakan di bawah.
“Diharap dengan kerjasama semua, kita boleh membantu mereka mencari pekerjaan baru secepat mungkin.”
Wany Hasrita
“Utusan adalah salah satu rakan media yang banyak membantu Wany sepanjang dalam industri. Sudilah hulurkan bantuan kepada mereka di Utusan.”
Syafiq Kyle
“Jujur, Syafiq speechless bila membaca tentang keadaan Utusan dan Kosmo hari ini. Terkejut sebab tak percaya operasi dua akhbar ini akan dihentikan.
“Mari kita sama-sama bantu mereka. Selama ini, akhbar-akhbar ini yang banyak membantu kerjaya Syafiq. Semoga semuanya baik-baik untuk warga Utusan dan Kosmo.”
Lan Solo
“Dugaan besar untuk sahabat-sahabat media kami. Moga dipermudahkan segala yang sulit, amin.”
*
Sementara itu, selebriti lain seperti Scha Al-Yahya, Khai Bahar turut berkongsi posting yang sama untuk membantu keadaan staf di Utusan yang sedang dilanda krisis hilang kerja, di akaun media sosial masing-masing. REMAJA turut terlihat komen daripada Sarimah Ibrahim dan Haiza yang berduka cita.
Bagi yang ingin menyumbangkan wang tunai, korang boleh menghulurkan terus ke akaun National Union of Journalists (NUJ) Malaysia seperti di bawah:
Akaun Semasa CIMB 80-0082256-0
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi pada Ahad ini. Tapi adakah ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi?
Sumber Gambar : Universe Today
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengesahkan bahawa satu asteroid setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer dijangka akan melintasi bumi ahad ini.
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 W0107 itu kini bergerak ke angkasa lepas dengan kelajuan 56,000 batu sejam. Kejadian ini dijangka akan berlaku pada 29 November 2020 ini.
Asteroid tersebut berukuran antara 12, 000 hingga 25, 700 kaki (ft) iaitu bersamaan dengan 370 hingga 820 meter tinggi. Ia memberi peluang kepada saintis untuk mengkaji dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, asteroid gergasi ini yang diklafikasikan sebagai ‘Asteroid Menghampiri Bumi’ (NEA) itu tidak melanggar bumi atau menyebabkan malapetaka.
Terdahulu, saintis di New Mexico telah menemui asteroid yang sama pada 29 November 2000 yang lalu.
Asteroid merupakan sisa-sisa batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.
Untuk info, dalam sistem suria terdapat berbilion malah mungkin trilion objek yang mengorbit matahri. ” Pengembaraan angkasa lepas” ini terlalu kecil untuk dipanggil planet dan diberi nama-nama berdasarkan kriteria tertentu.
So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini Ahad nanti…