Tahniah diucapkan buat pelakon negara jiran kita, Raffi Ahmad apabila memaklumkan dia menerima gelaran doktor kehormat dari UIPM, Thailand.
Pelakon tersebut menerima gelaran tersebut dari Profesor Kanoksak Likitpriwan selaku Presiden UIPM di Thailand. Kata Raffi, gelaran itu diterima atas penglibatannya selama 23 tahun di dalam industri hiburan.
Ijazah Doktor Kehormat
Namun, IJAZAH Doktor kehormat yang diterima oleh pelakon Raffi Ahmad menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mendakwa lokasi universiti memberi pengiktirafan itu tidak wujud.
Kompas melaporkan, seorang warganegara Indonesia yang menetap di Bangkok, Thailand memuat naik ciapan di laman X memberitahu dia berusaha menjejaki Universiti Institute Professional Management (UIPM) yang beralamat di Vibharadi-Rangsit 64 Yeak 3.
Namun carian itu gagal kerana tiada sebarang kampus ditemui melainkan sebuah hotel.
Ads
“Saya sampai masuk ke bangunan itu dan bertanyakan kepada penyambut tetamu tentang kebenaran alamat universiti itu di laman web UIPM. Ternyata bukan kampus,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat beberapa kemungkinan kerana UIPM turut mempunyai tiga lagi cawangan di Rusia, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Ads
Pengguna X yang dikenali sebagai Niar Ibrahim Rose itu turut mahu mendapatkan kepastian daripada Raffi tentang lokasi sebenar kampus yang dimaksudkan penyanyi berkenaan sebelum ini.
“Jadi sebenarnya pejabat kampus UIPM ini ada di Bangkok, Bekasi, Russia atau Amerika ya Raffi?” soalnya.
Ads
Carian Alamat UIPM
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada netizen yang turut mencari alamat UIPM di Amerika Syarikat menerusi carian peta di internet namun sama seperti di Thailand, alamat yang tertera adalah kawasan kediaman dan bukannya kampus universiti.
“Kalau di Amerika dilihat dalam peta cuma ada rumah orang, tak ada pun nama UIPM tertera di peta. Ada yang boleh jelaskan perkara ini,” tulis netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Selepas kejadian menampar Chris Rock dan menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Will Smith dan keluarga tetap menghadiri acara parti Vanity Fair.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya pereka fesyen kelahiran Johor ini menjadikan beg plastik biskut sebagai satu rekaan dengan sentuhan baru lagi trendy dan vintage.
Kreatifnya guna barang terbuang jadikan beg yang awesome!
Siapa tak kenal dengan biskut daripada jenama legand Hup Seng dan roti Gardenia. Antara makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi snek kegemaran rakyat Malaysia, malah kini menjadi aksesori fesyen yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Jika sebelum ini, beg ikea dijadikan inspirasi Balenciaga untuk menghasilkan rekaan beg tote yang mencecah hampir RM10 Ribu. Terbaru, seorang pereka fesyen di Johor berjaya menghasilkan beg tangan menggunakan plastik bungkusan kedua jenama popular itu. Aksesori daripada Wan’s Handmade ini menjadikan bungkusan plastik itu kepada sebuah beg tangan yang cukup kreatif dengan stail vintage.
Pereka fesyen dari Batu Pahat yang membuat kostum, beg dan anak patung ini menerima banyak pesanan dan komen setelah mempromosikan beg tangan Hup Seng Cream Crackers berwarna kuning di Facebook beberapa hari lalu.
Perkongsian di Facebook itu menerima lebih 4,000 perkongsian yang kebanyakannya berminat untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Selain daripada plastik bungkusan Hup Seng Cream Crackers, dia turut menggunakan bungkusan roti jenama Massimo untuk rekaan yang lain.
Berdasarkan perkongsian di Instagram, beg yang dikitar semula ini adalah sebahagian daripada projek yang dinamakan sebagai Plastic Reborn Project yang memberi kehidupan baru kepada sampah. Dia mengumpulkan bungkusan plastik terpakai dan memberi mereka identiti baru dengan tujuan baru.
Kreatif habis kan pereka fesyen dari Batu Pahat ni. Untuk pengetahuan korang, beg plastik daripada Plastic Reborn Project ini berharga dari RM79 ke atas sementara ciptaannya yang lain dijual antara RM15 hingga RM200.
Serius, dulu kita main buang je plastik biskut ni kan..
Siapa kata anak seni tempatan tidah boleh memasang angan-angan dan terbang tinggi hingga ke peringkat antarabangsa?
Pelakon kelahiran Melaka, Frederick Lee telah menerima pencalonan dalam kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem bergenre crime thriller Singapura, Mind’s Eye.
Hasil lakonan berkesannya sebagai seorang pembunuh bersiri, Frederick, 44 yang merupakan adik kepada seorang lagi pelakon tempatan, Christopher Lee (suami kepada Fann Wong iaitu seorang pelakon kelahiran Singapura) telah menerima perkhabaran istimewa itu daripada pihak New York Festivals TV & Film Awards semalam.
Acara tahunan itu mengiktiraf filem dan drama televisyen dari lebih 50 buah negara. Bercakap kepada rakan media di Malay Mail, Frederick menzahirkan rasa puas dan bersyukur di atas pencalonan ini.
“Untuk dicalonkan ada bagus dan jika ditakdirkan memiliki trofi itu adalah bonus. Tapi ia bukanlah sumber motivasi utama saya. Apa yang memotivasikan saya adalah kepuasan setelah menerima respon positif daripada penonton dan pengkritik filem.
“Namun jika saya ditakdirkan untuk memenanginya, sudah tentu saya amat gembira,” ulasnya
Bagi korang yang merasakan Frederick agak familiar, beliau sebenarnya bukanlah wajah baharu dalam dunia lakonan tempatan mahupun antarabangsa di Asia. Dua tahun lalu, Frederick telah menunjukkan lakonan mantap sebagai watak antagonis dalam filem The Scoundrels (2018) sehingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Taipei Film Awards 2019.
Manakala pada tahun 2014 pula, Frederick pernah membawa pulang anugerah Golden Awards untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Descendant.
Kelibat Frederick juga masih penulis ingati menerusi siri original yang ditayangkan di HBO Asia berjudul Trinity of Shadows – juga sebagai watak antagonis. Siri tersebut masih boleh ditonton di HBO Go dan HBO dengan episod baharunya ditayangkan pada setiap hari Ahad.
Biarpun beliau lebih banyak bergiat dalam dunia perfileman di Taiwan dan Singapura, Frederick teringin sekali untuk memperbaiki pertuturannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar dia mampu menerima peluang untuk berlakon dalam lebih banyak drama Melayu dan Inggeris.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...